Jumaat, 5 Ogos 2011

ohh abang bujang ohh akak bujang

boxer kalau pakai konfem nampak lutut lagi-lagi time dekat luar rumah

Assalamualaikum kepada semua pembaca, pengemar, pengusha dan penyuka blogger ini~! hai selamat berpuasa pada hari ini ea. :D macam mana iman anda? adakah sihat? i pun nak tanya iman i ni ada oke kah? oke masing-masing faham yang diri korang adalah seorang muslim. hope teruskan pencarian dalam hidup ini hingga lah bila-bila (tazkirah awal) wahhh hebat ea ko ayie.

okela nak kata ni kan bulan puasa adeii macam-macam benda leh berlaku kan. ni bukan gosip tapi ni adalah apa yang berlaku dekat kawasan rumah aku ni. kes abang bujang yang terlampau seksi hingga boleh menyebabkan *^&#$!*&^$%! haa korang faham kan? harap-harap faham lah.

macam mana nak elak kan sebab memang konfem nampak apa yang tak sepatutnya kan akan la nak pergi tegur dorang kan. "abang bujang sila pakai seluar yang elok sikit boleh?" hahaha memang merah padam la muka aku nanti. yelah dekat sini ramai kanak-kanak perempuan eh silap remaja-remaja dara cewahhh~! yelah mahu tak tergugat keimanan perempuan kan. ingat lelaki jer yang ada perasaan. okela agak melebihi had sebenar nak menceritakan kisah ini tapi kepada lelaki/perempuan di luar beware la jangan la cemarkan semarak bulan puasa ni.

orang yang tertengok pun akan kurang pahala puasanya kan. T_T yelah dah tertengok tuh.
nak dijadikan cerita pun semalam aku p la bazar ramadhan dekat area-area sini kan. MasyaAllah ramai jugak yang agak seksa pandangannya. wahhhh kuatkan iman ayie relax la jangan pandang terpandang tak apa tapi jangan nak pandang lagi sekali lagi. dah la dugaan melihat juadah hampir menengelamkan iman dan melesapkan wang untuk dibeli. lagi la manusia yang sama berpuasa dengan kita sama-sama membuat kesilapan di bulan yang mubarakh ini.

macam-macam benda yang tak baik sering menjadi bahan penglihatan kita di bulan puasa ni apatah lagi di bulan bulan biasa. =.= aku pun kurang jugak dalam bab ni tapi sama-sama la muhasabah diri.

p/s: jika kita rasa kita betul kadang kala tak semestinya kita betul dan jika kita rasa salah apasalahnya kita fikir sejenak adakah masa untuk kita membetulkan kesalahan kita? pesanan ringkas dari aku untuk aku dan korang! PEACE!


sepintas lalu menaip

kek kukus kelantan wahhh sedap kan juadah berbuka puasa kemarin

Assalamualaikum semua orang yang ada di seluruh dunia! kalau terbukak blog aku ni sila la jawab salam dekat atas tu dah tulis kan. aku bukak feed uh kan tengok ramai jugak dari negara luar yang tengok blog aku tanpa segaja atau memang terbukak. :D thanks sampai dari negara belah-belah afrika pun ada. ahakz >.< dasatnya anda!

hey hari ni dah masuk hari ke-5 kita berpuasa kan tak rasa kejap ke korang? macam mana terawih dekat tempat korang? korang pergi tak? tempat aku meriah la jugak dengan terawih ni lagi-lagi ada satu surau yang baru di renovate baru kata orang cantik :D alhamdulillah la kan sebab atas usaha penduduk saujana puchong ni surau tu dah di naik taraf sebab dan dapat permission untuk solat jumat dengan solat raya dekat situ :)

aku tak berkesempatan nak pergi lagi sebab ada sebab tertentu la kan. okela hope yang tengah puasa tu puasa lah elok-elok kan. aku tertarik dengan satu status yang menarik dari wall kawan aku ni oke

PERKARA MENARIK DI BULAN PUASA

  • ramai yg puasa tapi tak solat 5 waktu
  • ramai yg puasa tapi tak tutup aurat
  • ramai yg puasa tapi masih pergi dating
  • ramai yg puasa tapi masih pakai seksi
  • ramai yg puasa tapi masih tidak menunaikan solat terawih
  • ramai yg puasa tapi masih tengoj benda maksiat
  • ramai yg puasa tapi masih mengumpat
  • ramai yg puasa tapi masih lagi meninggalkan solat jumaat

macam mana dah baca? ada kena? terkena? jom perbaiki amal dan sama-sama muhasabah diri di bulan ramadhan yang mulia ini. T_T

macam mana juadah berbuka puasa anda petang ini? mesti ramai yang nak ke bazar ramadhan ea? :) oke la kalo pergi jangan beli banyak-banyak nanti bazir sebab semalam adeii dah la aku masak lepas uh dorang beli lagi lauk memang banyak la yang tak habis.


p/s: makan jangan ikut nafsu nanti anda yang menyesal :D