Ahad, 22 Mei 2011

adakah ayie bersedia?

sambil menulis ni teringat time belajar masa ni. cuba teka yang mana satu aku? haha


Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua warga manusia sekalian :D

hai-hai apa khabar? harap sihat walafiat ye korang.

sekian lama hati tidak berbisik mengenang peristiwa lalu. apakah peristiwa itu ayie?
haa teringat masa aku form 2 sekolah dekat puchong ni la kan masa time sukan je aku lari time sukan je aku lari sebab aku takut. takut kena lari buat ujian segak dan lain-lain asas pergerakan. sebab aku lari en satu hari ni cikgu sukan dekat sekolah tu nampak aku dia nampak je kelibat aku dia tolak aku pergi padang. haha memang teruk la kan last-last aku kena buat jugak. walaupun agak sengal di situ aku kena la buat dah cikgu yang suruh kan akan nak melawan lak.

maybe sebab aku ni berbadan gempal dan tegap sebab tuh aku takut (tu cerita lepas) baiklah sekarang ni aku dilanda benda yang sama iaitu persediaan ujian khas sains sukan. yaAllah kenapa ni kena diuji? mana tak diuji sebab pergerakan asas kan memang wajib kepada pelajar sains sukan.

hari tu masa jumpa cikgu-cikgu dekat teknik aku jumpa la cikgu nasa'i dia bekas pelajar UPSI yang mengambil kos yang sama dengan aku. dia pesan dekat aku yang dia pun lalui apa yang akan dilalui oleh aku ni. "first sem konfem awak kurus" (tergelak aku sorang-sorang dalam hati ni) tapi memang betul pun kan yelah budak sukan mana fat-fat semuanya tegap ada sixpack haha. oke nampak nya ayie kena berusaha untuk menghadapi ujian khas tuh. ermm. berdebar dan gugup pun ada.

takpela nak taknak akan taknak kan ayie? hurm O.o"? teringat pesan cikgu idris dulu dia cakap "kalau anda dalam sesuatu situasi tu jika apa jua keadaanya REDAH je" jadi betul atau salah belakang cerita la kan.

yes nampaknya keyakinan semakin meninggi mula memenuhi ruang metabolismaku. haha
kena yakin boleh dan boleh melakukannya. siapa kata perempuan tak boleh buat? haha aku akan buktikan. erm tapi..

ni yang tak seronok jika ada perkataan TAPI.. erk ayie jangan la give up kan. kau dah belajar sampai form 6 akan nak lepas kan peluang macam lombong emas ni macam tu sahaja? bukan semua orang berpeluang macam kau! kau ada potensi! kau ada bakat! faham tak apa yang aku cakap? (hati aku berbisik pada jiwaku sendiri)

jangan kata tidak dan jangan cepat mengalah. itulah kata abah pada ku dulu. Along dalam hidup ni abah nak tengok along berjaya dan tak jadi macam abah. alamak sedih pulak. isk.. isk..
jadikan kata-kata abah tu sebagai motivasi along. haha. :D proud to be your daughter dad.

okela sementara menunggu lagi empat hari ni aku dah get ready beberapa perkara iaitu:
1. fitness-sewaktu pagi dan petang (kasi peluh keluar)
2. jaga pemakanan (diet yang seimbang)
3. jaga penampilan (wajah dan tubuh)
4. cuba seimbangkan waktu tidur (sebab selalu sangat tidur lewat)
5. baca buku (falsafah pendidikan negara)
6. berdoa (wajib)

tapi tak sampai 100% aku buat tu sebab akan nak push diri ni. sebab sorang kawan aku ni cakap kan dekat aku "Red kau jangan push sangat la kan as long kau buat je apa dia nak" haa thanks la kawan sebab bagi semangat kan. oke.

jika aku tak melepasi benda ni bila lagi kan? yelah peluang datang hanya sekali dan tidak berkali-kali dalam hidup.

hidup banyak cabaran dan dugaan semua manusia pasti merasainya.
hidup memerlukan pengorbanan untuk mencapai cita-cita.
hidup memerlukan visi dan matlamat baru boleh fokus.
hidup memerlukan redha sebab apa jua yang dah berlaku tak boleh diputar semula.
hidup ini sementara perlu seimbang dunia dan akhirat baru berkat.

"tidak semuanya sempurna di mata kita jika kita asyik inginkan kesempurnaan"

alamak pasai pa macam motivator ni ayie? ahakz. yelah apa jua pun semua itu perlu diharungi selagi hayat dikandung badan. :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan