Jumaat, 4 Mac 2011

benarkah dia?


perjalanan hidup kini sudah bermula


kau hadir tanpa aku duga dalam hidupku
menjadi mimpiku di siang hari
tiap kali kau menegurku
aku jadi tidak keruan
aku jadi tidak betul
perasaan sayang terbit dalam diam
ingin aku luahkan tetapi aku ini
seorang wanita yang tidak bisa meluahkan
bukan mudah melupakan kisah silam
bukan mudah perbaiki yang dahulu
merawat jiwaku yang lara
luka yang kini sudah terubat
akan kehadiranmua membawa aku ke awangan
bukan aku pinta bukan aku mahu
tapi apakah ini benar panahan cinta
ahh aku ego untuk terima semua ini
kerana aku percaya cinta akan
musnahkan hidupku lagi mati
yaAllah aku beristigfar
dalam dingin malam itu aku jadi sejuk
menggeletar seluruh tubuhku
apabila mendengar keluhan jiwanya
menyunting diriku dijadikan teman hidupnya
adakah aku benar-benar dalam realiti
atau aku dalam igauan tanpa aku sedar
yaAllah aku meminta petunjuk dariMu
jika dialah benar untukku
perlihatkan tandanya kepadaku.
aku memohon agar jika benar
dia akan menjadi teman sehidup sematiku
bimbinglah daku menjadi isteri solehah
kepadamu wahai bakal suamiku.


p/s: macam jiwang pun ada kan. tapi ni nukilan dari hati ana. ana tahu dia sedang membacanya dan tersenyum sebab ana pun tengah tersenyum ni. masyaAllah~