Jumaat, 9 September 2011

OPEN house


snap gambar sup gearbox malam tadi :) tengs~to hamizah for this snapping


Assalamualaikum semua harap sihat dan dalam keadaan yang hepy :)

hey hari ni rumah terbuka sedang giat berlangsung di sekitar rumah aku dan korang sekalian.
oh sangat mengantuk dek dihimpit rasa tidak cukup tidur malam tadi. lepas sahaja solat subuh aku tertidur nyenyak umpama anak kecil yang sangat letih. mana tak nya bergayutan dengan skandel terhebat sepanjang zaman aku malam tadi, mana tak nya nak tidur terus jer lah menunaikan yang wajib :)

aku bangun tadi dalam jam 9.30 pagi, mengambil tuala mengatur langkah ke toilet dan menyegarkan diri dengan air pancut yang sangat sejuk. yeahh dah fresh walaupun mata aku agak stim sangat. dengan menyarungkan jersi harimau malaya berwarna kuning hitam bersama short jeans ni, aku mengatur langkah pula membantu bonda tersayang di dapur.

Oohh sungguh harum bau kuah kacang yang mak buat pagi ni, disebabkan rutin kebiasaan aku di rumah bangkit lewat hingga ke tengah hari nafsu makan aku menurun apabila waktu pagi, kerana dah terbiasa. (elok sangat lah kan buat macam tu)

dalam keseronokkan membantu mak di dapur aku pun baru nak mengacau sup ayam yang baru ditenggek, keluarga uncle boy ku dah sampai berserta anak dan isterinya. eh tak lupa juga nenek saudara dan datuk saudara ku serta juga moyang ku. jadi happening dan agak terlambat sedikit ketika menyusun juadah di atas meja. nasib baik kuih raya telah aku susun ke dalam balang istimewa bondaku itu malam tadi. jadi kerja dah ada yang ringgan dilakukan.

ketika sedang giat membantu bonda di dapur, aku diserang sakit perut tersangat ni mungkin disebabkan oleh sup gearbox yang aku makan pada malam tadi di puchong perdana. pergh malam tadi punya dinner memang best sebab sangat teruja dengan gearbox tu. :) rugi bagi siapa yang tak pernah nak mencuba sup gearbox ni, walaupun agak berlemak tepu yang tebal menyaluti lapisan sup tersebut, ohh tak ingat dunia jika rasa keenakan sup yang disediakan di gerai tu. jadi, kalau korang datang ke puchong datang lah ke puchong perdana dan cari
"GERAI SUP BOOM" harga pun agak murah dan kuantiti makanan tersebut luar jangkaan anda semua. aku dah try sekali memang masuk berkali-kali lah lepas tu.

p/s: agak keterlaluan pulak meninggalkan tetamu di luar sementara aku duduk di dalam bilik rehat dari tadi sebab terlalu penat. tak cukup tidur kan. oke baru aku decorate satu statement:

O-orang datang beramai-ramai menyambut ketibaan syawal yang mulia
P-penat memasak dari pagi tadi
E-enak juadah terserlah seri masakan bonda tercinta
N-nak tambah ? jangan lah malu-malu ye

H-hari yang meriah lain dari yang lain
O-obor api yang menyambut kemenangan berpuasa dahulu
U-untuk bekalan dunia hingga akhirat kelak
S-silaturrahim yang erat semakin utuh bersama
E-erti tulus ikhlas dari tuan rumah