Jumaat, 26 Ogos 2011

hatiku hatimu

pecahnya jiwaku

Terduduk aku termanggu jauh dek hujan yang hendak menitis
awan berarak laju kegelapan baru menguasai langit
lalu titisan hujan jatuh membasahi bumi ini
oh terasa sejuk menyeliputi diri yang keseorangan
bagai memahami apa yang tersirat di pelusuk jiwa sepi aku
lalu titisan air mata jatuh membasahi pipi ku ini
oh terasa peritnya biasan cinta kau sayang
sampai buat aku mabuk dalam dunia sendiri
bagai membunuh diri ku yang sarat memperjudi nasib

sakitnya rasa di hati ini tak terperi
bagai tertusuk duri tajam ke dalamnya
apa kah silap aku?
fikirkan lah sayang kerana aku
akan setia menanti dirimu

p/s: saja keluarkan idea ni :) happy fasting korang!



Khamis, 25 Ogos 2011

ucapan raya kepada geng tingkatan 6 BRASH 09/10

salam lebaran buat semua yang mengenali diri ini

Assalamualaikum w.t.b kepada warga blog sekalian~! harap masih berpuasa dan terus menerus tabah dalam diuji pelbagai ujian dariNya. bagus dan all the best korang!

okelah memang tak tahu nak tulis apa dah sebab kekeringan idea buat masa ni. takala ni jugak la jiran-jiran sebelah rumah dah start pasang lagu raya dan pasang lampu raya, pelita raya, main bunga api dan pelbagai. kiranya bahang aidilfitri it's aroun the corner bebeh :)

aku pun tak lepas nak membuat persiapan nak beraya ni. InsyaAllah Ahad ni aku dan keluarga akan bertolak ke Lumut. yeahhhh raya rumah atok la kan tahun ni lagi. baiklah dikesempatan ni kan nak mengucapkan lah selamat menyambut aidilfitiri yang tak lama nak menjelma ni.

::ucapan raya kepada geng tingkatan 6 BRASH 09/10::
  • to ainun nazirah : thanks kerana jadi kawan i dan semua segala kenangan/nasihat you memang i simpan rapi dalam fikiran ni. walaupun aku tak dapat jadi kawan yang sempurna buat kau tapi kau pernah jadi sebahagian dalam hidup aku. cewahhh T_T ternangis lak time tulis ni.

  • to khairul amirul : hey bro selamat hari raya maaf zahir batin. senang-senang mari lah beraya rumah aku, harap jer dekat tapi tak penah singgah. :p

  • to megat iqram syafiq : abang long ipoh yang pasti diingati hingga bila-bila. selamat hari raya abang long, kak ngah doakan semoga abang long sihat-sihat selalu dan dimurahkan rezeki.

  • to muhammad amir sabirin : amir thanks sebab kasik kad raya tu tau. sangat menghargai dan aku dah gantung dekat dinding rumah. datang puchong mari singgah rumah aku.

  • to ahmad hafiz: aku tahu facebook kau dah deactive sebab banyak skandel, sorry aku tak reply masej kau yang banyak tu sebab aku sibuk. hahaha yeke? next time aku reply.

  • to asraf wazir : bro this raya will make you more busy sebab aku tahu persiapan kau nak masuk universiti lepas raya ni. jadi sorry kalau ada buat salah dengan kau. :D

p/s: yang lain-lain nanti aku ucap dekat facebook dan blackberry jer.. hahaha oke :)

ramadan terakhir

penyanyi lagu jangan lupa namaku

Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku

Kerana
Aku mengingati mu
Kerana
Aku men’cintaimu

Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur

Kerana
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati

Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan

Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati

Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati

Kerana
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa menyintaimu

p/s: lagu ost ramadan terakhir nyayian pompa bensin :) lagu yang sangat kreatif dan mendamaikan halwa telinga ketika mendengarnya. best sangat! drama yang mampu menitiskan air mata jika dihayati sepenuh jiwa. hehehe nak cakap aku nangis la tuh kan :(( btw memang sedih la korang!

Rabu, 24 Ogos 2011

satu malam


neon malam di Kuala Lumpur

satu malam
aku duduk di balkoni rumah ku
sambil menikmati pemandangan
Kota Raya Kuala Lumpur
yang sibuk sahaja jika di lihat dari atas
kerlipan neon menambahkan seri malam ini
menikmati angin sedamai tak pernah ku dapat

satu malam
aku di sini menantikan diri kau jalan di bawah
mencari bayangmu yang entah hilang ke mana
menunggu diri kau dari semalam
bagai malam ini memahami aku
takala bulan mengambang sejauh mungkin
ingin ku berikan kepada kau
buktikan kau bahawa cintaku ini benar
sesuci embun yang baru menitis di kelopak daunan
cewah aku mula berangan pulak

satu malam
aku keluar berjalan mencari wajahmu
mungkin ada disebalik konkrit bandar
ingin melihat diri kau lelaki
adakah juga keawangan bagai aku?
perlahan aku berjalan
jika terlihat sedikit detik jalanan kau
terubat juga hati sempit aku

satu malam
terselak selak di kesamaran gelap bangunan itu
yeahh aku dapat lihat kau sayang
sangat manis dan sungguh menusuk kaku
aku berdiri di hadapan kau
hey perasaan bergaduh sendiri
nak tanya malu nak tegur segan
oh kau sungguh tampan sayang
buat aku hampir pengsan di sini

satu malam
aku berjalan pulang ke apparmentku
sambil hati berbunga ros kembang
eh aku dah jatuh cinta
dengan lelaki itu
tak sangka
unexpected accident tau aku dengan kau
tapi kau masih tak kenal aku
kerna hanya aku sahaja
yang kenal kau
bila aku nak bagitahu hal sebenar?
o.O?
terus masuk bilik dan tidur sampai esok


p/s: i know that your life can go on without me, that you can be happy without me, that you can survive without me but even if you turn me away, i will still choose to stay with you and be your sweetest stranger forever.. :) cewahhhh!

Selasa, 23 Ogos 2011

apa nak jadi dunia ni?

Dunia adalah tempat menyemai kasih sayang sesama manusia
think before you do something

Assalamualaikum dan salam satu malaysia :) Alhamdulillah baru breaking fast dekat rumah bersama keluarga tersayang. hope korang pun sama jika ada yang berbuka puasa seorang diri tadi diharap bersabar kerana nanti korang akan dapat berbuka bersama yang tercinta satu hari nanti. (pesanan kepada orang yang bujang belum berkahwin)

tadi baru tengok berita dekat tv3, hey macam-macam kejadian sekarang ni kan aku tengok tadi pun agak seram jer dengar sebab berita yang tak diduga.

kes tolak anak dalam kolam ikan
ni berlaku dekat johor, apa la tolak anak ke dalam kolam tu? sebabnya tadi si ayah di bawah pengaruh alkohol. dan ketiga-tiga anak dia mati dan selepas tu si ayah pun bunuh diri. tula kan kenapa minum arak? kan bahaya? sebab kerana arak manusia kan hilang pedoman. dalam Al-Quran pun dah sebut pasal arak ni kan. apa kes? kalau ilmu tak cukup ini la jadinya.
#pesan untuk diri sendiri jugak ni#

kes nak sembelih anak
ni berlaku dekat terengganu, apa la nak disembelih anak kau gara-gara kereta rosak? apa kah dah hilang pedoman? mana erti agama ? yaAllah kenapa sampai nak bunuh anak kecil yang berdosa? bagaikan kembali di dunia jahiliyah dahulu. apa nak jadi ni kan? kenapa lahirkan anak jika tak tahu tanggungjawab sebenar? #pesan untuk diri sendiri jugak ni#

kes simbah asid dekat muka orang
hey ni lagi satu kes yang sangat sengal bila dengar kan, yaAllah kalau nak dendam kenapa perlu baling asid? ni yang takut nak keluar rumah moga aku dan keluarga dilindungi dari kejadian ni sebab yelah raya nak dekat kan. macam-macam pun boleh jadi, nak jadikan cerita orang yang disimbah asid tu tengah tunggu membe dia dalam kereta masa tu dekat bazar ramadhan kebetulan tingkap kereta terbuka jadi yang si pembaling asid ni pun simbah laa dekat muka mamat tu. apa la nak jadi kan? kenapa nak baling asid ? diharap si pembaling asid ni akan ditangkap secepat mungkin. jadi korang semua pun berhati-hati tau jika keluar rumah.


kes kemalangan menjadi-jadi
yang ni pula bagaikan malang tidak berbau kan. hanya Allah yang tahu kenapa ni nak jadi. bila dah sampai ajal dan jalan seseorang itu pergi begini kenalah kita redha. yang satu kes tu anak beranak meninggal dunia kerana merempuh divider jalan masa tu baru balik shopping raya.
ada satu kes baru ni yang dua beradik dirempuh kereta masa menunggang basikal masa baru balik dari sekolah. sama juga kisah Allahyarham Saufi Haniff iaitu seorang pelajar yang mak aku bawak ke sekolah meninggal kerana kemalangan jalan raya. rasa lemah segala sendi dan rapuh hati terus pabila terdengar kisah kemalangan ini. Allah lebih menyanyangi mereka. semoga roh mereka dicucuri rahmat. InsyaAllah.

kes main mercun
hey mana dapat mercun ni? bunga api takpe la jugak ni main mercun? di saat aku tengah menulis blog ni pun masih terdengar bunyi letupan bagailan nak berperang di tempat sendiri. time aku tidur waktu pagi pun dengar teriakan mercun ni. memang tension tau tak. bila dah kena nanti baru la budak-budak ni nak sedar. ni bukan budak-budak jer yang main bapak budak pun main. nak main boleh tapi kan sendiri mahu ingat laa. teringat kisah pak ngah aku marah jiran depan sebab main mercun lagipun time tu adik aku masih bayi dan ada ramai budak kecil dekat rumah. mana tak terkejut baby tengah tidur bunyi mercun.



p/s: hey korang jaga lah diri ingat orang yang tersayang.

Isnin, 22 Ogos 2011

wahai kasih part I

first kiss

pagi menjelma lagi
lamunan terhenti pabila mentari menyinar
kelopak bunga sakura depan rumah
bagai tahu isi jiwaku pagi ini
indah seindah kejiwaan gembira
terdengar bunyi deruan angin pagi
terpukul aku denganya
oh harum benar bau udara keliling
tak teringat langsung masalah
hadapi dengan tenang tanpa rungsing
hirupan ke dalam urat sarafku
terasa nikmat tak terhingga
debu debu wangian cinta dari kau
turut aku rasai di setiap pelusuk peparu
hampir aku lemas di kandungan cinta
yang banyak ini
jika kau baca perdengarkanlah bait tersirat

wahai kasih
ku sulam kau dengan benang kesetiaan
ku ikat kau dengan tali kebenaran
ku pegang kau dengan genggaman sayang
ku pautkan mataku dengan matamu
agar kau fahami beginilah besar cintaku
tak mahu aku lepaskan lagi kali ini
supaya aku dapat melihat kau lebih dekat

wahai kasih
setiap hembusan nafasmu ku sambut
dengan hembusan nafasku disisimu
setiap belaian bersama menjadi aspirasi
sentiasa agar aku tidak jatuh lagi
setiap bait katamu ku perliti benar
sedalam lautan dalam

wahai kasih
aku mengaku yang aku sentiasa mendambakan kau
bayangmu menjadi igauanku
langkahmu menjadi mimpiku
oh semuanya perfect bagiku sayang
biar apa orang nak kata
asal aku bahagia disisi kau
cacat cela kau hanya aku yang suka
sebab kau disisiku sudah
cukup buat aku terpana dengan ciptaanNya
hebatnya kau orang lain tak ngerti
sebab satu ayat aku
"aku sayang kau!"


p/s: hey bila hati dah cinta apa pun boleh jadi kan. :)

hey morning guys!

zaman kegemilangan aku dan kawan-kawan ni time bergelar
pengawas asrama sekolah menengah teknik kuala kangsar

Assalamualaikum w.t.b kepada semua warga blogger sekalian :D
selamat pagi dan salam subuh buat korang, baru jer lepas bersahur ni Alhamdulillah masih sempat bersahur dengan keluarga tercinta disamping menikmati udara yang diberi olehNya.

dinginnya suasana selepas bersahur ni terdengar bunyi cengkerik dan unggas berdekatan dengan hutan simpan UPM ni. :D terasa bagai tinggal di teratak mewah walaupun hanya berbumbungkan tingkat rumah orang lain. rasa sangat gembira walaupun kehidupan aku hanya sederhana dan bersyukur mempunyai orang tua yang sangat supportive.
(wahhh ayat pepagi macam ni memang teratur dan berbaris ea cik norain)

bangun jer celik mata facebook la jadi macam berita harian online nak tengok apa yang terbaru.
melihat perasaan kawan-kawan dan keluarga di facebook tu. setakat ni ramai yang gembira pada status pagi ni. melalui pemerhatian aku tadi dari semasa ke semasa;
  • kadang-kadang like status dia orang sebab cuba menghargai maksud yang cuba disampaikan oleh mereka. betul tak?
  • kadang-kadang komen status dia orang sebab nak cuba bagi nasihat/pandangan kita
  • kadang-kadang baca status mereka kerana cuba memahami apa yang tersirat yang boleh kita jadikan perkongsian.
  • kadang-kadang ada juga status yang ada pangkat H***M sebab terlampau nak meluah sampai user lain sakit hati bila baca kan. so friend think before you write oke :)

rindu korang semua kawan!
hari ni punya plan nak pergi mana aku tak tahu sebab masih kekaburan jadual. biasa la kerja maid belah petang jer belah pagi off kan. selalu sangat bangun lewat sampai tak jumpa suasana pagi. rindu pulak nak bangkit awal macam zaman persekolah dahulu. yelah sebelum matahari menyinar aku dah terpacak dekat depan kelas. seronok pulak bila teringat kisah yang dah berlalu tu. bagai semalam baru bermula kan. malam sebelum nak tidur rajin ke toilet bersama housemate gosok gigi dengan colgate, cuci muka dengan cleanser, pakai bedak sejuk dekat muka. ready tidur excited nak wake up early. before sleep akan berborak kejap then tidur sampai hampir ufuk kembali terang. bangun pagi terus mandi, solat subuh, makan pagi dekat dewan makan, semangat nak ke sekolah. heyy mana nak ulang balik kenangan emas tu kan. having fun dengan teman seperjuangan dulu tak kira kau dari kelas mana semua aku kawan. melihat pelbagai ragam kawan-kawan yang dari pelbagai latar belakang.

4 years pun masih tak cukup nak kembalikan perasaan yang sama macam dulu. kenangan cinta monyet bagaikan mencuit perasaan tika ini. rindu sangat nak macam dahulu. rindu sangat dekat my best buddy suhana, adila, norli, wafiqah, kak pah, liah, hana, kak long, ama, g-are is my partner dalam banyak hal dahulu. korang semua dah ada haluan masing-masing tapi guys you all rock my world. bila time form 6 my best buddy ainun lah kan sebab she's the one i had. 4 tahun ni mengajar aku kawal ego aku dan kenal diri aku walaupun jatuh bangun hanya aku yang tahu tapi kawan-kawan banyak ubah aku. guys walaupun kita dah jauh aku tetap ingat kenangan kita macam kanak-kanak ceria. aku rindu sangat nak jumpa korang dan harap one day kita akan gathering kembali di langkawi akan tercapai lagi beberapa tahun lagi.


p/s: hendak mencoret yang lain tapi tercoret yang lain.

Sabtu, 20 Ogos 2011

singgah sekejap wahai blog II

ini asha :)

Assalamualaikum kepada pembaca blog dan pengusha blog semalaya :D
sihatkah anda semua pada hari ni? hari yang tertulis namanya sabtu memang sinonim kalau kata sedang bercuti. Hujung minggu macam ni lah korang akan spent time dengan keluarga, kawan-kawan atau pasangan cintan masing-masing kan.

aku tahu ramai yang perasan post aku sebelum ni agak sedih dan sadis ea? jangan la begitu cepat menjudge aku kerana post tu cuma luahan hati dan tergerak nak menulis sebab memang gatal sangat nak menulis ni. hope pada kawan-kawan blogger yang bagi masej peribadi tu thanks atas teguran dan sangat menghargainya. :) teruskan menulis tau bloggers sekalian!

hey lagi berapa hari menghitung untuk beraya? entah aku tak kira pun lagi hahaha
sepanjang minggu ni kerja aku asyik shopping raya jer tapi tak beli apa pun tengok dan usha dulu. kira pergi survey dulu apa yang patut. lagipun big boss yang pay semua ni.

tahun ni baju warna hijau semua nak hijau kan. nice one la kan sebab sejuk jer if mata ni memandang. oke baju kurung dah beli jadi settle. sekarang ni looking for shoe and some accessories jer nak dibeli. :) tahun ni simple dan tak payah nak lebih-lebih sangat la kan.

oke la korang aku nak bersiap-siap ni sebab kejap lagi nak pergi berbuka dekat rumah nenek saudara aku dekat sepang. jadi benua pavillion here i come sebab tak sabar nak jumpa asha my uncle's daughter. hehehe :)


p/s: selamat berbuka puasa dan selamat beramal korang!


Khamis, 18 Ogos 2011

hujan tangisan di embun cinta

ku menangis di dalam hujan cinta

Jangan pernah katakan bahwa cintamu hanyalah untukku
Karena kini kau telah membaginya
Maafkan jika memang kini harus kutinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yg kurasa

Ku menangis... membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya

Ku menangis... melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yg telah disakiti

Maafkan jika memang kini harus kutinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yg kurasa

Ku menangis... membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya

Ku menangis... melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yg telah kau sakiti

Ku menangis...
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yang telah....
Kau sakiti...

p/s: kadang kala apa yang kita rancang bukan semuanya menjadi. apa yang dirancang olehNya memang banyak hikmah yang sering kali kita lupa. penyesalan akibat kesilapan yang pernah dilakukan adalah lebih baik daripada kita masih tidak sedar apa itu kesilapan. apa yang telah ditentukan perlu kita redha kerana ia adalah qada' dan qadar dari Allah S.W.T biarlah yang berlalu terus pergi~

kisah mungkin akan tamat

menantikan kau datang
adakah kau ingat pada diri ku lagi?

berjalan aku seorang diri
melihat kepulan awan di angkasa
mengingatkan aku kebesaranNya
yang tiada tandingan
segala meliputi apa yang hendak dicorakkan

fikirku jauh tiba
indah nian kealpaan yang telah kau berikan
membuat aku hidup dalam nyata terpilu
penantian menyeksakan batinku
sakitnya ku rasa bagaikan sengaja
menguji kesabaran aku yang hampir hilang
sayang di mana kau berada?
buat aku rasa telah pergi pedoman
ini lah yang dikatakan
tak semua yang kita rasa mampu kita miliki
akan kita miliki
kerna ada yang lebih baik buat kita
biar hati kita sakit
jangan
buat hati orang lain sakit kerana kita



p/s: kenapa hati aku sakit bila terkenangkan kisah kita yang baru bermula tiba tanpa tanda nokhta. biarlah ini berlalu dan aku akan tamatkan kisah ini walau hati ku terluka.

Selasa, 16 Ogos 2011

wajah tak ku kenal pekerti sering ku dengar

tanpa diduga kau tetap kan pergi walau masa berlalu tadi

Assalamualaikum sayang tangan dihulur
mencium tangan ibunya yang masih panas
turun sahaja dari airport melulu ke arah keluarga tercinta
pelukan mesra erat tak lepas dek kerinduan berpanjangan
kisah dia baru bermula kerna
dia masih muda
dia masih bertatih mengenal dunia
dia masih mentah
dia masih merangkak mengenal dunia
malam mula menjadi garang dengan
ambangan bulan penuh kelihatan
masih tergiang kata sebelum pemergiaannya di telinga ibunya
langkah ibunya kaku terlihat badan anak terkujur layu
yang dikandung 9 bulan
yang dilahirkan penuh kasih sayang
pergi masih bersisa dijiwa rakan taulan
bagai baru semalam bersuka ria


kepingan awan berarak menuju ke ufuk
kembali semula bertaut di hujung malam nanti
ingatan kepadanya akan ku semat abadi
di dalam peti fikiranku
orangnya indah pandangan
jiwanya bersih
tiada siapa setanding kau
mungkin sudah tiba ajalmu
hinggakan kau meninggalkan kami semua
kesedihan mengurai di setiap wajah yang ku lihat tadi


sorakan anak kecil seoalah memahami
situasi yang berlaku ini
aliran air mata hinggakan ada yang teresak
meraung si ibunya tadi
bagaikan hilang segalannya
sekelip mata hinggakan
air mataku jua gugur di tepi pipi
basah selendangku hinggakan aku hampir rebah
istighfar dan ingatan kepada Allah
membuat daripadaNya kita datang
dan
kepadaNya kita kan pulang
semoga Arwah akan berada di tempat yang soleh
dengan keberkatan ramadhan ini
memberi pedoman untuk kita
yang masih bernafas segar
mengingati kematian
kan datang
tak kira waktu
kita berada
mahupun masanya
kerna
hanya Allah Maha mengetahui segalanya

Al-Fatihah buat Allahyarham Saufi Bin Haniff
Bekas Pelajar Sekolah Menengah Batu 14
Bekas Pelajar Teknik Sepang
Penuntut MRSM Kelantan
(1995-2011)

p/s: i baru balik dari melihat jenazah Allahyarham walaupun i tak kenal dia i know he's good boy and always heard about him from my mom.



Isnin, 15 Ogos 2011

bersalunan semalam

Assalamualaikum u olls~! obses sangat dengan blog ni sampai termimpi-mimpi menulisnya semalam. lepas jer update yang baru semalam aku dapat idea nak tulis apa :) nak cerita dekat korang pasal rambut aku yang kian memanjang bagaikan pontianak harum sundal malam. hahahaha :)

kemarin aku ke salun cewahhh sebenarnya tak sangka lepas je aku cakap dekat my mom macam ni " mak jom kita basuh rambut" dengan muka yang tersenyum 100% keriangan bagai budak kecil hingusan yang merenggek dekat mak aku dengan spontannya mak berkata "u ada duit ke sayang?" arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!! mak ni kan dengan itu muka aku terus staright takmo senyum. then last-last my mom bawak jugak pergi salun dekat area rumah jugak laa. :)

dah sampai salun :)
sampai jer salun ada sorang pelanggan tu dia tengah direbondingkan oleh pekerja sorang ni lagi satu pulak one family tengah potong rambut. salun yang agak kecil but aku tertarik dengan cara kerja aunt cina ni. yang merebondingkan tu pekerja cina nya jugak but tengah pregnant. wahhh dalam hati aku berkata "terer jugak akak ni buat kerja even dia tengah sarat"
she's great laa then habis jer aunt tu gunting rambut satu family tu aku pun punya turn butakak yang pregnant tu yang cuci rambut aku.

aku pengeli
hahaha terkejut orang dalam salun tu tengok aku bukak rambut yang panjang dari gulungan siput dekat kepala ni. "wahhh panjangnya rambut you ye tak mahu potong kah?" akak tula yang tegur kan. aku cakap la takmo potong. then dengan serta merta dia membasuh la rambut aku agak geli dekat tengkuk aku sebab dia p urut dekat area tu memang la kena urut tapi mana tak aku tergelak-gelak ketawa giler-giler time dia urut. hahahahahahahahahaha satu kedai dok usha aku. last-last my mom cakap tak payah nak urut dia ni sebab dia ni pengeli no 1 dalam dunia.


rambut i dah sama macam beliau sebab empat tahun never cut

terasa macam kak jue aziz
after half an hour akak tu terus blow rambut aku. wahhh terasa bagaikan artis nak siap ke atas stage. :) memang sangat best la kan time ni. lepas jer blow dengan hari drier tu akak tu terus pasang iron rambut. dia pun iron la rambut aku. hahaha the result after a minute sangat cantik sebijik macam kak jue aziz punya rambut. sangat comel la kan time ni. aku tanya aunt tu berapa lama boleh tahan lurus ni? dia cakap just three days without u mandi hahaha then akan la tak basah rambut kan. ishh merepek je tapi kejap jela kelurusan macam kak jue aziz ni. ada gak la aku snap-snap picture aku berambut lurus ni. nak buat rebonding duit masih dalam pengumpulan tapi aku tetap nak jugak buat! tak kira! (keras kepala betul)



p/s: i love my hair so much!

jangan ghaib sayang

jangan kau ghaib sayang kerana akan ku jejaki kau
walaupun ke mana kau kan pergi

sayang di manakah kau berada?
sehari suntuk daku menantikan kedatangan kau
meraba dalam kesamaran hari siang ni bagaikan
satu fenomena cinta tak terperi indahnya
kedinginan angin petang menandakan keriangan
bercorak dalam jiwa yang berkocak
menghentam setiap sudut bingkai hatiku
suara lagu imran ajmain bertajuk ghaibmu menemani aku
di kala kau hilangkan diri dan aku jua ghaib
merenung ke sana meninggalkan kesan
ke dalam alam mimpi yang tak sudah
membawa aku angaukan kau sayang
kepiluan terasa bila kau tak menyapaku sehari
bagaikan dicarik-carik setiap urat jantung
sakitnya yaAllah~!

p/s: terpanggil menulis sekali lalu sepantas idea itu datang mencurah bagaikan hujan lebat turun di kala dia mengetahu isi yang terpendam ini.

Ahad, 14 Ogos 2011

what a long story today

Assalamualaikum w.t.b kepada semua pengusha dan pengusaha blog-blog semalaya~!
hai selamat malam dan salam tahajud :) tika saat ni bunyi guruh di luar semakin kuat aku tetap mengagahkan diri menaip bagaikan obses sangat dengan blog yang tak seberapa cun ni :) haha

hey kawan if lagu arab dekat bawah ni menganggu korang nak menyelak-yelak blog aku ni sila lah pause kan. :) wah sekejap je aku usha pengikut menjadi 55 orang thanks ea kawan-kawan yang datangnya dari geng aku iaitu satu group dalam facebook iaitu
"SUARA-SUARA BEKAS PELAJAR STPM 2009/2010 DALAM MALAYSIA"
aku dah lawat blog korang dan seronok baca entri korang :) teruskan menulis walaupun tak berapa nak hebat macam penghebat yang lain. Jom baca laporan terbaru aku ni. Thanks :)


pertemuan aku dan dia ketika di shah alam lalu

Selamat hari lahir Noor Nazirah Binti Hassan
hari ni hari jadi beliau yang ke 20 tahun, sempena hari jadi kamu g-are (nama manja beliau) semoga kamu dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki ea. :) tadi baru jer dia call menandakan rindunya dia pada aku. InsyaAllah beliau akan kahwin tak lama lagi. Ada jumpa dah dengan tunang beliau sama-sama belajar ketika di UIA :) wahhh hebat pasangan muda ni moga-moga mereka akan cepat-cepatlah menjalani kehidupan sebagai suami isteri. sangat jeles dan ingin mencontohi perangai dan akhlak beliau dan tunang beliau sangat cool :) cantekkk dan sangat sepadan. "Allah ya hurabbi moga Engkau memanjangkan umur teman seperjuanganku ini agar dia bahagia dan ceria selalu" teringat kisah aku dulu time bulan ramadhan dekat asrama dengan beliau ni. dia lah selalu mengejutkan aku untuk bangun sahur kalau aku tidur dekat bilik pengawas dengan beliau ni. dia pekik dekat telinga aku "ayieee!!!! bangun sahurr!!" (kenangan sangat dengan beliau ni)

acara kejar mengejar hari ni bersama mak, pakcu dan aku
sebenarnya hari ni adalah hari sangat sibuk bagi aku :) dari pagi tadi sampai la malam ni kaki tangan ini merayau ke sana ke sini. bukan aku drive pun aku yang mengikut ke mana mak dan pak cu tadi. memula hantar nur atiqah ke asrama sebelum tu teman dia pergi kedai buku popular sebab nak cari Al-Quran terjemah sebab dia nak guna masuk tilawah dekat asrama. (bagus la time aku pun ada gak aku join dekat asrama) lepas tu boleh pulak dia singgah dekat kedai jam nak beli lagi satu pasang jam. dah la minggu lepas pun beli 2 pasang warna hijau dan biru hari ni tadi tambah sepasang yang berwarna putih. dia sama jer perangai dengan aku suka sangat kumpul jam (koleksi jam aku dah terkumpul sebanyak 20 pasang tu pun aku tak pakai)
memang obses jugak dengan jam ni sebab if aku tak pakai jam terasa kegilaan berlaku. haha :)

Johan Setia
lepas tu terus jer ke klang singgah pulak area Johan Setia dekat situ ada pasar ramadhan. aku tak turun pun dari kereta tapi hanya melihat dari jauh. kawasan ni memang kawasan perkampungan yang agak crowded dengan orang-orang dekat situ. aku pun first time datang area situ jadi macam tertarik dengan kemesraan orang-orang situ. lepas tu mak singgah pulak di satu gerai ni ada jualan pisang dan nenas mak aku pun borong laa buahan dekat situ nampak fresh dan menarik sangat. :)

hey nak berbuka dah ni~! :)
after a minutes later terus jer hantar nur atiqah :) time dah sampai memang banyak lah barang nak diangkat ke atas. disebabkan nur hamizah pun dah call jadi tak dapatlah nak menolong nur atiqah mengangkat barang-barang dan mak terus memecut mengambil nur hamizah di tempat kerja. bagaikan sepantas kilat nak mengejar banyak benda dalam satu masa. lepas ambil jer nur hamizah tadi kami pun singgah ke bazar ramadhan di puchong perdana. pusing punya pusing dekat bazar tu sampai ke depan mana ntah tak beli satu apa pun. wahhhh kaki ni dah merenggekkan kerana kegatalan aku memakai kasut tumit tinggi. padan muke! siapa suruh anda memakai kasut sebegini di saat-saat getir. then ada la singgah beli lauk pauk segala macam tadi.

kejar mengejar tak habis lagi sampai lepas berbuka~! :)
dah nak sampai rumah tadi pun dah memang azan jadi berbuka lah air soya seorang sesedut sambil membuka pudding karamel yang aku suka tu. :) pengalaman terkejar-kejar hari ni memang best. tambah pulak sampai rumah abah cakap suruh keluar lepas berbuka beli mesin basuh. hahaha dengan tak mandi nya lepas je kemas meja terus keluar ke carefour cari mesin basuh semi-auto takde pulak dekat situ jadi kami terus ke giant, nasib baik ada. terus jer beli tadi bayar dekat kaunter mamat tu hantar naik kereta. sampai rumah aku dengan pakcu yang mengangkatnya sampai atas. amekkkk~! sekali bawak mesin tu betul-betul dekat muka aku. hahaha nasib baik kuderat ada jadi no hal lahh nak angkat mengangkat benda berat ni.

nak cerita pasal berbuka dekat rumah pak lang semalam pun tak sempat ni. if aku larat aku akan mengepostnya ea kawan-kawan blooger! :)

p/s: hujan lebat pulak malam ni memang sejuk kan. hey manalah my mr. bantal bushuk ni? i send masej u tak reply lagi ea. lama i tunggu u ni sampai mengigil-gigil badan i. wuu~! baby i mishh u so much! okela selamat bersahur u olls~!

Jumaat, 12 Ogos 2011

Senjakala Ufuk Kegelapan


masih tergiang kata cinta kau padaku dikala senjakala lalu
indah bersamamu di tepi pantai cinta kita

di kala petang melabuhkan tirai
terima malam sebagai ganti
terdengar suara embun embun senja
menitis di kelopak daun menjalar
ungas ungas terbang sana sini
berjalan pulang tempat bermalam
bulan rancak berirama di atas
bintang menyanyi keriangan riang
angin malam mendamaikan di pelusuk jiwa
menyapa tubuhku yang dahagakan kesejukan
kehangatan tubuhku dibaluti angin panas
fikiranku jua hilang ke mana
dek keasyikan memerhati kegelapan
awan awan membentuk warna jingga
berarak ke suatu tempat hilangnya nanti
senjakala ufuk kegelapan
aku dambakan keikhlasan kau
sayang seribu kali sayang
kau tetap menyepi
dan
aku akan terus menanti
walau jiwaku terputus nanti


p/s: sepintas lalu menaip dapat pulak idea teringat kisah teman seperjuangan dahulu hidupnya penuh cinta hingga dia menghembuskan nafas terakhirnya. yang pergi tetap akan pergi tanpa diduga yang hidup terus hidup mendapatkan kehidupan yang tiada kesempurnaannya.

happy friday!


pepagi lalu sibuk menyiapkan karya yang tak seberapa ni
sampai bengkak mata aku macam beruang panda
(@)_(@) <----------- mata beruang panda

