Selasa, 29 Mei 2012

liku semester 2

Bersama adik-adik kesayangan

Assalamualaikum

Malam telah menjadi pekat, hampir pukul 3 pagi aku cuba menyiapkan tugasan yang perlu dihantar sebelum jumaat ni. Kerana minggu ke 14 adalah minggu terakhir aku dan kawan-2 lain mengikuti kursus-kursus yang berkenaan. Alhamdulillah hampir digarisan penamat di sini untuk semester 2 ni. Banyak lagi ilmu yang ditimba tanpa disedari aku mula serius dalam pelajaran untuk memperbetulkan kesilapan yang pernah dilakukan pada semester 1.

Banyak onak dan duri ditempuhi seperti insan lain yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi.
Alhamdulillah fittness makin baik walau banyak dugaan nafsu makan di sini. Lagi-lagi depan kolej kediaman aku dipenuhi syurga makanan. Nak apa sahaja boleh dapat dengan mudah, iaitu turun jer lift terus ke kedai makan dan order apa korang nak. :D Duit pun not bad lah kalau sekali belanja. Aku akui semester 2 ni banyak sangat pakai duit. Beli itu beli ini untuk barangan assigment jer melambak duit keluar. Kalau tak pandai cermat memang botak kepala korang weh, ni pun rambut aku dah pendek sebab aku tak mampu nak jaga dah.

Sepanjang semester ni dan lepas aku tak ada pun beli kasut baru untuk kasut sukan, aku akan pakai sampai rosak. Tak kisah lah kawan-kawan semua ada yang baru tiap-tipa bulan tukar tapi aku akan setia dengan kasut yang memang aku ada. Alhamdulillah aku sangat bersyukur dengan apa yang ada.

Selepas jer blog aku di update pakai yang baru hari tu, aku jadi malas nak update-2, tapi hari ni aku try godek-2 boleh pulak jadi blog yang lama. Cuma aku dah buang banyak gadget dalam ni sebab berat dan aku rasa perlu pembaharuan bagi nampak matang sikit. Aku tahu korang yang tak sengaja bukak blog aku mesti malas nak baca tapi kalau korang baca dapat jugaklah aku kongsikan perasaan aku dengan korang walaupun korang tak kenal aku. Bermadah helah pulak aku tengah pagi-2 buta ni. Baiklah aku akan cuba listkan apa perkara yang aku hadapi sepanjang semester ni.

Akan menjadi fasilitator bengkel untuk Outdoor Education
aku akan cuba buat yang terbaik walaupun aku tahu aku banyak berdiam :)

Assignment menimbun bagai boleh buat rak buku tersusun indah
banyak giler weh lagi-2 buku log ikhtisas :)

Pertama menangis sepanjang tahun pertama pengajian untuk pembentangan Motor Learning
Aku tahu kesilapan sebab tak jumpa Dr Jeff awal-2 :)

Nama dah ada weh !
nama batch kami ialah ZETA :)

Ika kehilangan Ibunya :( Al-Fatihah
kawan sebilik aku kematian ibu kesayangannya, aku juga turut terasa kehilangan

Rafting White-Water dekat Sungai Sedim Kedah
aku excited join dan banyak ilmu tersirat aku dapat walaupun aku tak terpilih untuk mengayuh, agak hampa rasanya. Mungkin belum ada rezeki lagi. :)

Rapat dengan kawan-kawan dari korea
mula-2 kelas Basic Coaching tak rapat tapi bila nak akhir-2 sem ni, rasa sangat seronok kerana dia orang sangat sporting dan banyak ilmu yang aku dapat walaupun susah nak berkomunikasi dengan dorang tuh. :)

Muhasabah dengan diri
banyak kelemahan aku yang aku dapat kenal pasti, apa pun orang judge atau bercakap tentang aku, aku cuba tangani dengan baik. Alhamdulillah aku masih ada kedua orang tua yang sangat memahami. Aku dikurniakan adik-adik perempuan yang sangat rapat dengan aku.
walau apa pun yang jadi aku akan teruskan dengan pembawakan diri aku ini.

Ika yang aku sayang
kawan sebilik aku kini telah banyak berubah, Alhamdulillah banyak mengingatkan aku tentang tugasan kita bukan sahaja di dunia tetapi akan ke akhirat. Apa yang kita akan bawa ke akhirat kelak. Banyak aku muhasabah diri kenangkan dosa yang aku dah buat, walau tak sepenuhnya aku dapat meneruskan perjuangan aku dahulu, hati aku kuat menyatakan yang aku akan teruskannya dengan hati.

Luahan Cinta
Sepanjang semester 2 ni banyak sahaja aku bermain dengan jiwa, aku tahu benda yang tak pasti janganlah kita harapkan sangat. Mungkin aku silap kerana luahkan pada dia terlalu awal. Mungkin aku terlalu rakus dan kesunyian dari kasih sayang seorang lelaki aku berbuat demikian. Aku tidak malu untuk menyatakan di sini kerana kalau dia baca pun aku nak dia terasa kerana aku terasa diri aku diperbodohkan. Aku anggap kau kawan dan sangat menyanjungi kau kawan. Banyak dolak dalih rupanya, dan aku hanyalah alat dipermainkan.

Bangkit semula
Walaupun aku dipersia dari kaca perhiasan mu, aku tak kisah kerana sesungguhnya aku tahu Allah telah mengatur hidup ku begini. Terserahlah pada sesiapa yang nak menyatakan aku ini apa itu atau ini, tetapi aku adalah aku. :)


Banyak sangat aku tuliskan, tak campur lagi yang lain. Setakat tu jer lah, lain kali aku akan update :)