Isnin, 17 Januari 2011

new hobby


Assalamualaikum dan selamat membaca kisah seterusnya ini.


Walaupun tidak ramai follower tetapi aku tahu siapa yang main-main klik jumpa juga dengan blog aku ni kan. hehe. :) setelah aku melihat banyak blog-blog sahabat di facebook ada banyak dan pelbagai jenis blog yang mereka reka dan wujudkan. Ada yang buat untuk blog fotografi, blog resepi, blog kecantikan, blog menjual pakaian muslimah, blog luahan hati, blog agama dan blog-blog lain. Aku cukup kagum dan mengambil contoh bagaimana blog ini memberikan keistimewaan yang baik kepada masyarakat khususnya yang gemar menulis dan mencoret. Apa salah sekali sekala atau menulis blog dijadikan sebagai hobi yang baru kepada masyarakat sekarang.

Walaupun blog aku ni tidak sehebat blog-blog orang lain apa yang aku tulis ini adalah memang hendak berkongsi dan sekadar menceritakan apa yang terlintas atau apa yang aku lalui. Blog adalah ruangan bebas untuk kita menulis tidak kira apa jua terbuku dihati.

Sebenarnya apa yang aku nak ceritakan ini bukan pasal penulisan blog tetapi sekadar ingin berkongsi mengenai hobi terbaru aku iaitu "TRAVEL AND LIVING"

objektif aku kali ini adalah ingin melihat penciptaan Tuhan yang sangat luas dan cantik ini. Sambil berjalan-jalan aku mengambil kesempatan menilai apa yang terjadi disekelilig kita. semua yang berlaku mempunyai seni yang tersendiri iaitu asam garam kehidupan manusia. Tidak kira lah apa jua yang berlaku itu semuanya telah tertulis dan kita perlu harunginya jua. Teringat kata daripada cikgu Idris "Kalau benda dah jadi kamu redah jelah, buat apa nak fikir-fikir lagi kan" sebenarnya ayat tu juga lah buat aku lebih yakin pada diri aku.

Masa aku travel setakat ini kan macam-macam yang aku nampak. Bukan sekadar luaran tetapi dalam sekali. Masa di Ipoh dahulu satu episod dah habis dan kali ini episod di Puchong pula nak dikongsikan :)

Coretan seterusnya akan bersambung.


to be continue..

i'm sorry for everything


cuma nak mohon maaf kepada sesiapa yang ada dalam hidup aku ni jika aku ada menyakitkan hati korang semua. Aku tahu emosional yang terlalu juga akan mengundang seribu satu masalah nanti


"I'M NOT A PERFECT PERSON"
I KNOW I AM STUBORN NOT LIKE YOU
YOU WILL GET ANYTHING YOU WANT

"I'M SORRY FRIEND"