Sabtu, 16 Julai 2011

i love all of you!


Assalamualaikum dan selamat pagi. jam menunjukkan pukul 5.35 minit pagi waktu tempatan.
dah nak masuk subuh dah pun sementara aku masih tidak tidur lagi ni aku ingat aku dah ubah fikiran. apa yang nak ubah fikiran ni ayie? hahaha :D entah la dari sejak semalam air mata aku bergelinang disebabkan aku tak dapat tempatkan diri aku di Universiti.

masa selepas maghrib tadi aku masih terduduk di luar rumah. aku duduk ditemani radio di telinga ku. menungku jauh mengenangkan nasib adakah ini pengakhiran? atau permulaan? yaAllah aku dah jauh tersasar dari nikmatMu. aku mula tersedar tadi masa Isyak masuk kedengaran suara azan yaAllah nikmatNya pemberianMu.

terus air mataku berhenti dan terus aku terasa tenang disebabkan suara azan di surau dekat dengan rumah ku ini. yaAllah apa guna aku menangis sebab bukan boleh pun aku ditempatkan Universiti dengan air mata ini.

aku masih bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa, adik-adik, keluarga, cikgu-cikgu dan kawan-kawan yang masih mengambil berat tentang insan bernama norain ini. yaAllah jauh benar aku menjiwai diriku tadi. anganku membuat aku alpa bahawasanya hanya Engkau yang berkuasa membuat keputusan dan ini semuanya takdir dan aku kena menerima dengan hati yang terbuka.

jadi aku mesti explore dunia ini luas dan tidak semestinya tiada tempat dia universiti kita tidak boleh berjaya. apa-apa pun memang la sedih masih bersisa tapi aku mesti kuat melawan segala-galanya kerana ini adalah ujian.

walau bagaimanapun aku mesti teruskan kehidupan. jika tidak masuk universiti pun aku mesti buktikan pada keluarga bahawa aku juga akan berjaya dalam hidup ini. InsyAllah berbekalkan doa mak dan abah serta cikgu dan rakan harap aku akan dapat membuang yang keruh ambil yang jernih. aku mesti kuat dan perlu berhadapan dengan masalah ini.


p/s:

thanks to Ainun Nazirah because you reminds me something that i forgot. you're my friend insyaallah until last of my breath. to my biee i love you so much thanks biee sebab kuatkan semangat i. to my lovely man who loves me i hope at this new relationship between me and you are not just a piece of dream but it will teach me something about a truth life. i love you so much sayang. only me know you and you knows me.

1 ulasan: