Selasa, 3 Mei 2011

luahan bukan keluhan


gambar kenangan bersama adik-adik tingkatan 5 di SMTI




Assalamualaikum kepada pembaca blog ana ni yang tidak putus-putus memberikan feed back yang baik kepada ana. Alhamdulillah ana sihat dan berada dalam kondisi yang baik.

Bagaimana pula dengan anda semua? adakah perjalanan kehidupan anda baik? atau disebaliknya.

Ana baru sahaja habis menyelesaikan kerja-kerja rumah yang tergendala sejak pagi tadi. Al maklumlah ana ni kan memang jadi baby sitter dalam rumah ni walaupun keluarga kami tiada adik kecil. :) post tadi ana ada menyatakan yang ana sedang bergaduh dengan kuali dan pinggan mangkuk. bukan bermaksud ana bergaduh bertikam lidah tetapi ana sedang sibuk menyediakan makan malam untuk keluarga.

KENAPA LAMA TAK UPDATE BLOG?

masyaAllah persoalan ni lah yang ana cuba terangkan pada sahabat/sahabiah semua ni. baiklah sedia maklum ana ni juga manusia biasa kadang-kadang mood ada kadang-kadang mood tak de. jadi itu pasal la tak update blog. insyaAllah nani jika ada masa ana akan post benda-benda menarik. hehe (gelak sorg2)

BARU LEPAS UJIAN MEDSI

Alahmdulillah ana baru melepasi ujian medsi di sekolah menengah sultan abdul aziz shah di shah alam. :) malam sebelum ujian medsi ni lah ana baru menjumpai buku pasal ujian medsi ni. tajuknya ialah "Bimbingan dan Latihan Persediaan MEdSI (Ujian Malaysia Educators Scholastic Inventory) & Temuduga. Buku ini dikarang oleh penulis yang bernama Mok Soon Sang. malam tu jugak baru nak baca pasal ujian ni. hahaha. persediaan last minute kan. apa-apa pun ana dah hadapinya dan bersyukur kerana tidak lambat hadir ketika ujian ni. sebab masa ambil ujian MUNSYI pun ana terlambat hadir. nasib baik sempat. :)

BIMBINGAN DAN NASIHAT LECTURER
Alhamdulillah syukur kepada Allah Taala kerana ana diberikan guru yang sangat membantu ana dalam mengejar cita-cita. Cikgu Amin baru-baru ni ada menelefon ana bertanya kan hal kami bagaimana persediaan kami dan perkembangan kami. :) cikgu sentiasa mengingati kami.
Jadi ini menjadi sebahagian daripada pengalaman kami menerjah alam kedewasaan demi mendapat tempat di universiti.

SAINS SUKAN
jangan tak percaya ana ditawarkan kos ini untuk sambung degree di UPSI. InsyaAllah jika terpilih untuk ditemuduga ana akan meneruskan kos ini. ana tahu banyak cabaran nak sambung kos ini tapi ana harap kos ini on demand bagi kaum hawa. :) (banyak yang perlu dibetulkan)
ana kena cari dan kumpul kembali nota-nota sains sukan ana yang banyak di dalam file. sebab dalam banyak-banyak nota kan nota sains sukan la paling banyak ana ada. :) sains sukan ni seronok apabila kita mempelajarinya kerana skopnya terlalu luas. dan boleh diaplikasikan dalam kahidupan ini. (ceh2 dah keluar ayat sains sukan) okay apa-apa hal kita akan tengok boleh ke ana buktikan bahawa kaum perempuan juga boleh setanding dengan kaum lelaki (hahaha macam persengketaan gender je ni)

CERAMAH TINGKATAN 6 BAWAH 2011
Baiklah ni cerita terbaru pasal kemasukan pelajar tingkatan 6 bawah sesi 2011 di SMTI.
Pagi tadi cikgu amin ada menghantar masej pesanan ringkas kepada ana. dia bertanya kan hal jika kami bekas pelajar tingkatan 6 nak bagi slot kepada pelajar tingkatan 6 rendah yang bakal masuk. insyaAllah ana dah plan akan ke Ipoh pada hari sebelum kemasukan pelajar-pelajar baru ini. insyaAllah ana akan memberi mereka motivasi dalam membakar semangat mereka. ana dah cuba contact rakan seperjuangan diharap mereka juga akan membantu pengurusan tingkatan 6 SMTI agar lebih licin lagi proses penyertaan pelajar teknik di dalam pembelajran tingkatan 6. walaupun dah takde apa-apa hendak disumbangkan tapi ana akan cuba yang terbaik memberi sesuatu kepada sekolah ana. :)

IPOH ke KUALA KANGSAR ke TAIPING ke BAGAN SERAI
wow banyak duit nak dikeluarkan untuk perjalanan kali ini. InsyaAllah ana akan cuba yang terbaik dalam memberi sesuatu pada diri ana untuk perbaiki diri. :)
baiklah sampai sini je catatan nanti ana akan update lagi bagi memberitahu apa yang akan jadi dan bakal jadi.


p/s: lama tak menaip jari pun letih (hahahaha)

1 ulasan:

  1. huduh btl gmbo tu..nmpk sgt baju aku labuh..hahah...ok2..aku akn (tolong sedaya upaya)..itu moto PANDU PUTERI..hehe..slmt dtg ke daerah kerian k..

    BalasPadam