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua pengusha blog ini :) hope anda sihat dan masih gagah lagi dalam menjalani kehidupan. Hari ni hari jumaat bertarikh 12 Ogos 2011 bersamaan dengan 12 Ramadhan 1432 Hijrah.

pejam celik mata dibuka dah nak sampai 2 minggu kita berpuasa kan. :) macam puasa anda? penuh? jangan tak puasa ye nak curi-curi makan ke atau nak sengaja cari alasan untuk anda tak berpuasa. Alhamdulillah bagi sesiapa yang memang penuh puasanya.

pemontengan puasa aku :)
teringat kisah masa aku berumur 7 tahun kira darjah 1 la kan. hahahaha pergi sekolah pada sebelah petang, dari rumah elok jer bersalaman dengan mak dan abah cewahh cover la kan ala-ala budak dah wajib puasa (kira ketahanan perut kira hebat la) melangkah jer pintu pagar sekolah ternampak ada seorang kawan ni pegang ais krim perghhh~! memang terliur la kan.. ciss tak guna punya kawan makan depan aku. kira aku tahan jer dah sampai waktu rehat aku dah tak dapat nak tahan nafsu. aku berjalan ke kantin sekolah keluarkan duit dari poket baju dengan selamber aku beli ais krim gak! hahaha dengan itu aku pun membatalkan puasa dengan seronoknya tak terkira! nakal jer time sekolah ni aku tak ingat dah berapa kali aku buat macam tu sebab tak tahan sangat la kan. tapi tu time aku sekolah rendah tapi bila dah umur 10 tahun ke atas aku tak pernah lagi buat perangai macam tu. tahu mak mesti dia rotan aku.. bila aku dah 20 tahun ni cerita balik dekat mak dia cuma tergelak jer la sebab dia tahu aku tak puasa penuh time tu. :) itula zaman keriangan kanak-kanak rebina baru nak bertatih dalam meniti tumbesaran yang berperingkat. macam-macam perangai pelik dilakukan untuk dapat perhatian dari mak dan abah.

breaking fast at pak lang's house
InsyaAllah sabtu ni family aku punya giliran ke rumah pak lang sebab dah plan nak berbuka sama-sama dekat rumah dia orang. Minggu lepas rumah aku yang buat BBQ minggu ni kita akan serang rumah pak lang dekat bukit naga tu. hahaha :) tapi sangat menyedihkan yang my second sister nur hamizah esok takde sebab dia kerja jadi agak kurang seronok. "it's okay Along, aku takde pun takpe as long you all semua makan together ye" tula katanya padaku semalam. mana tak best nya sebab dia takde sejak-sejak jadi beautiful adviser ni dia memang sibuk dekat watson tu. aku jela stay dalam rumah ni sorang-sorang if semua kerja :( (tula sape soh tak keje!)

hey budak liat! :)
kejap lagi lepas zohor nak pergi ambil nur atiqah pula dari asramanya. entah la aku ikut atau tak ni. kang lepas berbelogger ni konfem mata aku stim balik pergi ke bantal busuk aku tu. nyenyak dibuai mimpi sampai ke tengahari (apa punya anak dara reject kena pinang nanti baru tahu)
if nenek saudara aku wan hanipah ada la dekat rumah ni konfem aku dah kena belasah yelah mana tak nya masa aku kecil dulu dia la rajin datang rumah aku masa stay shah alam dulu. dia selalu buat bunyi ayam dekat telinga aku. hahaha aku bengang jer tapi ada reason dia buat macam tuh but until now aku ni liat nak bangkit. time dah stay asrama dulu boleh pulak bangun seawal embun belum menitis ni sekarang ni selagi matahari tu tak menerik selagi tu aku masih diatas tilam empuk beralaskan cadar pokemon hijau tuh! hahahaha :p

secret la bebeh!
hey nak tahu tak? tahu apa? entah la nak cerita ke tak? tak payah cerita lah.
aku segan nak cerita dekat sini nanti takut jadi gosip liar aku dekat facebook. :p hahaha
yelah nanti korang salah faham. takpela nanti kalau aku rasa nak bagitahu aku akan bagitahu.

p/s: oke all happy friday!

Khamis, 11 Ogos 2011

sayang

nak ku luahkan tapi aku malu
simpan sahaja hasrat teruskan perjalanan baru

sayang
tahukah perasaanku? tahukah degupanku?
tahukah deruanku? tahukah dilemaku?
tahukah engkau impianku?
aku tahu perasaanmu aku tahu degupanmu
aku tahu deruanmu aku tahu dilemamu
aku tahu aku impianmu

sayang
utusan kasih yang tiba-tiba hadir
buat aku terbayang wajahmu
mendamaikan jiwa
menenangkan fikiran

sayang
ku lihat ke dalam mata mu itu
ku lihat ke dalam mata hati mu
penuhi sifat kecintaan
yang ku cari selama ini
kerna aku tahu
aku sudah jumpa kau dipelusuk jasadku
tak akan ku lepaskan walau kau pergi nanti

p/s: bangun-bangun tadi dapat masej yang bertulis "Norain..i'm really miss you..i'm already fall in luv with u.. :) OMG mata terpejam terus tercelik luas dah ni. boy i think i have a same feeling to you.. (lemah sendi i dengar suara u call tadi) /me away to anyway

Rabu, 10 Ogos 2011

bingkisan karma malam

kelopak bunga segar ini umapama senyuman
yang kau berikan padaku tempoh hari

tak kala malam bulan bersinar
menyerikan pandangan manja
deruan ombak menambah keghairahan aku padamu
aku mengambil kerang kerang bertaburan
pasir ku tulis bait cinta lafazkan kecintaan
desiran angin berlalu bertaut dipangkal leherku
ku gengam jari jemari indahmu pengubat rinduku
ku lihat mata mu sedalam-dalamnya membaca kata jiwamu
keindahan yang kita kecapi hanya sementara sayang
tiada apa yang dapat memisahkan kita jika bukan maut

pelukanmu makin erat ku rasakan kehangatan cinta ini
memberi aku lagi semangat menghirup udara segar
setiap bicaramu sayang mengubat lara hatiku
senyumanmu cukup menambat jiwaku yang rapuh dahulu
bait ayatmu pandai menarik hatiku mulakan keindahan berdua
ku semai kasih sayang tanpa batasan hingga kau merayu
padaku agar tidak meninggalkanmu sayang

sayang jika benar kau buatku
akan ku tidak lepaskan genggaman yang telah kita bina
padu sepadu jambatan besi cinta
birai birai cinta menutup maluku padamu

sayang jika kau sayangkan aku
jangan kau lepaskan kesempatan ini lagi
kerna aku hanya untukmu
dan
kau hanya untukku

p/s: hey kawan jika anda sudah sayang seseorang itu jangan lah lepaskan dia terus terang bahawa anda memang ingin menyintai dirinya. jangan lepaskan peluang jika tidak anda akan menyesal. hahahaha eh pandainya cik norain ni merepek? merepek ke? bukan lah ni just bisikan karma malam mengubat kesetiaan yang lama berpadu dalam konkrit jiwa ini.


sebening ramadhan ke sepuluh

keindahan masjid memukau bukan kerana ukirannya
tapi kerana keindahan beribadah di dalamnya

kata orang ramadhan bulan seribu bulan
membawa seribu erti buat si pengembara duniawi
merebut sirna abadi kelak nanti
kekalutan di lain hari mengajar di bulan ini
bersabar adalah lebih baik dari kau memarahi
pergelutan jiwa jiwa kosong
persis membuang air garam ke dalam laut
penuhi titipan mesra ukhwah antara umat
terawih penyeri di malam hari ditambah
percikan zikrullah di lidah sentiasa basah
jiwa tenang mendengarkan alunan Al-Quran
menjadi pedoman petunjuk yang satu dan nyata

adakah ramadhan ada lagi buat ku?
perlukah aku bertanya ini?
tepuk dada tanya lah iman wahai kawan
belum lagi terlambat berbuat baik
masih panjang perjalanan jika kita teliti
aku ini hanya perantau masih merantau
di dalam dunia penuh kesenian
perbanyakkan ragam duniawi buat aku mencari
kebenaran yang satu

terdetik di saat ini aku fikirkan jauh
melayang entah ke mana lagi
mendamaikan kejiwaan yang dipenuhi
warna warni kebuntuan yang lalu
hey kawan biarlah yang sudah biarkan ia pergi
jangan di sangsi lagi kebenaran sebenar

sudah hilang petang ini
berarak awan biru menjadi gelap
dihembusi angin senja
hampir maghrib tiba di sini
membuka tirai malam
melabuhkan ramadhan yang ke sepuluh
selamat menunaikan ibadah di bulan
yang penuh mubarakh

p/s: sejenak setelah text my friend yang baru dikenali i terus dapat satu idea yang tercurah nak menulis puisi ini. oke all selamat berbuka puasa :D

Selasa, 9 Ogos 2011

sinaran pepagi

teringat kisah kau dan aku di kedai kopi

selamat pagi wahai cintaku
seraut wajah bertemankan kerinduan
keikhlasan jiwa merindui kau diperantauan
apa agaknya khabarmu ya?
adakah kau sihat?
adakah kau gembira?
adakah kau ingat padaku?

sedetik bicara yang lalu membuat
aku rindu kembali padamu
ku bingkiskan ini dipetak kejiwaanku
bagai bermadah seorang diri di siang hari

aku bagaikan penyair bebas
luahkan apa yang terlintas difikiran ini
aku bagaikan penyajak bebas
luahkan apa yang terlintas difikiran ini
aku bagaikan penulis
menulis dengan tinta yang rapuh

lebih lagi jika soal cinta
buat aku rasa girang gembira
bagai tercuit jiwa ini dengan rona-rona kehidupan
yang aku ukir sendiri menggunakan pahat kesetiaan
menanti cinta yang akan datang
pada saat aku memerlukan nanti
apa jauh benar aku merantau
terbang bebas dalam pelangi hingga ke sinar petang
yang membawa wajah mu tadi
singgah di bingkai hatiku
pesona cinta mu buat aku juga hilang arah
kegilaan membajai setiap ruang hati
ego menyintaimu menjadi

aspirasi untuk aku terus bernafas
walau kau terus jua jauh dariku
aku tahu kau sudah menjadi sebahagian dari hidupku
wahai teman ku bingkiskan ini dengan penuh keazaman
pencarian misi yang terindah dalam hidup
ku perjuangkan jua hingga aku mati nanti


p/s: hey u olls~! selamat pagi cinta selamat pagi jiwa coretan ini hanya untuk si dia ku maksudkan bukan lebih dari itu aku hanya seorang pengembara yang terus mencari erti hidup


misteri cinta alam maya

jiwaku memberontak memegang tinta kering
curahkan segala ceritera penipuan alam maya

sejenak aku terpanggil menulis
mengenangkan diri mu wahai teman
setiap detik bersamamu tak akan ku lupakan
tak tahu mengapa aku nukil ini semua
bagaikan detik itu berlalu pergi
saat-saat indah bersamamu di alam maya ini
kenangan terindah dikala sudut jiwaku kosong
tapi
epilog cinta bertaut di alam yang tidak nyata
membuat aku terasa bagai di awangan
tidak seperti pasangan lain
realiti menjadi saksi segalanya
tapi
bagi aku pula realiti yang bersegi
bertaut ke dalam sawangan jiwaku yang serabut
hilang keindahan percintaan alam abadi
di semat di ruangan yang tiada batasnya
keindahan melayan perasaan membuat aku jua alpa
dengan dunia sekeliling
tapi
mengapa sekarang kau ghaib
pergi meninggalkan aku keseorangan di alam ini
membuat aku buntu mencari diri mu
benar kata kawanku di ruangan ini
"once you off your lappy...forget about everything..that's rule no1"
kerana disebabkan keghairahan mencari kesucian
hampa jika terlalu asyik percaya cinta ruangan maya
tapi
aku sedaya upaya membuang segala kenangan bersamanya
indah hanya sementara dibuai angin malam
angan ku membuai terus ke dalam mimpi
kegelapan jiwaku jua terus terpadam dek percikan nista darinya
tapi
jika aku diberikan sekali lagi peluang dalam
menyemai cinta yang benar nanti
tak akan ku lepaskan kerana hidupku baru bermula
masih bertatih mencari erti kepayahan kehidupan
mencari ketenangan bersama orang yang tersayang
hanya aku coretkan percikan tinta basah ini
bukan kerana aku marah
bukan kerana aku dendam
tapi
aku ingin luahkan segalanya
selagi jari ku gagah menulis
mengeluarkan idea-idea coretan jiwa ini
diharap hatiku senang kemudian hari
segala terbuku dihati
terbuka di atas kertas tak boleh disentuh jari
jika ada yang tak suka dengan nukilan ku dari dahulu
aku tak kisah dan tak hirau
yang aku tahu ini adalah keistimewaan ku
aku sayangkan diri aku
dan aku sayangkan apa jua yang aku ada
tapi
jika aku akan gagal dalam mengecapi kebahagian nanti
tiada apa yang aku perlu katakan lagi
kerana semuanya telah diskiripkan
hanya aku akan menyempurnakan kisah ini
hingga nafas terakhir ku

p/s: terpanggil menulis pada malam yang sunyi ini dikala malam bulan mengambang. cewah ayat sastera habis tapi sayang ini memang benar terjadi dalam hidup aku.

..remember guys out there cyberlove..
..in dreams and love there are no imposibblities..
..on the internet there is only fantasy..

i minat lagu ni sayang ♥



seriouslly this song memang sedap bila dengar
memang jiwang la kan tapi dalam bahasa arab if korang nak dengar silakan lah pause lagu
background blog aku ni sebab leh stopkan ataupn korang tekan link lagu ni jer keluar
dekat satu tab lain :)

p/s: nancy ajram ni memang sedap suara dia hari hari dengar lagu dia sampai aku pn
leh cakap arab dah. hahaha btw bahasa arab ni memang indah


singgah sekejap wahai blog!

puding roti

Assalamualaikum kepada semua orang :)
selamat berbuka puasa ea. celik-celik dah 9 hari kita berpuasa
orang pun dah ramai memenuhi ruang saf di masjid/surau
bagi yang tak boleh nak keluar hanya menunaikan di rumah
apa-apa pun semoga apa jua amalan yang kita lakukan diberkhati olehNya.

hey korang ramai yang dah start pasang lagu raya kan? =="
bagi aku tak kisah la as long korang hepy nak bukak awal-awal ni
bila lalu dekat kedai/shopping complex la terutamanya
konfem dah start bukak di awal ramadhan
ialah nak kasik public rasa kehangatan aidilfitri yang bakal datang
apa apa pun puasa ni mesti dilaksankan baru lah terasa amal yang kita lakukan berbaloi

aku baru balik dari pasar ramadhan sebenarnya =.=" fuhhh~! macam macam ada
pelbagai juadah yang mengugat keimanan jika korang tengok.
dan tiba aku di sana beli lah apa yang perlu jer~! :D
jadi u olls~! selamat berbuka ea.

p/s: jangan makan tak ingat dunia tau!



Jumaat, 5 Ogos 2011

ohh abang bujang ohh akak bujang

boxer kalau pakai konfem nampak lutut lagi-lagi time dekat luar rumah

Assalamualaikum kepada semua pembaca, pengemar, pengusha dan penyuka blogger ini~! hai selamat berpuasa pada hari ini ea. :D macam mana iman anda? adakah sihat? i pun nak tanya iman i ni ada oke kah? oke masing-masing faham yang diri korang adalah seorang muslim. hope teruskan pencarian dalam hidup ini hingga lah bila-bila (tazkirah awal) wahhh hebat ea ko ayie.

okela nak kata ni kan bulan puasa adeii macam-macam benda leh berlaku kan. ni bukan gosip tapi ni adalah apa yang berlaku dekat kawasan rumah aku ni. kes abang bujang yang terlampau seksi hingga boleh menyebabkan *^&#$!*&^$%! haa korang faham kan? harap-harap faham lah.

macam mana nak elak kan sebab memang konfem nampak apa yang tak sepatutnya kan akan la nak pergi tegur dorang kan. "abang bujang sila pakai seluar yang elok sikit boleh?" hahaha memang merah padam la muka aku nanti. yelah dekat sini ramai kanak-kanak perempuan eh silap remaja-remaja dara cewahhh~! yelah mahu tak tergugat keimanan perempuan kan. ingat lelaki jer yang ada perasaan. okela agak melebihi had sebenar nak menceritakan kisah ini tapi kepada lelaki/perempuan di luar beware la jangan la cemarkan semarak bulan puasa ni.

orang yang tertengok pun akan kurang pahala puasanya kan. T_T yelah dah tertengok tuh.
nak dijadikan cerita pun semalam aku p la bazar ramadhan dekat area-area sini kan. MasyaAllah ramai jugak yang agak seksa pandangannya. wahhhh kuatkan iman ayie relax la jangan pandang terpandang tak apa tapi jangan nak pandang lagi sekali lagi. dah la dugaan melihat juadah hampir menengelamkan iman dan melesapkan wang untuk dibeli. lagi la manusia yang sama berpuasa dengan kita sama-sama membuat kesilapan di bulan yang mubarakh ini.

macam-macam benda yang tak baik sering menjadi bahan penglihatan kita di bulan puasa ni apatah lagi di bulan bulan biasa. =.= aku pun kurang jugak dalam bab ni tapi sama-sama la muhasabah diri.

p/s: jika kita rasa kita betul kadang kala tak semestinya kita betul dan jika kita rasa salah apasalahnya kita fikir sejenak adakah masa untuk kita membetulkan kesalahan kita? pesanan ringkas dari aku untuk aku dan korang! PEACE!


sepintas lalu menaip

kek kukus kelantan wahhh sedap kan juadah berbuka puasa kemarin

Assalamualaikum semua orang yang ada di seluruh dunia! kalau terbukak blog aku ni sila la jawab salam dekat atas tu dah tulis kan. aku bukak feed uh kan tengok ramai jugak dari negara luar yang tengok blog aku tanpa segaja atau memang terbukak. :D thanks sampai dari negara belah-belah afrika pun ada. ahakz >.< dasatnya anda!

hey hari ni dah masuk hari ke-5 kita berpuasa kan tak rasa kejap ke korang? macam mana terawih dekat tempat korang? korang pergi tak? tempat aku meriah la jugak dengan terawih ni lagi-lagi ada satu surau yang baru di renovate baru kata orang cantik :D alhamdulillah la kan sebab atas usaha penduduk saujana puchong ni surau tu dah di naik taraf sebab dan dapat permission untuk solat jumat dengan solat raya dekat situ :)

aku tak berkesempatan nak pergi lagi sebab ada sebab tertentu la kan. okela hope yang tengah puasa tu puasa lah elok-elok kan. aku tertarik dengan satu status yang menarik dari wall kawan aku ni oke

PERKARA MENARIK DI BULAN PUASA

  • ramai yg puasa tapi tak solat 5 waktu
  • ramai yg puasa tapi tak tutup aurat
  • ramai yg puasa tapi masih pergi dating
  • ramai yg puasa tapi masih pakai seksi
  • ramai yg puasa tapi masih tidak menunaikan solat terawih
  • ramai yg puasa tapi masih tengoj benda maksiat
  • ramai yg puasa tapi masih mengumpat
  • ramai yg puasa tapi masih lagi meninggalkan solat jumaat

macam mana dah baca? ada kena? terkena? jom perbaiki amal dan sama-sama muhasabah diri di bulan ramadhan yang mulia ini. T_T

macam mana juadah berbuka puasa anda petang ini? mesti ramai yang nak ke bazar ramadhan ea? :) oke la kalo pergi jangan beli banyak-banyak nanti bazir sebab semalam adeii dah la aku masak lepas uh dorang beli lagi lauk memang banyak la yang tak habis.


p/s: makan jangan ikut nafsu nanti anda yang menyesal :D