Ahad, 3 Julai 2011

semangat juang :D

menandakan aku memang bersemangat!

Assalamualaikum all :D selamat malam jam hampir menunjukkan masa ke 11.13 minit malam.

oke sebenarnya tadi tengok perlawanan bola antara Malaysia lawan Taiwan. NOT BAD sebab aku tahu pasukan negara kita main pun dah macam pemain antarabangsa tak macam dulu kan tapi kalau takde dulu takde la sekarang kan. Tahniah buat skuad negara anda semua rocks!

padahal aku ni tak bape minat sangat bola ni tapi kan aku sejak-sejak ni macam melekat je dekat skrin TV tu tengok channel ESPN, ARENA (sume saluran dari ASTRO) hahaha~ asyik sukan je kan walaupun tak dapat nak melibatkan diri sepenuhnya tapi aku still kena ambil tahu tentang perkembangan sukan negara kita kan. hebat jugak sebenarnya Negara kita ni tau dalam industri sukan ni kita mungkin masih baru mengorak langkah maju kehadapan tapi yang penting kita mempunyai semangat patriotik demi memperjuangkan nama negara. (saya bangga sebab saya anak Malaysia) nampak nya bersemangat la kan aku malam ni. haha dah dapat mood baru agaknya aku ni kan.


BALIK LUMUT

oke la kan khamis ni aku akan bertolak ke rumah atok dan nenek aku di lumut. sebab jumaat tu ada majlis anugerah kurikulum dekat SMT Ipoh. jadi nak pakai baju apa balik ni? adoyaiii pening takde baju nak pakaiiiii! haha masalah betul la kan. nanti nak tanya pakar perunding fesyen dalam rumah ni. (mak aku la siapa lagi kan)

jadi maybe aku bertolak pagi dan sampai sana masa tengah hari. :D
nak pergi beli tiket esok dan esok pun nak kena confirm kan dekat pihak sekolah yang aku akan hadir pada majlis ini. InsyaAllah moga berjalan dengan lancar kerana yelah ini lah yang dapat aku tunjuk kan pada adik-adik aku semoga dia dapat mencontohi kejayaan aku di peringkat ini. harap mereka lebih baik daripada aku kerana semangat untuk belajar pada jiwa ku semakin berkocak kencang kerana ilmu pun sampai bila tak akan habis dituntut.

thanks to my parents. both of you give me lots of strenght to survive in this world. yaAllah forgive them if they make any mistake. and i will do the best for my future and i'm promise to be a good example for my sisters (speaking jap) haha

never say never! bak kata Justin Beiber kan. jadi jangan kata tidak tau sebab semangat tu kita perlukan di setiap waktu. walaupun kadang kala kita tidak bersemangat tapi kena jugak push yourself to be the best among the best kan. sebab hidup ni banyak persaingan dan kena kuat kan semangat walaupun saingan kita tu memang hebat (tiada tandingan la kata kan)
jadi tak kira apa yang kita buat bersemangat lah kan.

macam post aku yang lepas aku cakap aku bosan kan. memang tengah bosan dan tiada semangat sebab selalu sangat duduk dekat rumah ni kan. tapi bila aku fikir balik betapa bersyukurnya aku sebab masih ada rumah untuk tinggal dan tak salah pun jika aku habiskan masa di rumah tanpa keluar lagi. munkin aku perlukan masa lagi untuk menambahkan kematangan dalam diri ini supaya lebih cekal apabila di luar. (hanya aku yang faham kot tapi siapa yang faham thanks tau)

haha baiklah apa lagi yang hendak di tulis sementara masih bersemangat nak tulis ni kan. :D
mungkin takpe kot dah kekeringan idea ni. babai all.

p/s: hate me love me? it's up to you!