Rabu, 7 Mei 2014

Hampir 3 tahun kita bersama

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua orang ! :) apa bikin petang hari ini ? tidur sahaja ? atau ada keluar petang ni nak buat exercise ka apa ka ? harap semua orang baik baik belaka inshaallah.

nak share something, last week aku dan kawan kawan ke sungai bil, slim river lokasinya. alhamdulillah having a great time with my classmate yang hampir tiga tahun bersama. susah senang, apa jua yang berlaku antara kami semua membuat aku lebih matang dari hari ke hari. kutuk mengutuk sesama sendiri tu memang biasa tetapi lumrah manusia untuk ada sikap sebegitu, aku harap tak ada lah yang simpan di dalam hati hanya biarkan itu menjadi kenangan yang indah dalam menjejak dewasa.

seronok juga, budak lelaki kelas aku pun sekarang ni nampaknya lebih mesra dengan aku. kalau dulu aku merasa kan diri ini mungkin tak ada orang nak hiburkan tetapi sekarang ni mereka tampak lebih baik dengan aku. atau aku baru mula nak melihat kebaikan orang lain. :) apa juga alhamdulillah kerana dikurniakan kawan kawan yang ada di sekeliling aku. apa jua terjadi, ke mana jua kita jejaki di bumi Allah ini, semestinya kita perlu kan kawan kerana kawan terbentuk nya juga identiti kita. hidup ini perlu warna warni dengan pelbagai ujian yang diberikan olehNya. setiap yang berlaku ada hikmahnya, ada manisnya kita sendiri perlu menerokai.

with my classmate, aini, lye and sakde ;) 


minggu lepas juga, genap dah 2 bulan aku mengenali seorang insan yang lahirnya dari tanah arab iaitu Isa Hamood. mungkin tak perlu nak mention dekat sini sebab tak nak orang lain tahu. tapi apa salahnya kan, beliau ni nak kata kekasih hati tak juga, boyfriend pun entah la apa status aku dengan beliau ni. haha hari tu aku datang ke serdang sebab nak jumpa dia ni, aku cakap aku tak nak balik tapi dia halau aku balik sebab dia dah janji nak main futsal dengan kawan kawan arab dia, aku degil sahaja buat kepala tak nak balik, aku merayu pada dia supaya keluar dengan aku macam selalu tu. hahaha :) dapat mengenali dia ni buat aku rasa gembira dan aku akan ingat memori ini sampai bila-bila. dia kini pun telah fasih dalam percakapan bahasa melayu, mana tak nya hari hari aku ajar dia dari first kenal dia, sampai la hari ini. mungkin dia juga akan hilang dalam hidup aku satu hari nanti kerana mungkin jarak, bangsa, dan status ..mungkin juga akan kekal mungkin juga akan pergi seperti rooodii yang lepas. .. biarlah Allah menentukan segalanya... ameen inshaallah.

beliau kasik gambar roti arab pada gua last week, gambar beliau ada tapi malas la nak tunjuk ..