Rabu, 10 Ogos 2011

sebening ramadhan ke sepuluh

keindahan masjid memukau bukan kerana ukirannya
tapi kerana keindahan beribadah di dalamnya

kata orang ramadhan bulan seribu bulan
membawa seribu erti buat si pengembara duniawi
merebut sirna abadi kelak nanti
kekalutan di lain hari mengajar di bulan ini
bersabar adalah lebih baik dari kau memarahi
pergelutan jiwa jiwa kosong
persis membuang air garam ke dalam laut
penuhi titipan mesra ukhwah antara umat
terawih penyeri di malam hari ditambah
percikan zikrullah di lidah sentiasa basah
jiwa tenang mendengarkan alunan Al-Quran
menjadi pedoman petunjuk yang satu dan nyata

adakah ramadhan ada lagi buat ku?
perlukah aku bertanya ini?
tepuk dada tanya lah iman wahai kawan
belum lagi terlambat berbuat baik
masih panjang perjalanan jika kita teliti
aku ini hanya perantau masih merantau
di dalam dunia penuh kesenian
perbanyakkan ragam duniawi buat aku mencari
kebenaran yang satu

terdetik di saat ini aku fikirkan jauh
melayang entah ke mana lagi
mendamaikan kejiwaan yang dipenuhi
warna warni kebuntuan yang lalu
hey kawan biarlah yang sudah biarkan ia pergi
jangan di sangsi lagi kebenaran sebenar

sudah hilang petang ini
berarak awan biru menjadi gelap
dihembusi angin senja
hampir maghrib tiba di sini
membuka tirai malam
melabuhkan ramadhan yang ke sepuluh
selamat menunaikan ibadah di bulan
yang penuh mubarakh

p/s: sejenak setelah text my friend yang baru dikenali i terus dapat satu idea yang tercurah nak menulis puisi ini. oke all selamat berbuka puasa :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan