Sabtu, 19 Mac 2011

majlis pertunangan sepupu part I

yang ni hantaran dari pihak lelaki pilihannya ialah bertema kebiruan

yang ni pula hantaran dari pihak perempuan pilihannya ialah merah jambu



Assalamualaikum w.t.b kepada semua pembaca blog ana yang dikasihi sekalian.

ana baru sampai rumah dalam jam 1.05 minit malam tadi, selepas tu bersihkan diri dan menunaikan solat isyak. kemudian tergerak hati nak on kan pc ni nak masukkan gambar sepanjang majlis pertunangan sepupu ana iaitu kak maria dan abang meor.

Alhamdulillah perbincangan mengenai penetapan tarikh perkahwinan telah ditetapkan oleh pihak kami (perempuan) dan semuanya akan berlangsung pada bulan jun pada tahun ini. InsyaAllah jika semua dirancang dengan baik maka akan terbinalah masjid baru dalam keluarga kami.

kak maria adalah sepupu sebelah keluarga abah ana. nak kata rapat sangat tidak lah sangat tapi sebagai seorang sepupu ana juga amat menumpang gembira dengan pertunangan ini.
(cewah ana pun dah berangan nak jugak)

walaupun hujan lebat melanda kampung baru lumut tadi rombongan lelaki tetap meredah hujan bagi menyampaikan hajat mereka menyunting bunga di taman. (ayat orang dulu-dulu)
basah kuyup bakal pengantin lelaki, eh bukan hujan mungkin peluh di dahinya kelihatan. hehe~
baru je bertunang tadi ni belum akad nikah.

baiklah, ana akan menyambung cerita sepanjang majlis pertunangan kak maria dan abang meor ni pada pagi esok sebab mata ana pun dah sangatlah mengantuk dan ana juga keletihan dek sebab membaca buku dan kurang tidur pada malam semalam. T_T jangan lah bengkak.

p/s: mak, abah kak long nak kawin cepat jugak! :p


(¯`v´¯)
.`·.¸.·´
¸♥·´¸.·´¨) ¸.·*¨)
(¸.·´ (¸.·´ ´♥ ¸¸.·¨¯·♥ nuroul.blogspot.com







to be continue~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan