Isnin, 22 Oktober 2012

| Dulu buat aku, kini |


Assalamualaikum dan selamat pagi semua orang yang ada di sekeliling blog aku ni !

Pagi ni, aku bangun awal dek dikatakan ada kelas pagi ni, tap dapat masej dari Dr.Mohammed cakap kereta dia tak boleh jalan pagi ni. Beliau tinggal di Kuala Lumpur jadi berulang alik la hari-hari ke Tanjung Manchester ni kan, jadi esok pun takde kelas dan akan digantikan dengan free reading for research yang kita orang kena buat.

Ada cerita hot tak hot la kan nak story ni !

| Budak PJ tanya pasal assignment |

Hoi terasa ? yes aku tahu korang stress aku tak apporve korang dekat facebook kan, padan muka ! siapa suruh usik perasaan aku. hamek aku kasik korang sentap pulak. Oh dulu suka gelak-gelak, usik-usik aku kini bila nak tahu pasal assignment baru nak buat BAIK pada aku. Dah malukan aku dekat public baru nak baik-baik dengan aku. Kalau ikut perasaan aku tak nak maaf kan korang tau ! tapi aku hanya manusia biasa seperti korang yang banyak jugak buat kesilapan. Nak tak nak aku banyak dah unfriend budak-budak yang suka malukan aku di facebook dan juga public. Tahu siapa ? entah la fikir-fikirkan la ye kawan !

Korang boleh mainkan aku, ingat aku tak boleh mainkan korang balik ? nampak aku macam diam tapi ada juga aku aturkan strategi ! Yes bukan berdendam tapi sebagai ikhtibar kepada jalan yang aku pilih ni. semasa belajar banyak liku-liku hidup yang perlu dilalui, hal peribadi mahupun hal belajar kadang-kadang  kita tercampur aduk. Jangan pernah sakiti hati orang lain Ain .. itulah ungkapan yang sering aku katakan di dalam hati aku, walaupun orang tak pernah nak jaga hati ni. Haha bagi orang yang dewasa mesti cakap macam ni ..

"Ain chill la, small matter la !" "Ayie be strong" "Ainnnnnn, sabar laaa !" 

dan ayat-ayat lain seangkatan dengannya. aku ingat benda ni sebahagian daripada kita mengenal dunia. dunia ini kecil, jangan pernah kita membenci musuh kita kelak dia akan jadi kawan kita, dan jangan pernah terlalu menyayangi kawan kita kelak dia lah musuh utama kita. Dalam hidup ini aku tak pernah ada keinginan untuk mempunyai MUSUH. Tapi mereka yang cari aku, mungkin dek kelemahan aku yang mereka suka tertawakan. Sesiapa di dunia ini pun lemah, semua orang lemah kan ! tapi yang kuatkan kita ialah KEIMANAN. aku tak hebat berbicara pasal agama, tapi aku tahu asal usul ku. Biarlah yanpenting aku masih bernafas, hidup dengan keluarga yang cukup memahami aku. :D simple kan !


Sangat simple ! make urlife easier without any stress

| Raya Aidiladha it's around the corner |

As salam, tak banyak yang aku nak update !

Orang lain dah banyak takde kelas, aku pada minggu ni still penuh jadual. Esok ramai yang balik, aku ?
Tahu la tinggal di Kuala Lumpur, balik lambat pun tak kisah. Jadi khamis ni baru aku balik.

Yelah semester 3 ni banyak sangat cuti, kang cuti terlalu lama.. semua jadi lemau ! korang faham kan.

Nak kena ganti kelas bagai, macam semua orang rajin nak arrange kan benda tu kan.

Raya korban tahun ni tak balik pun manjung, seperti biasa la .. tak selalu balik pun. Raya dekat puchong jer la. Tak pun pagi tu singgah rumah nenek saudara aku dekat sepang tu. Tu pun kalau ada la. InsyaAllah.

Aku sebenarnya dilanda suatu masalah, tapi gagah ke aku nak menaip ni ? tak kot. Balik sana nanti la aku update. Okay ...


p/s : full kelas weh esok ! pitam aku ..