Selasa, 9 Ogos 2011

singgah sekejap wahai blog!

puding roti

Assalamualaikum kepada semua orang :)
selamat berbuka puasa ea. celik-celik dah 9 hari kita berpuasa
orang pun dah ramai memenuhi ruang saf di masjid/surau
bagi yang tak boleh nak keluar hanya menunaikan di rumah
apa-apa pun semoga apa jua amalan yang kita lakukan diberkhati olehNya.

hey korang ramai yang dah start pasang lagu raya kan? =="
bagi aku tak kisah la as long korang hepy nak bukak awal-awal ni
bila lalu dekat kedai/shopping complex la terutamanya
konfem dah start bukak di awal ramadhan
ialah nak kasik public rasa kehangatan aidilfitri yang bakal datang
apa apa pun puasa ni mesti dilaksankan baru lah terasa amal yang kita lakukan berbaloi

aku baru balik dari pasar ramadhan sebenarnya =.=" fuhhh~! macam macam ada
pelbagai juadah yang mengugat keimanan jika korang tengok.
dan tiba aku di sana beli lah apa yang perlu jer~! :D
jadi u olls~! selamat berbuka ea.

p/s: jangan makan tak ingat dunia tau!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan