Jumaat, 27 Mei 2011

yeah i did it bebeh! :D


tempat berlangsungnya temuduga ijazah pendidikan 2011

Assalamualaikum dan selamat tengahari buat semua yang sedang membaca blog ini :D

Alhamdulillah aku dalam keadaan yang sihat lagi happy always disebabkan oleh kurniaan Tuhan Yang Esa. walaupun emosi kurang balance tetapi atas keyakinan dan kekuatan yang aku punyai dapat mengatasi semua perasaan takut dan gementar di dada. baiklah entri lepas memceritakan bahawa ayie sangat takut dan seram-seram sejuk nak kena interview dan buat ujian khas tu kan. tapi selepas melalui tu semua aku dalam keadaan yang stabil sekali. haha


PAGI UJIAN KHAS (ujian kecerdasan/SEGAK)
pada pagi ni yang bertarikh 26 mei 2011 bersamaan dengan hari khamis lepas. fuhhh~ pagi ni memang aku jiwa kacau bertambah la kan sebab hari yang dihitung telah sampai. malam tu cikgu idris ada masej aku dan bagi kata-kata semangat untuk menghadapi benda ni semua. sebelum tu pun cikgu azrina ada call cakap good luck ain.

pagi tu kami kena berkumpul dekat depan gimnisium INTEC UiTM Seksyen 17 Shah Alam. aku terus call seorang lagi kawan seperjuangan iaitu solehah atau nama panggilannya Aye. dia pun bersekolah di sekolah menengah teknik gombak situasi aku pun sama macam dia. dia pun sedang on the way ke INTEC. masa berbaris nak masuk gim masa tu baru aku nampak kelibat Aye tu. aku pun panggil dia dan kami pun berborak sebab lama tak jumpa sekian selepas seminar pembudayaan tingkatan 6 di grand blue wave hotel setahun yang lepas. dia tetap maintain dengan dirinya. :D

taklimat pada pagi tu dimulakan oleh seorang pensyarah yang bernama ______________
(tak ingat siapa nama beliau) oke aku pun teliti la apa yang dicakap oleh lecturer tu.
terus lepas taklimat kena buat streatching (warming up) kira aku pun buat la kan.

ujian khas tu aku dan calon-calon lain kena buat:
1. push up/bumping (tekan tubi)
2. mengelecek bola keranjang pada kon
3. jangkauan melunjur pada bongkah
4. lompat jauh berdiri
5. lari 2.5 km (6 kali ikut kon)

semua ujian tu alhamdulillah lepas ada jugak aku nampak macam ala-ala atlet tu pun tak lepas. haha kira aku beruntung la beb sebab dapat lepas walaupun aku push diri ni. balik tu memang sakit badan la ni kan. (masa aku tengah tulis ni pun tengah sakit ni) bak kata cikgu amin demam oghat (urat) ahakz ada slang perak la kan.

lepas dah settle hal ujian khas ni aku pun kena balik rumah nenek di shah alam sebab nak siap-siap untuk interview. balik tu abah la yang ambil dan lepas tu hantar aku balik ke INTEC.
aku pun cari blok untuk diInterview tu.

cari punya cari jumpa lah bilik interview tu aku adalah nama yang keenam dipanggil ke dalam bilik tu. mula-mula kena baca satu kad ni (nak uji sama ada aku ni ada rabun warna atau tidak)
lepas menyerahkan fail sijil yang telah aku kumpul sejak sekolah menengah aku pun duduk di tengah. time ni ada jugak rasa seram-seram sejuk tapi aku cool kan diri ni. mana tak nya muka lecturer nampak je serious kan mana tak gelabah. bila start je dorang interview aku dorang asking in english languange aku pun start jela jawab dalam english. not bad because lectrer ni semua memang sempoi sebab boleh gelak-gelak lagi dengan aku.

dorang tanya kenapa aku tak sambung kos katering dulu dan kenapa pilih sains sukan. aku pun cerita la sebab-sebabnya. apa yang cikgu-cikgu tingkatan 6 dulu ajar itulah yang aku represent kan pada mereka. Alhamdulillah aku dah buat yang terbaik dan sedaya upaya aku lakukan demi menjadi seorang pendidik. adakah aku akan lepas? aku hanya dapat bertawakal selepas melalui semua ini.

lokasi aku diuji ini bertempat di
INTEC FAKULTI PENDIDIKAN
UiTM KAMPUS SEKSYEN 17
40200 SHAH ALAM SELANGOR.

nak mencari tempat ni agak senang sebab aku selalu turun bas dekat perhentian bas disebelah Intec ni. tempat Intec ni rupanya tempat student nak ke luar negara. aku pun tak berapa nak tahu tapi bila tengok memang besar la jugak tempat ni. :D

P/S: Pagi tu aku tak breakfast langsung perut lapar tapi ada tenaga balik tu adik angkat aku yang ambil terus p makan dekat seksyen 2 :D thanks adik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan