Sabtu, 20 Ogos 2011

singgah sekejap wahai blog II

ini asha :)

Assalamualaikum kepada pembaca blog dan pengusha blog semalaya :D
sihatkah anda semua pada hari ni? hari yang tertulis namanya sabtu memang sinonim kalau kata sedang bercuti. Hujung minggu macam ni lah korang akan spent time dengan keluarga, kawan-kawan atau pasangan cintan masing-masing kan.

aku tahu ramai yang perasan post aku sebelum ni agak sedih dan sadis ea? jangan la begitu cepat menjudge aku kerana post tu cuma luahan hati dan tergerak nak menulis sebab memang gatal sangat nak menulis ni. hope pada kawan-kawan blogger yang bagi masej peribadi tu thanks atas teguran dan sangat menghargainya. :) teruskan menulis tau bloggers sekalian!

hey lagi berapa hari menghitung untuk beraya? entah aku tak kira pun lagi hahaha
sepanjang minggu ni kerja aku asyik shopping raya jer tapi tak beli apa pun tengok dan usha dulu. kira pergi survey dulu apa yang patut. lagipun big boss yang pay semua ni.

tahun ni baju warna hijau semua nak hijau kan. nice one la kan sebab sejuk jer if mata ni memandang. oke baju kurung dah beli jadi settle. sekarang ni looking for shoe and some accessories jer nak dibeli. :) tahun ni simple dan tak payah nak lebih-lebih sangat la kan.

oke la korang aku nak bersiap-siap ni sebab kejap lagi nak pergi berbuka dekat rumah nenek saudara aku dekat sepang. jadi benua pavillion here i come sebab tak sabar nak jumpa asha my uncle's daughter. hehehe :)


p/s: selamat berbuka puasa dan selamat beramal korang!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan