Ahad, 30 September 2012

| my busy weekend |


buku-buku aku dan handphone bersepah di atas meja makan 


Assalamualaikum, dah pukul 1.47 minit tengah pagi waktu tempatan. Tajuk atas tu macam gempak, macam la kau pergi kem pendidikan luar wahai ain ! aku tak tidur lagi weh, esok pagi kena bangun awal mengadap pengetua, kertas kerja, kuliah lagi, diskusi lagi .. huwargh ! pengsan aku esok malam. hahaha !

taklah aku sibuk membuat kerja-kerja / tugasan-tugasan 3p, KPF, plus subjek-subjek fakulti aku.

hari ni dah masuk hari isnin kan, aduh kejap jer masa berlalu. bulan pun dah berubah, dari september ke oktober dah sekarang ni. 1 bulan mengajar aku lagi di bumi bertuah yang dipanggil Tanjung Malim ni.

| Sport coaching process |

kali ni tugasan aku dan kawan-kawan ke sekolah, untuk mengadakan satu program sukan iaitu "klinik bola tampar" seperti biasa group aku jc, lye dan ani lah. esok pagi-pagi nak pergi sekolah yang berkenaan agar proses pertanyaan dan survey dapat dibuat dengan selancarnya. surat dah siap, tinggal kertas kerja pun lagi dalam proses untuk dilaksanakan. hari tu dah jumpa en.omar, iaitu pensyarah yang mengajar kami. insyaAllah segala tunjuk ajar dari encik omar akan kami gunakan.

ni baru nak start survey tau, moga program kami ni akan diredhai olehNya. :)

| 3P student development |

kertas ni wajib semua budak UPSI ambil, jadi pensyarah aku kali ni datangnya dari Palestine. Alhamdulillah setakat ni aku amat enjoy dengan kuliahnya. Dr. Muhammed Yusuf Mai, seorang yang berketurunan arab. setiap kuliahnya ada diselitkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran. semoga aku dapat aplikasikan segala ilmu yang diajarnya ke dalam kehidupan aku kelak dan sekarang ni.

seronok sebab boleh cakap arab dengan beliau ! :)

| Falsafah dan dasar pendidikan |

yang ni pun wajib kena ambil kerana rata-rata guru Malaysia kena tahu apa itu falsafah pendidikan Negara.
kerana bila kita faham kehendak falsafah pendidikan negara, baru kita boleh membentuk ideologi kita bagaimana nak mendidik anak bangsa dengan lebih efektif selaras plan induk negara. (wah ain macam profesor dah kan cakap)

dalam kelas ni aku rasa aku macam diperhatikan, maklumlah aku kan ala-ala lecturer. ! haha perasan kau


jadi weekend ni aku habiskan masa banyak di library dan di rumah, kerja penelitian dan kajian perlu diteruskan. wahaha banyak duit keluar tau yelah sambil-sambil menelaah sambil tu la aku mengunyah dan aku jadi cepat lapar.

p/s : Adik aku miza, nak final sem 2 di uitm. Moga dia sukses macam sem 1 dulu. Ameen ya Rab ~