Selasa, 9 Ogos 2011

sinaran pepagi

teringat kisah kau dan aku di kedai kopi

selamat pagi wahai cintaku
seraut wajah bertemankan kerinduan
keikhlasan jiwa merindui kau diperantauan
apa agaknya khabarmu ya?
adakah kau sihat?
adakah kau gembira?
adakah kau ingat padaku?

sedetik bicara yang lalu membuat
aku rindu kembali padamu
ku bingkiskan ini dipetak kejiwaanku
bagai bermadah seorang diri di siang hari

aku bagaikan penyair bebas
luahkan apa yang terlintas difikiran ini
aku bagaikan penyajak bebas
luahkan apa yang terlintas difikiran ini
aku bagaikan penulis
menulis dengan tinta yang rapuh

lebih lagi jika soal cinta
buat aku rasa girang gembira
bagai tercuit jiwa ini dengan rona-rona kehidupan
yang aku ukir sendiri menggunakan pahat kesetiaan
menanti cinta yang akan datang
pada saat aku memerlukan nanti
apa jauh benar aku merantau
terbang bebas dalam pelangi hingga ke sinar petang
yang membawa wajah mu tadi
singgah di bingkai hatiku
pesona cinta mu buat aku juga hilang arah
kegilaan membajai setiap ruang hati
ego menyintaimu menjadi

aspirasi untuk aku terus bernafas
walau kau terus jua jauh dariku
aku tahu kau sudah menjadi sebahagian dari hidupku
wahai teman ku bingkiskan ini dengan penuh keazaman
pencarian misi yang terindah dalam hidup
ku perjuangkan jua hingga aku mati nanti


p/s: hey u olls~! selamat pagi cinta selamat pagi jiwa coretan ini hanya untuk si dia ku maksudkan bukan lebih dari itu aku hanya seorang pengembara yang terus mencari erti hidup


Tiada ulasan:

Catat Ulasan