Selasa, 22 Mac 2011

tak boleh tidur buat kali yang berkali

adakah ana sudah bersedia mengharunginya?


Assalamualaikum w.t.b kepada semua. masyaAllah dah pukul berapa dah cik norain? dah pukul 3.56 minit pagi dah ni. yaAllah ana tak boleh tidur dan tiba terjaga serta merta pada malam yang dingin ini.

"perkara yang sudah tu dah la ain jangan lah serabutkan kepala" berkata dalam hati yang penuh debu-debu keserabutan.

yaAllah jika Engkau mengujiku berikanlah aku kekuatan dalam mengharungi perasaan berbolak balik ini yaAllah berikanlah aku kesempatan lagi bertaubat dan beristigfar bersujud kepadaMu

Allahuarabbi~ aku amat lemah dalam menghadapi perasaan ini. kekalutan mengulit jiwa yang penuh masalah dunia ini amatku geruni.

apa la ana ni lagi sekali malam ni dah dekat 3 hari malam berturut-turut ana tak boleh nak melelapkan mata yang kuyu ini. T_T sabar jelakan.

tadi ana dah bincang dengan mak ana pasal nak tidur rumah nenek ana di sepang, insyaAllah katanya akan menghantar ana ke sana bagi ana menenang kan fikiran ni. duduk rumah sendiri pun berserabut kan. yelah mana taknye belum masuk universiti lagi la serabut kan macam-macam nak fikir.

ujian mendatang tak kira waktu dan memang menguji kesabaran. tiba-tiba ana klik-klik new feeds dekat facebook terlihat artikel dari seorang sahabiah ni
mari kita sama-sama baca dan renungkan::



~MUSLIMAH DAN DUNIA~

1. Elakkan berurusan dgn lelaki. Kalau ada peluang utk minta tolong dgn perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain2, maka terpaksalah minta tolong dari org lelaki.

sms

2. Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan2 formal, bukan bahasa pasar. Contoh: Maaf, (bukan sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh). Lagi satu takyah la buat smiley face ke (^_^), gelak2 ke (hihihih), dan lain2 yg kurang berfaedah. Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki. Sampai Allah pun kena sound kat org pempuan supaya keraskan suara.

Rujuk qur’an surah Al-Ahzab ayat 32:....

“Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan2 lain jika kamu bertaqwa. Maka jgn lah lemah lembutkan suara dlm berbicara, sehingga bangkit nafsu org yg ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik”....

Kalau rasa ayat ni ditujukan kepada isteri2 nabi je, lembut2kanlah suaramu dan lihatlah kesannya. Apabila arahan ni diberi kepada isteri2 nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan tu utk mencapai darjat yg sama seperti mereka, darjat wanita2 yg bertaqwa, dan darjat wanita2 yg terpilih. Best kan?....

3. Tundukkan hati : Apabila terpaksa berurusan dgn lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki ni tertarik kepada kita. Waktu berdepan dgn lelaki2 tu, byk2 lah berdoa, “Ya Allah, jgnlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan.”

muslimah

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran communication skills yg kita belajar kat uni dulu; “make eye contact with the person you’re talking to”. bende tu applicable kalau kita becakap dgn org yg sama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dgn org yg berlainan jantina, kita akan mendapati theory “dari mata turun ke hati” tu betul. so, be careful dgn pandangan mata. Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dgn isteri2 nabi. Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53;

“….Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri2 nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka..”

Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana2 kita pergi. kalau susah sgt nk jaga mata, tutuplah pandangan dgn buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa Allah sgt ambil berat masalah hati para sahabat n isteri2 nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun nk jadi sehebat diorang, kenalah buat apa yg diorang buat. Takkan nk tunggu Allah sebut nama kita dlm Qur’an baru nk buat kot.

Cth: “Wahai Cik Ain.. taatilah suamimu…” Isk2. tak layak nye...... (tiba-tiba je ada nama ana)

5. Cepatkan urusan. Ni mungkin applicable kepada students/ org yg dah kerja yg terpaksa berurusan dgn team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita. So, apa2 kerja yg nk dibuat bersama, buat je la keje tu. takyah nak borak2, tanya hal peribadilah, gelak2 lah, buat lawaklah.. tak perlu tak perlu. Siapkan keje cepat2, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yg proper dan berurusanlah secara professional.....

sekian.........

p/s : copy n paste dari http://perjalananseorangmujahid.blogspot.com/

Tamparan hebat.

Padan muka.

Sangat terasa.

Sangat suka.

Satu petua untuk saya.




p/s: tengok tu terkena tak? memang kan? padan muka ana T_T

saat itu

tempat geng surau melepak (bukan melepak suka-suka ye)

disaat aku mananti
kau memberikan jawapan
hatiku berdebar tertanya-tanya
adakah ia benar dan ikhlas
atas dasar hatimu?
yang benar-benar meluahkannya
atau ia sekadar kata-kata yang
manis dimulutmu untuk
menyedapkan bicara denganku
segala yang kau berikan padaku
amat aku hargai dan ianya satu
nilai yang amat berharga padaku
terima kasih aku ucapkan
semoga apa yang kita bicara
selama bersama
kebahigiaan, kesetiaan, dan kejujuran
akam kekal slamanya
aku bersedia menanti segala
apa jua cabaran yang akan
aku tempuhi pabila hidup
tanpamu disisiku
walaupun ia benar pahit
namun semua memori indah
tidak mungkin dapat ku lupakan
kerna ianya cukup indah dan bererti
persis ku bina bingkai kenangan abadi
digantung disetiap penjuru
hatiku
semuanya bersamamu..

CIPTAAN ASAL: nuradila alias
PENGOLAH SEMULA: norain hasni


p/s: nukilan ini adalah semasa ana dan sahabat ana ni di sekolah menengah teknik kuala kangsar. kisah kami dinukil di dalam bait-bait puisi dan sajak kerana tempat meluah kami di situ la. (agak jiwang) tapi ini lah hobi masa terluang di sana. sangat rindu pada anda semua.

gambar tu adalah surau tempat ana dan sahabiah melakar sejarah bersama.