Selasa, 6 September 2011

sepanjang syawal ini

with our beloved greatgrand mother
kerja mengedit gambar raya tak habis

Assalamualaikum w.t.b kepada semua blogger semalaya yang hebat dengan pena maya ini.
harap semua nya dalam keadaan yang baik dan sempurna mengikut acuan kehidupan masing-masing.

okela aku nak ucapkan selamat hari raya buat semua yang mengenali diri ini sebab kerana anda semua yang berada di samping diri ini selalu membuat diri ini bahagia. hahahaha :) nice one!

di saat kegembiraan yang mendatang mula lah pelbagai ragam yang timbul pabila sanak saudara pulang ke kampung halaman. aku punya kampung tak lah macam kampung still lagi macam bandar :) nak cerita la sepanjang syawal tahun ni memang best walaupun buat secara simple tapi kemeriahannya tetap menjadi ingatan ku selalu.

1 syawal
yeahh aku bangkit awal seawal embun pagi menitis la katakan, pagi ni sepupu perempuan aku yang paling muda iaitu maisarah yang pagi-pagi mengejut kami semua bangkit. hahaha telatah budak ni membuat ramai yang hilang sabar tapi apa boleh buat as long dia sangat comel :p
time pagi ni pakai lah baju raya seronok la sebab dah drees up memang cun dan puas hati.
sesi salam menyalam memang rutin la. :) sesi kutip duit raya pun berjalan dengan lancar dan aku pun yang dah mencecah angka 20-an pun still dapat. buat malu jer kak long dapat tapi biarlah dah pak menakan nak kasik kan. :p jangan jeles. but over all yang paling hebat raya tahun ni dapat raya dengan moyang tercinta. :) thanks onyang sebab ikut kita orang balik ke lumut.

2 syawal
time ni beraya la jugak dekat area rumah ni, tapi nak story petang ni kita orang mandi manda di teluk batik. sekian lama tak menjejakkan kaki di gigi pantai ohh alangkah seronok time petang tu. aku pun terjun ke laut dengan bebas sebebas ikan lumba-lumba. hahahaha yang bestnya keluarga pak lang murad pun join keluarga aku ke sini. :) memang terbaik dan sempoi la sebab dah lama tak dapat gath macam ni. kami sekeluarga memang rapat sejak dari kecil lagi. balik-balik jer terus mandi dan tidur dalam keletihan kegembiraan ni. :)

3 syawal
time ni ? apa ea tak banyak aktiviti cuma time ni dah start gerak pulang ke puchong sebab abah nak pulang awal. bertolak dari lumut dalam pukul 5.30 petang sampai di puchong dalam pukul 9.30 malam sebab ada singgah makan. :) raya ke-tiga dah balik rumah, kalau tahun-tahun lepas raya ke-tujuh baru balik. takpe la plan kena ikut bos kan.

4 syawal
time pagi ni hamizah dan mak shopping barang rumah sebab nak set up karpet baru dekat ruang tamu. hari ni memang la penat sebab kena kemas satu rumah. baru la cun, orang lain dah set up kita orang dah raya baru nak set up. time aku sibuk macam ni la skandel-skandel terhebat giat menelefon aku. hahahaha aku off handphone padan muka. sebab tak faham kesibukan diri aku. :p hahaha

5 syawal
pagi ni kena masak memasak walaupun aku bangkit lewat, kena jugak potong bawang dan seangkatan dengannya. mak masak nasi minyak dengan ayam masak merah, ada la kuih muih dan pelbagai makanan yang dihidangkan. kononnya open house untuk kawan-kawan dan jiran serta keluarga pak lang. tapi, petang tu kena gerak ke rumah uncle boy di sepang di ajak datang. kiranya beraya di rumah beliau lah lepas dah nak maghrib aku pulang ke rumah. time ni la baru open my house, mulanya layan keluarga pak lang jer tiba pula abah menjemput abang nizam jiran baru depan rumah aku ni. :) abang ni bujang lagi tapi dah 30-an umurnya. sedang rancak bersembang sambil aku membuat kerja di dapur tiba pula kawan hamizah menyerbu rumah ingatkan seorang dua, rupannya masyaAllah sedozen budak bujang. akan la pula nak halau kan jemput lah dorang masuk walaupun aku tak mengenali mereka. lepas jer set up makanan untuk dorang aku masuk bilik sambil mengurung diri sebab takmo campur. (agak segan) hahahaha

6 syawal
bagun lewat jer pagi ni sebab bermalam hingga ke awal pagi. hahahahaha :) oh time ni tak ke mana pun. duduk rumah kemas rumah sahaja.

7 syawal
bagun awal sedikit melakukan rutin seharian melayan facebook dan blogger :p
takde idea nak tulis apa sampai la pening kepala ni.


p/s: next saturday ada open house lagi dekat rumah i jadi nak contact semua kaum kerabat dan kawan-kawan menyerang rumah i. (terus bergegas mencapai fon blackberry) :p