Isnin, 15 Ogos 2011

jangan ghaib sayang

jangan kau ghaib sayang kerana akan ku jejaki kau
walaupun ke mana kau kan pergi

sayang di manakah kau berada?
sehari suntuk daku menantikan kedatangan kau
meraba dalam kesamaran hari siang ni bagaikan
satu fenomena cinta tak terperi indahnya
kedinginan angin petang menandakan keriangan
bercorak dalam jiwa yang berkocak
menghentam setiap sudut bingkai hatiku
suara lagu imran ajmain bertajuk ghaibmu menemani aku
di kala kau hilangkan diri dan aku jua ghaib
merenung ke sana meninggalkan kesan
ke dalam alam mimpi yang tak sudah
membawa aku angaukan kau sayang
kepiluan terasa bila kau tak menyapaku sehari
bagaikan dicarik-carik setiap urat jantung
sakitnya yaAllah~!

p/s: terpanggil menulis sekali lalu sepantas idea itu datang mencurah bagaikan hujan lebat turun di kala dia mengetahu isi yang terpendam ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan