Jumaat, 22 April 2011

hidup bagaikan pementasan drama II

Assalamualaikum dan selamat pagi pada semua pembaca blog ana yang sentiasa menyokong apa yang ana lakukan. Alhamdulillah ana masih bernafas dan menjadi seorang hamba yang masih merangkak dalam mengenali Tuhannya.

Dah lama ana tak menulis blog gara-gara ana malas nak on9 buat ketika masa ini. dalam keadaan yang tidak terurus ini ana gerakkan juga hati ini untuk menulis kerana ana banyak dapat feed back dari para sahabiah mengapa ana tak menulis sejak-sejak ini. bukan tak nak tulis kadang-kadang ana takde mood entah la mengapa kan. tapi biarkan sahaja lah.

baiklah post lepas ana ada cakap yang ana menduduki ujian Munsyi di TTDI JAYA sekolah lama ana tuh. tapi setelah menduduki keputusan untuk temuduga ana tak layak. masyaAllah bukan lah kecewa tapi mungkin rezeki nak masuk USM takde kot. takpe apa-apa pun ana dah cuba yang terbaik untuk melayakkan diri. Tahniah buat rakan seperjuangan yang dapat meluluskan diri dalam melayakkan diri ke sana nanti. Bagi rakan seperjuangan yang lain janganlah sedih dan gusar akan potensi anda kerana rezeki kita semua ada sebenarnya. InsyaAllah. Allah tahu mana yang lebih baik buat kita kan? :)

okey lepas Munsyi ni ada lak kena hadapi Medsi. apa itu MEDSI? medsi ni ujian lebih kurang macam MUNSYI tapi mungkin ada perbezaan la kot kan. takpe nanti ana nak p study pasal benda ni ye. :)

Alhamdulillah ana layak untuk menduduki ujian ni pada 30 april ni di sekolah menengah salehuddin shah, shah alam. harap-harap oke la kan. :) semalam pun cikgu amin call dia tanya perkembangan ana dan rakan seperjuangan yang lain. cikgu amin pun risau keadaan kami adakah kami dapat melayakkan diri ke universiti atau tidak.

yang ana takut ni interview. uppps ada apa dengan interview ni ye? hehe. nak kena study jugak ni kan.

okey la ana nak kena off ni sebab dah lewat takpe nanti ana akan sambung ye.

p/s: mata dah @@ depan pc ni. selamat malam semua~