Rabu, 10 Ogos 2011

bingkisan karma malam

kelopak bunga segar ini umapama senyuman
yang kau berikan padaku tempoh hari

tak kala malam bulan bersinar
menyerikan pandangan manja
deruan ombak menambah keghairahan aku padamu
aku mengambil kerang kerang bertaburan
pasir ku tulis bait cinta lafazkan kecintaan
desiran angin berlalu bertaut dipangkal leherku
ku gengam jari jemari indahmu pengubat rinduku
ku lihat mata mu sedalam-dalamnya membaca kata jiwamu
keindahan yang kita kecapi hanya sementara sayang
tiada apa yang dapat memisahkan kita jika bukan maut

pelukanmu makin erat ku rasakan kehangatan cinta ini
memberi aku lagi semangat menghirup udara segar
setiap bicaramu sayang mengubat lara hatiku
senyumanmu cukup menambat jiwaku yang rapuh dahulu
bait ayatmu pandai menarik hatiku mulakan keindahan berdua
ku semai kasih sayang tanpa batasan hingga kau merayu
padaku agar tidak meninggalkanmu sayang

sayang jika benar kau buatku
akan ku tidak lepaskan genggaman yang telah kita bina
padu sepadu jambatan besi cinta
birai birai cinta menutup maluku padamu

sayang jika kau sayangkan aku
jangan kau lepaskan kesempatan ini lagi
kerna aku hanya untukmu
dan
kau hanya untukku

p/s: hey kawan jika anda sudah sayang seseorang itu jangan lah lepaskan dia terus terang bahawa anda memang ingin menyintai dirinya. jangan lepaskan peluang jika tidak anda akan menyesal. hahahaha eh pandainya cik norain ni merepek? merepek ke? bukan lah ni just bisikan karma malam mengubat kesetiaan yang lama berpadu dalam konkrit jiwa ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan