Selasa, 15 Mac 2011

pesanan ringkas dari yang tersayang


sedang menantikan sesuatu yang baru dalam hidup ini

Assalamualaikum w.t.b kepada pembaca sekalian diharapkan di dalam keadaan yang baik. Macam mana sahabat/sahabiah punya iman pada hari ini? ada okay? atau k.o? tepuk dada tanyalah selera masing-masingkan. InsyaAllah semoga dalam keadaan yang cemerlang lagi gemilang. Teringat pulak kata-kata ustaz zafri (iaitu ustaz yang pernah ana temui dalam ceramah semasa mengikuti program ramadhan ketika usrah di ipoh tahun lepas 2010)

katanya: "bersyukurlah anda semua kerana anda semua dikurniakan oleh Allah Taala iaitu AKAL dan IMAN" ustaz suruh kami bayangkan jika Allah S.W.T menarik akal fikiran kita walaupun sekejap bagaimanakah rasanya? MasyaAllah tak terbayangkan jika kita alami benda tu. Tu yang ana cakap tu kita kena bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepada kita lebih-lebih lagi dua perkara tadi tu ye.

Tambah ustaz zafri lagi "apa jua keadaan kita perlu letakkan Allah dihadapan" maksudnya jika kita ditimpa musibah/perkara yang tidak diingini pun janganlah bersedih la tahzan sebab Allah akan membantu hamba-hambaNya..

itu tazkirah sedikit lah sebelum nak masuk cerita yang akan jadi pada minggu cuti persekolahan yang dah bermula pada 3 hari lepas.

KEPULANGAN IQAH DI RUMAH

cewahh.. iqah dah balik rumah, Alhamdulillah dia dah okay dah tak menangis lagi. yela mana tak nya dia dah dapat balik seronok tak terhingga lah katakan. balik je dia rumah kali ni asyik mengemas je bangun je dari tidur terus kemas rumah, ana pun banyak lepak je (nakal betul kak long dia ni) takdela ana tolong jugak kalo tak siapa nak mengemas teratak ayahnda dan bonda kami ni. bising jugak lah rumah ni dengan keriuhan suara iqah, biasalah dia ni kalo balik akan melayan lagu-lagu wasternnya itu. macam-macam lagu dia minat sampai naik hafal je lirik laguan inggeris yang diminatinya itu. dia kalo ana nyanyi sebaris lirik lagu orang putih kalau silap sebut digelak habis kat ana. dia hebat jugak dalam berbahasa inggeris ni. ana sikit-sikit boleh la tapi minat nak cakap tu memang selalu ada.

"because i love english and english is fun"

hee~iqah ada jugak ana tengok kerja sekolahnya tapi masih dalam pembikinan biasalah budak asrama kalau balik rumah dia tak ingat apa dah yang dia tahu having fun je. tapi takpela cuti sekolah lama lagi. :)


PLAN NAK BALIK KAMPUNG

ni bukan plan lagi tapi memang kena balik sana (lumut,perak) kampung abah ana. sebab akan berlangsungnya majlis pertunangan sepupu ana. wuuuu~ kak maria dah nak kahwin dah en.. seronoknya (cewah berangan pulak)

InsyaAllah semoga dengan apa yang akan dilakukan ini akan mendapat keberkatan dariNya. Tapi kali ni balik naik kereta baru lah sebab abah baru memiliki kereta unser toyota baru. Alhamdulillah berkat rezeki yang Allah kurniakan kepada keluarga kami. Apa-apa pun biarlah berserdehana dalam kehidupan ni sebab abah ada pesan dekat ana

"Along kita miliki jika kita mampu dan jangan membazir" mak pun cakap "Along mak dengan abah tak sekolah tinggi tapi dengan usaha dalam mencari rezeki kami nak bahagiakan anak-anak, biarlah mak dengan abah penat tapi yang penting anak-anak lebih dari kami"

erm..sedih lak tiba-tiba. apa-apa pun mereka yang terbaik sepanjang kehidupan ana ni. insyaAllah akan ana buktikan yang terbaik.

MATA BERAT JARI RINGAN

sekarang sebenarnya dah pukul 2.31 pagi waktu tempatan ana masih belum boleh melelapkan mata walaupun sudah agak keberatan kelopak mata ni. yaAllah kenapa la suka tidur lewat ye norain! jika sahabat/sahabiah ada tips bagaimana nak tidur awal ni boleh tak bagitahu ana? masa dekat asrama dulu elok je on time je tidur tapi bila dah tamat sesi duduk asrama tu tak pulak tidur awal.

nak kena cuba jugak ni sebab bila fikir balik kita kena disiplin dalam hidup ini. tiba-tiba teringat kata cikgu hajah intan suhana (selaku guru yang dikenali semasa di teknik)

"Hidup kita ni jika tidak ada demensi disiplin jangan harap awak semua nak berjaya dalam apa jua awak ceburi, dan siapa-siapa dekat sini yang boleh buktikan pada saya jika disiplin ni tidak digunakan awak boleh ke berjaya???" ana ingat pesan cikgu ni masa perhimpunan pagi dulu. yaAllah dicabarnya siapa yang boleh buktikan.

okay ana akan ikut pesan cikgu sebab bila fikir balik memang benarkan. mari renungkan dan muhasabah diri balik. aplikasi apa yang telah diajar oleh guru sahabat/sahabiah semua. ada betulnya tak?


p/s: catatan kali ini agak berterabur susunannya tetapi pengajarannya ialah:

*bersyukur dengan nikmat yang diberi oleh Allah S.W.T
*cintailah ilmu tidak kira apa jua bahasanya
*sayangi keluarga kita sementara mereka masih ada
*percepatkan perkahwinan (tak masuk list pun)
*jangan tidur lewat nanti memudaratkan (nanti terlepas subuh kan rugi)
*jangan membazir dengan rezeki yang dikurniakan
*ingat pesan guru kita/aplikasikan dalam kehidupan kita

(^____________________^)"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan