Ahad, 3 April 2011

kehilangan menjadi pertanyaan part II

lap top ana tak boleh nak connect dengan wireless (sedih je)

Assalamualaikum w.t.b kepada semua orang yang membaca blog ana walaupun cuma usha-usha tapi thanks a lot from me here. :)

hari ni dah masuk hari ahad dan nak start minggu baru dalam bulan april ni. penat masih bersisa dan gembira sentiasa menjemput hati untuk terus bersemangat dengan apa yang dilakukan. Alhamdulillah sepanjang mencari ketenangan dan pengalaman baru apabila ana keluar dari rumah memberi inspirasi untuk ana berusaha mencapai cita-cita sebagai seorang pendidik. (InsyaAllah)

baiklah ada yang tertanya-tanya pada ana ke mana ana menghilang selama seminggu yang lalu. bila ana buka laman sosial ana yang lain banyak benar ana menerima masej yang menyatakan ke mana ana pergi. alhamdulillah nampaknya sahabiah ramai menyayangi ana walupun tidak mengenali ana. bukan itu sahaja ramai yang menghantar sms menanyakan kehilangan ana di ruangan sosial itu. ana terharu sangat-sangat. apa-apa pun ana akan ceritakan sedikit sebanyak nak bagitahu sahabiah yang bertanyakan hal ana.


SEPANG
entri lalu ana ada bercerita hasrat ana yang hendak ke sepang rumah moyang ana. sebabnya ana nak menenangkan fikiran hidup tanpa internet dan telefon bimbit ana. alhamdulillah tak banyak yang berubah tapi ada la sedikit kesedaran untuk elak diri daripada selalu je bergantung diri dengan kemudahan tu.

mak dan abah ana jugak yang menghantar ana ke sana dengan jiwa yang lapang untuk stay di rumah tu. di sana nenek saudara ana banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam memilih jalan dalam kehidupan ini. sebab ana tahu ana masih baru mengorak langkah dalam membuka coretan hidup dengan tinta yang masih belum tajam. alhamdulillah bertemu moyang ana adalah satu perkara yang amat bermakna dalam hidup ana. bagi ana moyang ana itu adalah wanita yang tabah mengharungi hidupnya tanpa seorang suami. kematian suami pada umur yang muda membuat wanita bergelar onyang ana kini menjadi ikon kepada ana untuk tabah dalam mencari sinaran pegangan hidup.

kebanyakkan apa yang ana dapat ialah nasihat yang amat berguna bagi ana timbang dan fikirkan. sepanjang ana di sana ana dapat lihat pertembungan ideologi antara dua umur yang berbeza iaitu muda dan tua. kadang kala apa yang kita cakap tidak diterima oleh orang tua ni dan kadang kala di pihak kita juga macam tu. jadi bagi ana penerimaan nasihat dan teguran adalah perlu diterima dengan hati yang terbuka bagi memperbaiki diri kita agar menjadi insan yang diredhai olehNya.

nenek saudara ana ada membawa ana melawat sekitar kawasan kampung di sepang ni. apa yang ana dapat lihat adalah banyak nya kawasan ini diliputi dengan rumah banglo dan kawasan ini dipenuhi dusun kepunyaan orang kampung yang tinggal di sini. jadi memang nampak ada ala-ala kampung dan kehijauan banyak menenangkan diri ini.

mesti ada yang tertanya-tanya berapa orang yang stay dekat rumah moyang ana ni kan. yang ada ialah nenek dan datuk saudara ana, onyang khatijah, aunt ama dan uncle boy. dan jangan lupa ada dua orang princess lagi iaitu asha dan aira anak kepada my aunt dan uncle. mereka banyak having fun with me. hahaa~ by the way they are awesome. :)

to be continue~6.50 p.m

perjalanan menggunakan kaki pertama kali di kuala lumpur (lawak je)

KUALA LUMPUR
ni cerita pasal ana travel sorang-sorang dekat KLCC. macam tak percaya kan? percaya lah yang ana dah kali ni 6 kali pergi KLCC tapi kali ni agak EKSTREAM sedikit sebab travel seorang diri. uncle ana yang invite ikut dia sekali esok p kerja tapi ana kena stay dekat office aunt ana dan kalo nak uncle kata "ain boleh la pergi klcc esok nak jalan-jalan kan?" ana pun agree jela. bila dah sampai office aunt ana p breakfast dekat mamak stall dekat bawah tu. nak kata mamak stall ni nampak ala-ala modern la jugak berhadapan dengan coffee bean. jalan pada pagi tu agak sesak kerana kelihatan kesibukan warga kota berpusu-pusu ke tempat kerja masing-masing.

kebanyakkan nya international people around there because it's big city with lots of job. nak kata seram ke takut ke masa jalan tu takla sangat but hati-hati la. ana pun ada call nazirah nak jumpa dia, dan kira jadi dia akan datang ke klcc. ana pun start la journey pada pukul 11.30 pagi berjalan kaki ke klcc takla jauh sangat but peluh keluar la jugak. hahaa. seronok je jalan sorang-sorang ni sebab agak mencabar je.

ana pun jalan dan terus masuk ke klcc dengan hati yang best
(tak tahu nak bagi tahu macam mana) first nampak satu butik ni apa nama ea? oh
Louis Vuitton yes butik tu jela yang ana nampak mula-mula. nampak lelaki berpakaian segak dan smart. wow dalam hati ana terdetik nak jugak masuk dalam tu tapi haha angan-angan je. tak payah nak mengada ye ain.

jadi ana pun terus jalan ke depan nampak pulak Baskin-Robbins
lepas tu nampak pulak CHANEL

macam-macam kedai mewah ada dalam klcc tu. kalo ada banyak duit oke jugak kan. baskin robin tu buat ana lapar je. padahal aiskrim je jualnya tu. yg chanel tu kedai pakaian. tapi tengok macam tak cukup kain je fashion nye. hahaaa. tapi ana sekadar ambil tahu je yelah kalo tengok semua kedai mewah tu semuanya cantik belaka perhiasannya itu. tapi ana fikir balik itulah harta dunia bukan harta akhirat.


ana teruskan perjalanan ke tingkat 4 iaitu kedai buku paling popular iaitu
Kinokuniya masuk kedai buku tu je mata ana dah melilau melihat betapa banyak nya buku-buku tersusun rapi di rak yang banyak tu. wow rambang mata ana tengok. ana pun mempercepatkan langkah ke rak yang tertera AGAMA. rak tu dekat bahagian belakang sedikit la, ana nak cari satu kitab baru, dekat 1 jam ana dekat rak tu perhatikan semua tajuk buku dan membelek-belek apa yang ada. satu pun ana tak tertarik. akhirnya ana jumpa satu buku ni yang bertajuk

"kitab ini yang bernama: AQIDATUN NAJIN ertinya: I'tiqad segala orang yang kelepasan daripada sesat dan bid'ah pada bicara ilmu Usuluddin atas Mazhab Ahli Sunnah wa al-Jama'ah dengan bahasa melayu"

panjang tak nama kitab ni? ana sengaja beli sebab nak memahami benda ni walaupun pada hakikatnya ana ni bukan berasal dari sekolah pondok/madrasah mahupun sekolah agama. jadi insyaAllah kitab ni akan ana rujuk juga pada sahabiah yang mahir dalam pembacaan kitab ni. kerana kitab ni dikatakan terkenal di sekolah pondok dan mereka memang menggunakan kitab ni.

jadi selepas membeli kitab ni ana pun keluar dan tengok jam je dah pukul 1.37 minit tengahari ana pun turun ke bawah (tingkat mana tak pasti) tapi ada dekat area kfc la. ana pun menunaikan solat zohor.


to be continue-solat maghrib


ketika ana duduk di depan air pancut klcc (duduk sorang2) hehe

sambungan: 4.40 p.m

assalamualaikum dan selamat petang agak lambat untuk ana nak sambung penulisan di blog ni sebab banyak sangat hal nak di betulkan ni. :)

nak dipendekkan cerita ana pun cuma lepak-lepak la di depan air pancut klcc yang terletak dibahagian belakang klcc. ramai juga yang ana temui dekat sini yang majoritinya ialah pelancong asing. macam-macam rupa ada yang berlitup-litup penuh dan ada juga yang separuh tak berpakaian. uishhhhhh~ pelbagai aksi ada yang merokok,membaca,menangkap gambar,berlari-lari,buat bising,relek dan lepak-lepak ditemani dengan cuaca yang masa tu nampaknya oke je.

okela rasanya setakat ni jela kot nak story. :) mekasih sebab sudi membaca walaupun agak cam topsy turvey~ hehe

p/s: gambar tu semua diambil menggunakan telefon kamera (tu yang tak jelas sangat tu)