Selasa, 13 September 2011

sapa menyapa kejap I

"selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin"

Assalamualaikum you olls~! mOrning guys! how's your raya? ada best ke tahun ni? hopefully korang semua berbahagia disamping keluarga tersayang dan kekasih hati korang.

nak dipendekkan cerita minggu ni memang sibuk dengan pelbagai rancah program tak kisah lah di mana pun, banyak jer jemputan rumah terbuka yang dihadiri oleh aku :) walaupun saat akhir kena jugak pergi. aduhhh perut ini telah dipenuhi rendang, kuah kacang, lemang, ketupat dan pelbagai juadah yang terlalu mensenakkan isi perut aku. ==" i need rest la sebab asyik makan jer, ofkos la seluar jeans aku akan tak boleh aku muat lagi nanti. damn!

sepatutnya ke sepang, tapi tak jadi gara-gara jemputan yang terlalu banyak dan rumah aku yang asyik terbuka ni dah 4 kali buat rumah terbuka ni dalam sepanjang raya ni. dan pada jumaat ni akan diadakan rumah terbuka keluarga HASNI.

abah dah jemput kawan sekerjanya sama juga mak aku dan menjemput siapa sahaja yang dikenalinya. termasuklah diri aku yang telah menjemput kawan-kawan serta skandel-skandel aku. HAHAHA! eh khamis ni akan shopping barang nak masak lagi, aduh masak lagi kan.

esok nak kena bangun awal sebenarnya kerana nak teman adik aku interview dekat AIR ASIA (tahniah hamizah!) akhirnya she get it! :) dekat area kinrara jer but kena lah tidur lepas aku mencoretkan kata-kata di hikayat dang wangi ni. :)

baiklah, sebahagian kebahagian cerita hidupku ini akan dicoret lagi pada esok malam jika aku larat menulis :)

p/s: mata tak mengantuk tapi kena jugak tidur. nite korang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan