Rabu, 8 Ogos 2012

| Tahniah buat Dato' Lee Chong Wei dan AzizulHasni Awang |


We proud with you Dato' Lee Chong Wei !

Abe AzizulHasni you also make us proud as Malaysian !

Assalamualaikum, alhamdulillah hari ni dah masuk 20 th of ramadhan .. and hows your day ?
Hope semua nya baik hendaknya yer :)

Semalam konon aku nak tidur awal la kan sekali kawan aku text, then tanya tak tengok AzizulHasni ke malam ni ? dapat masuk separuh akhir untuk acara keirin .. terus aku bergegas dekat hall on aircond, tunggu lagi 5 minit untuk tengok samaada abang aku ni dapat emas tak untuk Malaysia. Wakakakaka, sebab nama dia sama dengan abah aku la kan. :)

Unfortunetly, gold medal is not ours. It's okay abe azizul you still young and banyak lagi benda yang perlu ditempuhi sepanjang olimpik ini berjalan. Bagi aku la kan semangat yang atlit kita bawa untuk olimpik 2012 ini sangat lah bermakna kerana, jika lihat ranking acara berbasikal kita adalah dikira top 10 lah. Tempat ke-6 dunia ? siapa nak bagi ? Bila bukak facebook malam tadi, semua status pasal thepocketrocketman kita abe azizul. Semoga ini adalah satu tunjukan contoh yang baik kepada semua atlit muda yang lain. Mari kita ambil contoh dari abe azizul ni untuk teruskan dalam bidang sukan untuk negara kita yang tercinta ini. Tak kira kita dalam sukan apa, yang penting sukan akan maju sekiranya kita tahu apa yang kita hendak. Ada satu kata-kata yang aku petik dari blog abe azizulhasni ni, semalam jap yer ..


"Size dosent matter ! As long you have your aim and determination"


From : http://thepocketrocketman.blogspot.com/

itu lah yang disampaikan dalam blog abe azizul kita, aku duduk betul2 depan skrin tv semalam nak tengok kayuhan maut yang dikayuh oleh abe azizul. mungkin tiada rezeki untuk kita menamatkan kemarau medal emas, tetapi yang penting macam aku cakap tadi "semangat sukan yang ada pada abe azizul dan atlit Malaysia yang lain harus kita contohi" membawa nama Malaysia dipersada dunia dengan sukan memberikan kita sedar akan semangat itu adalah kerana sayang nya kita kepada negara kita ini. Alhamdulillah, ramai yang telah sedar bahawa dengan sukan sahaja lah kita semua satu Malaysia dapat berkumpul dengan satu niat yang sama.

Kepada Dato' Lee Chong Wei juga, beliau telah bertungkus lumus untuk menjuarai dalam acara badminton. Tetapi tewas dengan China iaitu Lin Dan adalah antara pemain seangkatan dengannya dalam acara ini. tahniah kepada Dato Lee Chong Wei di atas sumbangan beliau yang banyak kepada negara. mendapat no 2 bagi acara ini antara yang terbaik dunia. harap ini dapat juga memberi contoh yang baik kepada atlit-atlit muda yang bermain badminton untuk negara kelak. Hewhewhew lupa pulak, disebabkan ini juga .. Dato' Lee Chong Wei telah belanja satu scoop Baskin Robin kepada semua rakyat Malaysia. ermm .. tadi kawan aku bagitahu perghh ramai beratur panjang nak makan aiskrim tu.. hahaha .. kalau budak-budak okay jugak ni mak bapak budak pun ada jugak, walau apa pun aku rasa itu adalah satu tanda penghargaan Dato' Lee Chong Wei kepada rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong beliau dalam bidang beliau.

p/s : Serius aku bangga jadi rakyat Malaysia ! Majulah sukan untuk semua