Selasa, 23 Ogos 2011

apa nak jadi dunia ni?

Dunia adalah tempat menyemai kasih sayang sesama manusia
think before you do something

Assalamualaikum dan salam satu malaysia :) Alhamdulillah baru breaking fast dekat rumah bersama keluarga tersayang. hope korang pun sama jika ada yang berbuka puasa seorang diri tadi diharap bersabar kerana nanti korang akan dapat berbuka bersama yang tercinta satu hari nanti. (pesanan kepada orang yang bujang belum berkahwin)

tadi baru tengok berita dekat tv3, hey macam-macam kejadian sekarang ni kan aku tengok tadi pun agak seram jer dengar sebab berita yang tak diduga.

kes tolak anak dalam kolam ikan
ni berlaku dekat johor, apa la tolak anak ke dalam kolam tu? sebabnya tadi si ayah di bawah pengaruh alkohol. dan ketiga-tiga anak dia mati dan selepas tu si ayah pun bunuh diri. tula kan kenapa minum arak? kan bahaya? sebab kerana arak manusia kan hilang pedoman. dalam Al-Quran pun dah sebut pasal arak ni kan. apa kes? kalau ilmu tak cukup ini la jadinya.
#pesan untuk diri sendiri jugak ni#

kes nak sembelih anak
ni berlaku dekat terengganu, apa la nak disembelih anak kau gara-gara kereta rosak? apa kah dah hilang pedoman? mana erti agama ? yaAllah kenapa sampai nak bunuh anak kecil yang berdosa? bagaikan kembali di dunia jahiliyah dahulu. apa nak jadi ni kan? kenapa lahirkan anak jika tak tahu tanggungjawab sebenar? #pesan untuk diri sendiri jugak ni#

kes simbah asid dekat muka orang
hey ni lagi satu kes yang sangat sengal bila dengar kan, yaAllah kalau nak dendam kenapa perlu baling asid? ni yang takut nak keluar rumah moga aku dan keluarga dilindungi dari kejadian ni sebab yelah raya nak dekat kan. macam-macam pun boleh jadi, nak jadikan cerita orang yang disimbah asid tu tengah tunggu membe dia dalam kereta masa tu dekat bazar ramadhan kebetulan tingkap kereta terbuka jadi yang si pembaling asid ni pun simbah laa dekat muka mamat tu. apa la nak jadi kan? kenapa nak baling asid ? diharap si pembaling asid ni akan ditangkap secepat mungkin. jadi korang semua pun berhati-hati tau jika keluar rumah.


kes kemalangan menjadi-jadi
yang ni pula bagaikan malang tidak berbau kan. hanya Allah yang tahu kenapa ni nak jadi. bila dah sampai ajal dan jalan seseorang itu pergi begini kenalah kita redha. yang satu kes tu anak beranak meninggal dunia kerana merempuh divider jalan masa tu baru balik shopping raya.
ada satu kes baru ni yang dua beradik dirempuh kereta masa menunggang basikal masa baru balik dari sekolah. sama juga kisah Allahyarham Saufi Haniff iaitu seorang pelajar yang mak aku bawak ke sekolah meninggal kerana kemalangan jalan raya. rasa lemah segala sendi dan rapuh hati terus pabila terdengar kisah kemalangan ini. Allah lebih menyanyangi mereka. semoga roh mereka dicucuri rahmat. InsyaAllah.

kes main mercun
hey mana dapat mercun ni? bunga api takpe la jugak ni main mercun? di saat aku tengah menulis blog ni pun masih terdengar bunyi letupan bagailan nak berperang di tempat sendiri. time aku tidur waktu pagi pun dengar teriakan mercun ni. memang tension tau tak. bila dah kena nanti baru la budak-budak ni nak sedar. ni bukan budak-budak jer yang main bapak budak pun main. nak main boleh tapi kan sendiri mahu ingat laa. teringat kisah pak ngah aku marah jiran depan sebab main mercun lagipun time tu adik aku masih bayi dan ada ramai budak kecil dekat rumah. mana tak terkejut baby tengah tidur bunyi mercun.



p/s: hey korang jaga lah diri ingat orang yang tersayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan