Ahad, 18 November 2012

Seminggu umpama setahun

As salam, yeay ! hari ni hari ahad dan aku dengan sebaik-baiknya menggunakan cuti aku dengan pelbagai perkara berfaedah sekali. ulang semula ayat tu seh, berfaedah sekali dua kali atau tiga kali ? haha

esok isnin, hari ni ahad last sangat dalam weekend ni. nak habiskan kritik jurnal ni tak habis-habis lagi. padahal nak 3 pages jer pun. yaAllah dekatkanlah aku dengan kefokusanmu ini. supaya aku siap dengan jayanya. tengok lah aku buat photoscape dekat bawah ni .. baru highlight sikit jer ni, nak ulas panjang berjela bagai seh !

Becoming a man while playing a female sport:
The construction of masculine identity in boys doing rhythmic gymnastics

dasyat tak jurnal aku ni ? ni untuk subjek proses kejurulatihan sukan yang akan dihantar pada lecturer aku. sepatutnya kena hantar 16 november 2012, disebabkan cuti kemain banyak sem ni jadi naik cuti ni baru hantar lah. dalam subjek ni macam-macam yang aku dapat, mungkin kawan-kawan yang lain tak sama penerimaannya aku sangat enjoy dengan subjek ni. sebab dalam subjek ni kita diajar bagaimana untuk menjadi seorang jurulatih yang boleh memahami atlit dalam pelbagai aspek, dari psikologi hinggalah pelbagai lagi item dalam proses kejurulatihan ni. harap-harap aku boleh siapkan kerja ni malam ni jugak. doakan yer, supaya pointer sem ni pun akan naik tak macam sem-sem yang lepas. harap aku lebih tabah lepas ni, memandangkan aku banyak tertekan pada sem ni kan. hehe :)

p/s : thanks kepada kawan-kawan yang support ain supaya jadi lebih tabah, tak lupa juga my family !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan