Jumaat, 5 Ogos 2011

sepintas lalu menaip

kek kukus kelantan wahhh sedap kan juadah berbuka puasa kemarin

Assalamualaikum semua orang yang ada di seluruh dunia! kalau terbukak blog aku ni sila la jawab salam dekat atas tu dah tulis kan. aku bukak feed uh kan tengok ramai jugak dari negara luar yang tengok blog aku tanpa segaja atau memang terbukak. :D thanks sampai dari negara belah-belah afrika pun ada. ahakz >.< dasatnya anda!

hey hari ni dah masuk hari ke-5 kita berpuasa kan tak rasa kejap ke korang? macam mana terawih dekat tempat korang? korang pergi tak? tempat aku meriah la jugak dengan terawih ni lagi-lagi ada satu surau yang baru di renovate baru kata orang cantik :D alhamdulillah la kan sebab atas usaha penduduk saujana puchong ni surau tu dah di naik taraf sebab dan dapat permission untuk solat jumat dengan solat raya dekat situ :)

aku tak berkesempatan nak pergi lagi sebab ada sebab tertentu la kan. okela hope yang tengah puasa tu puasa lah elok-elok kan. aku tertarik dengan satu status yang menarik dari wall kawan aku ni oke

PERKARA MENARIK DI BULAN PUASA

  • ramai yg puasa tapi tak solat 5 waktu
  • ramai yg puasa tapi tak tutup aurat
  • ramai yg puasa tapi masih pergi dating
  • ramai yg puasa tapi masih pakai seksi
  • ramai yg puasa tapi masih tidak menunaikan solat terawih
  • ramai yg puasa tapi masih tengoj benda maksiat
  • ramai yg puasa tapi masih mengumpat
  • ramai yg puasa tapi masih lagi meninggalkan solat jumaat

macam mana dah baca? ada kena? terkena? jom perbaiki amal dan sama-sama muhasabah diri di bulan ramadhan yang mulia ini. T_T

macam mana juadah berbuka puasa anda petang ini? mesti ramai yang nak ke bazar ramadhan ea? :) oke la kalo pergi jangan beli banyak-banyak nanti bazir sebab semalam adeii dah la aku masak lepas uh dorang beli lagi lauk memang banyak la yang tak habis.


p/s: makan jangan ikut nafsu nanti anda yang menyesal :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan