Jumaat, 18 Mac 2011

jumaat dah sampai



soto ujang:lokasi shah alam seksyen 9

Assalamualaikum w.t.b dan selamat pagi kepada muslimin dan muslimat yang sudi lagi membuka blog ana ni.

Selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W
(dah selawat ke atas rasulullah belum korang ni?) jangan lupa berselawat ye sahabat/sahabiah semua. InsyaAllah kita akan dapat syafaat berselawat ke atas baginda.

Alhamdulillah syukur kepadaNya kita masih dapat bangun pagi menghirup udara yang segar di pagi jumaat ini. Haaaaaaa anda semua bangun subuh tak tadi? (o.O"? bagus kepada yang bangun dan kurang bagus kepada siapa yang tak bangun sebab tak dapat nak menikmati waktu subuh tu. (lain kali set jam ye pukul 5.00 pagi) awal sangat ke?

Teringat masa stay dekat asrama dulu kan pukul 4.30 pagi ana bangun, sebab ana ni dulu mana biasa bangun pagi kan (zaman jahiliyah diri ni). ana paling awal yela nak siap dulu kan takmo rebut toilet. lepas tu lama kelamaan ana dah biasa bangun awal disertakan solat subuh yang nikmat tu. kalau lambat solat subuh terasa diri ini ketinggalan satu Nur (cahaya) cewahh.. tapi betul la kalau korang pun mesti sama jugak kan. masa dulu tu jugak kan ada seorang sahabiah ana ni (gambar yang pakai purdah pink tu) dia ni la yang rajin mengejut ana solat subuh dulu, baik kan dia (sayang dia sangat-sangat) kalau la juga ana tak bersahabat dengan dia maybe ana pun tak jumpa percikkan semangat untuk nak berubah. syukur sangat-sangat :)

APA AKTIVITI PAGI INI:

-bangun dari tidur
-solat subuh
-kemas rumah
-sidai kain
-jerang air
-sediakan sarapan
-kemas baju nak pulang ke kampung esok pagi
-susun barang dalam bonet kereta
-double cheack stuff
-surfing internet and bloggwalking


kalau tengok rutine sebijik macam housewife dah kan? :) sabar jela yela sementara tak ada kerja duduk di rumah ni kena la buat kalau tak bosan juga. kemasukkan ke ipta pun lambat jadi memanglah sah-sah jadi bibik dekat rumah ni. tapi masih lagi bersyukur sebab mak dan abah pun support apa jua yang kak long buat (padahal degil jugak ana ni)



p/s: alamak perut dah berkeroncong mari kita menikmati sarapan pada pagi ini. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan