Sabtu, 22 September 2012

Semester 3 yang topsy turvey

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua penyelak blog semalaya yang semakin aktif dan semakin proaktif. sama la kan maksud nya right ?

kenapa sem 3 aku topsy turvey ? :| 

nak cerita semua aku macam tak larat nak ceritakan semua, aku bukak blog ni sebab nak sapu sampah banyak habuk yang ada dalam ni. tu sebab sapu-sapu sekitar blog ni. aku tengok setting pun dah berubah kan. susah jugak aku nak godek-godek kasi aku faham penggunaan blog baru ni. But my page still the same kan, cuma link ni aku banyak kali tukar entah sebab ikut mood aku.

Budak PJ cari pasal ? 
yes dorang cari pasal, suka sangat tag nama aku dalam fb then komen apa ntah. Menyampah tak ? serius aku menyampah. Plus bila dorang jumpa aku tengah jalan dorang akan kacau aku, macam aku tak tahu dorang ada mention nama aku. Huh ! serius aku bengang, nak mengutarakan persoalan ni memang rasa macam budak-budak punya perangai kan. dah besar dah pulak diberi gelaran mahasiswa tapi berotakkan pemikiran kanak-kanak sekolah rendah. macam mana nak ubah mentaliti anak murid nanti kalau mereka suka mentertawakan diri orang lain kan. Tepuk dada tanya iman la kan. Huhh datang ke universiti dengan satu visi misi yang sama. nak jadi seorang guru tapi ? what's the problem ? then my uncle advised me last week, and he said "jadikan hari ni sebagai pengajaran, hari ni dia ketawakan u. but nanti masa ambil ijazah u dapat ijazah kelas pertama. on that day u pulak akan ketawa besar" yes i got his meaning. biarlah perkara ni aku jadikan sebagai pembakar semangat untuk aku meniti kehidupan di universiti ini. Btw aku sangat gembira dikurniakan kawan-kawan yang banyak support aku. Alhamdulillah juga aku dikurniakan keluarga yang banyak membantu aku dari segala aspek. Apa pun biar Allah sahaja yang tentukan.

Tak sejiwa dalam kelompok sendiri ? 
yes, yang ni cerita tak sejiwa. bukan nak buka aib sesiapa tetapi aku juga cuba memperbaiki diri yang kadang kala alpa dengan sesuatu benda. kadang kala kita kalau dah berjanji sila la tepati janji agar diri kita akan dihormati oleh orang lain kan. kesefahaman perlulah dititikberatkan agar sesuatu perkara itu dapat dilaksanakan dengan jayanya InsyaAllah. dah lama duduk dalam satu kelompok tetapi keserlahan kesepakatan tidak dapat digilap walaupun ada yang cuba untuk menonjolkan diri dalam kumpulan tetapi dipersiakan oleh ahli yang lain. cuba juga lihat kelompok yang lain, mereka boleh bersatu hati dalam sesuatu perkara kan. akan la nak berkesudahan hingga ke akhir semester kan ? fikirkan lah perasaan orang lain right ? huh asyik makan hati sendiri jer, memang sakit. tak apa lah buat masa ni, semua orang gembira bagai sebab lepas kan tanggungjawab tetapi akhir nanti macam mana ?

Ubat kurus ? Minuman kurus ? Makanan kurus ? 
aku cakap dari konteks pendapat aku sendiri bukan nak cerita pasal sesiapa okay, ramai kawan-kawan/saudara-saudara aku yang ajak aku kurus but in the wrong way la kan. sesiapa jua berhak menentukan apa yang mereka ingin lakukan kerana terpulang pada pembawaan diri masing-masing kan. ini termasuk lah pasal diet secara pantas, turun berat badan 2 minggu sebanyak 5-7 kg ? boleh percaya kah ? yes boleh la kan sebab aku dah tengok testimoni dorang, BUT ? sejauh mana nak percaya ? okay i'll make this easy, are we know about the fact of nutrition on that slim drinks ? tak tahu kan ? yes, before nak ambil sesuatu ubat or something yang kita minum tu baik jumpa your personal doctor or pakar pemakanan yang belajar mengenai nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. mereka lebih arif kan, bukan orang yang tukang jual benda tu kalau dia berkelulusan pakar pemakanan, pakar diet mungkin boleh dibawa bincangkan ? Okay aku pernah bertanya pada seorang kawan aku ni, dia start buat bisnes jual ubat kurus ni sejak 1 tahun lepas, sangat berjaya dan mewah la kehidupan dia. Alhamdulillah, but aku tanya dia macam ni "sejauh mana aku akan kurus ? bahan-bahan dalam minuman ni elok untuk jangka masa pendek dan panjang kah ? lagi satu once aku tak minum dah aku boleh ke maintain body fat dengan keseimbangan dalam badan ni ? and tadi kau cakap minum benda ni tanpa exercise pun boleh turun berat badan ? macam mana tu ?
dia jawab segala persoalan aku tadi tapi dia cakap dia pun "TAK SURE" macam mana perkara ni boleh menurunkan berat badan. dia hanya dapat yakinkan aku dengan testimoni sahaja. sebab sekarang ni dia nampak sangat kurus, kira dah boleh pakai baju fitt laa kan. memang cun memang mujarab la kalau korang tengok. Okay this is all about the bisnes kan ? MONEY MONEY ;) Just that. kalau bagi pendapat aku lagi ilmu sains ni memang boleh dimodifikasikan dengan keperluan manusia zaman sekarang, kecanggihan teknologi telah berjaya membuat manusia hendak kan sesuatu perkara itu dengan sepantas kilat. Aku tak salah kan teknologi tetapi diri kita ni yang berhak menentukan kesihatan kita ni, either in the right way or in the wrong way. tak salah nak try tapi jangan sampai benda ni memakan diri. Simple kan ~


Masa makan tengahari lepas tu dapat call kena balik UPSI dah 

Jc, Aini, aku dan Wan separuh hari di PWTC 

p/s : sampai sini sahaja sebab aku ada kerja nak buat okay, semalam pergi PWTC tapi hampa sebab ada pihak nak balik awal dari seminar pembelajaran sepanjang hayat. baru nak masuk slot 2 dapat call suruh balik ke UPSI awal. tak dapat jumpa Prof. Dr. Muhaya semalam. Aku sangat kecewa sekali lagi :(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan