Isnin, 21 Mac 2011

nak kena kahwin ke cik norain ni?

siapa yang perlu berkahwin ni?


Assalamualaikum dan selamat pagi lagi kepada sesiapa yang tidak tidur lagi. jam dah menunjukkan 1.46 pagi dan membuat ana tidak keruan untuk melelapkan mata. yaAllah adakah ini realiti atau mainan jiwa? atau mainan yang dipermainkan oleh syaitan laknatullah kepada ana ni?

ujian, ujian demi ujian memang memberi kesan kepada setiap yang bergelar insan kan. yaAllah kenapa dengan ana ni? dihimpit rasa ketidakpuasan dengan diri sendiri mengulit mimpi di malam hari kan.

LAMARAN
betul ke ni? ke main-main? pernah tak cik norain ni serius dengan hidupnya? ke main-main sebab umur dia muda lagi? tak pernah nak fikir pun pasal lamaran ke kahwin jauhlah sekali kan. kalau ada pun itu adalah perancangan masa depan yang tidak ana tahu lagi bagaimanakah ia akan berlaku kerana kita tidak bisa meramalkan apatah lagi mengetahui apa yang akan jadi kan.

"zaman sekarang ni orang ramai bercinta tetapi tidak faham dengan apa itu pengorbanan dalam percintaan yang mereka tahu kita kahwin sebab nak kongsi rumah besar, kongsi kita makan apa, kongsi kita punya harta dan macam-macam tapi tak tahu apa sebenarnya tujuan nak berkahwin tu" kata seorang hamba Allah ni pada ana tadi. betui ke apa dia kata tu?

yaAllah dah nak sampai ke jodoh? ke saja-saja je? yela main-mainkan hati kan tak baik.
kadang-kadang ana pening la (nanti migrain padan muka sendiri)

rasa nak lari je tapi boleh ke lari dari masalah? mana boleh la cik norain nanti anda jadi penakut untuk "facing the world"

tapi betul ke? nak kena buat istikarah ni? perlu ke? perlu laaaa cik norain sayang.
yaAllah adakah benar? sepatutnya fikir pasal bulan 4 nak exam masuk universiti ni bukan pasal jodoh kan. betul ke ana ni ye? kekusutan dah ni. (siapa yang baca entri kali ni mesti dia cakap ana ni memang dah tak betul kan) ntah la sahabat/sahabiah ana sendiri tak tahu ni.

apa punca? kenali la wahai cik norain yang hidup ini hanya sekali dan kehidupan kelak di akhirat kelak. nak bina masjid ke? awal sangat kan? hati tak keruan dek dihimpit kekusutan selama mana ada masalah itu. tu masalah ke cik norain? ke anda sendiri cari masalah? yaAllah susahnya kan. (mesti ramai yang bertanya-tanya kenapa dengan cik norain ni)

ana rasa nak pergi bercuti-cuti untuk hilangkan rasa kehimpitan ini kan. sebab dah lama tak keruan memikirkan masalah ni. ana cuba cool dan steady but kenapa suka sangat benda ni dihimpit kepiluan yang membuat ana rasa sendiri rimas.

ingat nak pergi tidur rumah nenek ana di sepang la nanti, nak tidur seminggu ke atau beberapa hari nak mintak pendapat moyang ana sebab ana dah lama tak bejumpa dengan dia. rindu juga pada mereka berdua. T_T takpela nanti ana nak bincang dengan mak ana mengenai benda ni.

takpela mungkin esok ana akan oke kot sebab yang ana tahu kecintaan itu lahir dari hati kita bukan kerana dipaksa dan disuruh kan? :) insyaAllah ada jalan untuk keluar dari masalah ni.

p/s: luahan yang pembaca akan tertanya-tanya kan (ignore je okay)

1 ulasan:

  1. insyaAllah..ada jalannya..
    mcm lagu maher zain tu...hehe..

    BalasPadam