Sabtu, 30 Julai 2011

ramadhan is around the corner

kain rentang yang dilukis oleh pelajar asrama SMT Ipoh pada setahun yang lepas

Assalamualaikum all people out there :D hope sihat-sihat belaka ea sebab hari ni ialah hari sabtu dan esok hari ahad dan esok lagi adalah isnin. yeahhh RAMADHAN is around the corner.

bermulalah tugas kita sebagai seorang Muslim mengerjakan ibadah wajib ini. :D hope tahun ni puasa penuh dan dapat memuhasabahkan diri seperti tahun-tahun yang lepas. aku nak petik satu ceramah dari seorang ustaz yang pernah aku dengar dekat radio dia kata

"apabila tiba bulan puasa kita mesti pasang azam baru dan menggunakan puasa ini sebagai perisai kita melakukan perkara yang baik jadi bila dah habis bulan puasa nanti kita kenalah aplikasikan apa yang kita lakukan perkara yang baik itu pada puasa yang lepas"

korang faham tak? aku faham je. :D jadi jangan fikir nak raya jer yang penting puasa ni lagipun dalam banyak-banyak bulan Ramdhan adalah bulan yang digandakan pahala ibadat wajib dan sunat. teringat kisah berpuasa di asrama dulu hahaha macam-macam ragam puasa tambah pulak masa last year aku dan kawan-kawan ada membantu cikgu azrina jual macam ala-ala pasar ramadhan SMT Ipoh. :D memang laku lah sebab budak-budak asrama ni memang suka kalau kami berniaga. :D

bila maghrib menjelma kami pun berbuka puasa dengan perasaan yang sangat bersyukur. :D lepas je tunaikan solat maghrib kami akan ke masjid berdekatan untuk join solat terawih. memang best la masa stay Ipoh bagi aku kenangan yang tak dapat dilupakan bagaikan semalam baru berlaku. (skemanya ayat kau ayie!)

okela bersempena ramdhan yang hampir menjelma ni aku nak mengucapkan selamat berpuasa ea korang sebab gunakanlah bulan puasa ni ke arah kita berubah kepada yang baik. InsyaAllah agar jiwa kita tenang dan diberkati olehNya.

p/s: oke all ada kerja nak settle babai!