Khamis, 30 Ogos 2012

Merdeka kah kita ?

Salam 1 Malaysia, selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 55 tahun kepada semua rakyat Malaysia. Alhamdulillah kita masih dalam keadaan yang aman di bumi bertuah ini.

Sempena hari raya yang ke 13 hari ni, blok rumah aku kali ni mengadakan majlis jamuan hari raya, mak adalah satu orang yang bertangungjawab dalam melaksanakan majlis ni. aku terbangun awal sangat jadi aku tak pergi la tolong kan ! apa punya anak dara ! cehh bangun-bangun tadi ada 5 missed call dengan 8 masej dari kawan-kawan aku dan emak . HAHA okay sekali jer gedik macam ni kan.

Tajuk tengahari ni ialah "KEMERDEKAAN"

Merdeka kah kita ? sudah cukup kah kita merdeka ? tepuk dada tanya lah sendiri kan :)
Alhamdulillah kita masih lagi diberi nikmat untuk tinggal di sini kan.

tadi aku ada post gambar pasal "GANGNAM STYLE" ada adik tu komen yang benda adalah salah satu daripada budaya hedonisme. nak tahu lebih sila lah google di laptop anda semua.

okay secara ringkas ialah budaya hiburan yang melampau lah, kalau dari segi Islam pun benda macam ni sangat melalaikan umat Islam daripada melakukan suruhanNya.

kalau korang rajin boleh la baca di blog saudara kita ni pasal hedonisme ni :


mungkin boleh beri kita masa untuk berfikir sejenak. kita boleh berhibur selagi tertakhluk pada syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Jangan hingga melalaikan kita hingga terbabas di jalanan yang fana ini.

bagi aku dikesempatan di hari kita menyambut hari kebangsaan dapat lah aku konklusikan bahawa kita berhak untuk hidup dengan aman tanpa sekatan oleh orang lain. kita mempunyai hak dalam menentukan perjalanan hidup kita tanpa ada campur tangan orang lain. masing-masing dah besar dan boleh berfikir secara rasional dalam sesuatu perkara dan apabila keputusan itu telah diambil maka sebarang risiko adalah di tangan sendiri okay guys !

p/s : aku dah lambat nak join jamuan raya ni, tinggal 1 minggu nak balik UPSI ni weh !

p/s : lagi sangat nak p/s ni, weh dengar la lagu dekat blog aku ni lagu apa. GANGNAM STYLE ! lol !


fenomena tsunami gangnam style !