Khamis, 10 Mac 2011

perjumpaan yang dibatalkan


Assalamualaikum w.t.b kepada semua pembaca yang sudi lagi membaca blog ana ni.
Dah lama tak sambung menulis kerana ana mempunyai masalah kesihatan maka kena stop untuk 2 hari. Yelah di mana je ana ni minat menulis berkongsi maklumat ataupun kisah-kisah yang jadi pada ana jika tidak di blog ini.

Alhamdulillah ramai yang bagi sokongan untuk terus menulis dan komen-komen adalah amat berguna bagi ana untuk menulis. Yelah menulis kan adalah suatu perkara yang bebas untuk kita meluahkan sesuatu perkara yang ada di minda mahupun hati ini. Kalau kita imbas semula semasa zaman penjajahan di zaman pasca kemerdekaan di negara bagaimanakah penulis-penulis muda memanipulasikan fikiran rakyat? adalah dengan menulis bagi tujuan menyedarkan rakyat yang kita perlu di bebaskan dari cengkaman penjajah.

Itu sedikit sebanyak yang hendak diceritakan lah kalau nak imbas sejarah balik memang lah panjang ceritanya. sebab ana ni memang minat sejarah dan suka mengkaji sesuatu perkara. semangat inkuiri itu memang dah menular dalam jiwa ni sejak di bangku sekolah lagi tapi takde kesempatan nak buat yang detail punya. masa form 6 je dapat kesempatan buat satu kajian. ada entri last year ana ada post pasal tu. :) memang best.

tapi sebenarnya bukan nak cerita pasal kajian/ekperimen tapi nak cerita pasal perjumpaan dengan sahabat ni terpaksa dibatalkan gara-gara sakit yang datang ni. kesian kan sebab kami dah aturkan perjumpaan ni dekat seminggu sebelum perkara tu jadi. tak ada rezeki la nak berjumpa. sedih memang sedih tapi nak buat macam mana ana pun tak dapat nak elak benda tu jadi.

padahal kan semua dah siap baju nak pakai dah prepared, beg, kasut dan purdah baru dibeli daripada seorang akak ni pun dah siap. konon-konon esok nak pergi jumpa mereka tu lah. tup-tup malam tu sakit. masyaAllah sabar jelah hati ini. tapi ini semua dugaan buat ana untuk tabahkan hati lagi-lagi dalam proses nak berubah ni. macam-macam yang menimpa dan hanya Allah sahaja yang tahu mengapa ini semua berlaku dan ada hikmah setiap yang berlaku ini.

diharapkan mereka memahami mengapa ini semua terjadi. nanti kita akan aturkan perjumpaan lagi. InsyaAllah. sebab ana sayang pada mereka semua. moga Allah memberkati hubungan kita ini sekian lama terjalin hanya dalam ruangan maya. dan pertemuan ini akan mengukuhkan ukhwah antara kita moga akan dapat mendekatkan kita kepadaNya.

ikhlas: norain hasni