Khamis, 17 Mac 2011

my tortise my love


semua ada lima ekor sedang makan ;)


yang ni namanya manfret


gambar bubu masih kecil

BUBU,LULU,NEMO,NONAME,MANFRET AND DOKIE

nama siapa yang dekat atas ni? itu ialah haiwan peliharaan ana semua ada 6 ekor tapi seekor dah mati (sebab kena panahan asid sitrus, gara-gara adik ana sorang ni) sedih tau T_T terkubur dah dia dekat area sungai gabai, hulu langat.

mesti korang semua nak tahu haiwan apa lah yang ana pelihara ni kan? tu ada gambar dekat atas tu? kura-kura la jawapannya. ana memang minat kura-kura sebab comel sangat haiwan ni. sebab ana bela kura-kura ni jugak bermula tinggal di asrama lagi, housemate la yang bela dulu dan diikuti dengan ana pula pada awal tingkatan 6.

susah ke bela kura-kura? tak pun la tapi kena rajin. :) sebab-sebabnya ialah:

1.kura-kura yang bersaiz kecil mudah dijaga tapi kalau dah besar susah sebab kuku nya akan tajam.
2.makan pula kena bagi pallet (betul ke eja?) dua kali sehari lebih pun tak apa.
3.air nya kurang enak dibau sebab pallet tu, so kena la basuh dua kali sehari lebih pun tak apa sebab ana punya kura-kura mandi empat kali sehari. (kalau rajin)
4.kura-kura suka bertenggek/berjemur jadi ana suggest korang letak la batu-batuan dalam bekas tempat tinggalnya.
5.kura-kura adalah haiwan yang mudah dibela dan sangat penyayang. comel kan? siapa setuju angkat tangan. hehe :)


ana pernah ditegur oleh seorang hamba ni::

"kenapa bela kura-kura sebab kura-kura membawa s**l kepada kita"

eh2 sangatlah tipis pemikiran sebab apa jua yang berlaku di dunia ini datang dariNya bukan sesuatu makhluk yang lain. sedih kan sebab mention macam tu dekat ana. tapi apa-apa pun jua ana tetap membela kura-kura ni.


p/s: nanti ana masukkan gambar yang lain-lain pulak yang ni agak kurang jelas.