Sabtu, 14 Julai 2012

Kronologi cuti sem

Assalamualaikum guys ! Nak update sedikit peristiwa yang dah berlaku dalam sekelip mata tanpa aku nak merakamnya, hanya di dalam memori masih segar ceritanya . .. :D

Kawan baik aku kahwin
Selamat pengantin baharu Noor Nazirah, kawan till jannah. Even tak jumpa dia dah dekat berbulan-bulan secara officialnya tetapi ada la jugak text dia dan call dia. Dengar cerita dia dah pregnant menurut Ainun. Alhamdulillah, kawan aku dah nak dapat anak yang first. Weh tak sabar nak jadi auntie di usia yang muda ni. Wahahaha. Syok sendiri jer aku kan !

Mak Ngah aku bertunang
Alhamdulillah seronok tidak terkira kerana Mak Ngah Intan baru-baru ni bertunang dengan tunangnya kini iaitu Abang Shah, even i do not know him but look at them ( they are so sweet)
Semoga berbahagia hendaknya, walaupun ini yang kali kedua dalam hidup nya.



Reunion Ex-Form 6 Brash people |
Yang ni diplan dah lama dah, then pada 4 Julai lepas kami kumpul semula. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, semua ada kecuali Megat sahaja yang tak ada sebab dia masih menduduki peperiksaan di hujung sem 1 dia di Uitm. Doakan yang terbaik sahaja buat dia dan kawan-kawan yang lain. Semua cun dan hensem sekarang. Yelah dah masuk universiti semua la awesome belaka kan. Best la jugak dapat jumpa balik dan dapat cerita apa yang dah berlaku sepanjang pengajian setahun di universiti.

Jiwa aku terlara sekejap :|
Ada yang membuat spekulasi katakan aku lepas masuk universiti aku jadi "Culture Shock"
c'mon la guys ! tak kenal aku dah boleh caci aku sampai macam tu. Tak ambil hati, cuma aku kesian kan kenapa ada spekulasi macam ni. Damn kan ! ni propaganda nak jatuh kan aku ke ? wow dasyat kau Ain sekarang ni ramai pulak nak cakap macam-macam. Itu salah ini salah, cuba cari kesalahan aku. Aku tahu siapa aku, mana aku datang dan ramai yang teruk menghentam aku dengan mengatakan pelbagai tuduhan. Malas aku nak cerita panjang sebab hal ni memang boleh buat aku stress, bagi orang lain maybe kata ni tak berapa penting atau senang nak ignore but for me, you don't know me please mind your words okay. Nak kata aku sedih mendengar perkhabaran yang tak baik tu memang lah tersangat tersentap weh. Mana tak nya yang cakap tu orang yang aku sayang, orang yang mendidik aku. Tapi guys hidup mesti diteruskan, akan nak ambil port sangat sebab kang lama-lama tersentap aku yang kan tersepit kelak. Aku suka moto dari rancangan hiburan Melodi tu, " Kurangkan kontroversi, Tingkatkan prestasi" setidak-tidaknya bila orang kata kita maknanya orang tu ingat pada kita dan masih menganggap diri kita di dalam hidup dia kan. Apa -apa pun aku tidak kisah lah, orang nak cakap apa lagi pasal aku. Macam aku ni memberi kudis besar buat hidup dia, sebab kita memang tak boleh nak puas kan hati semua orang. Harap orang-orang yang mengata aku tu, akan jilat ludah dia balik sebab segala-gala yang aku dengar dari sampai-sampai orang dan cakap belakang. Jika aku silap kan, sila tegur aku secara personal atau depan-depan. Aku redha dan boleh dengar tapi kalau cara macam ni, sendiri mahu ingat lah derrr !

Dah macam luahan tak bertempat pulak kan, apa pun best dapat tulis. Sebab aku memang suka menulis, ni pun aku dah lama tak berkarya. Nanti dapat idea aku tulis la okay. Cerita pasal hati aku terluka tu sebab lelaki memang selalu ada. Cuma sekarang ni biarlah aku seorang mengharungi hari-hari tanpa cinta sejati. Biar sahaja motivasi datang dari kawan lelaki yang bergelar kawan biasa, sudah cukup buat aku gembira dengan apa yang aku buat.

Okay guys happy sunday ! Peace !