Sabtu, 5 November 2011

Selamat menyambut Aidiladha :D

sambil lepak dekat ruang tamu ni aku buat kad raya :)

Assalamualaikum dan selamat petang kepada sesiapa sahaja yang tak sengaja menyinggah teratak aku ni :D ahakz~!

happy aidiladha to all of you, semoga raya aidiladha pada tahun ni akan memberi makna erti pengorbanan sebenar kepada kita semua. Aidiladha adalah hari yang bermakna buat umat Islam diseluruh dunia memperingati peristiwa Nabi Ismail A.s dan Nabi Ibrahim A.s.
korang ingat tak lagi kisah ni? ke dah lupa cuma dengar waktu korang ada kelas agama dulu? okeh apa-apa hal cheack balik mengenai kisah ni oke.

Alhamdulillah semalam dah bekerja keras untuk masak-masak walaupun macam nampak ada curi-curi tulang tapi mak teruskan kerja dia. hehehe~ mak sayang kan jugak kami even kami buat nakal dan kadang kala mak tension dengan kami. KAMI refers to my sisters and i. hahaha~
semalam dah settle kan laksa, nasi impit, rendang daging, dan lain-lain tambahan.

selera memang naik la sebab mom's cook kan, jadi rugi if tak makan. tambah pula mak masak nasi lemak petang semalam, mahu tak tergugat iman. tengah rancak makan baru teringat program fitness aku. dah la semalam ada buat sedikit work out tak banyak pun peluh keluar.
jadi esok nak kena betul kan balik.

nak kena tengok balik program tu ain~! semoga target akan tercapai.

PAGI AIDILADHA
pagi dah takde tengahari yang ada. gara-gara malam tadi juga aku tertidur lambat akibat bergayutan aku lambat bangun. orang lain pakai baju raya hari ni aku pakai t-shirt dengan track sahaja. hoho~ sangat simple dan first time pakai macam ni, ialah if not tiap tahun pakai lawa-lawa. kedewasaan ini banyak juga memberi kesan ke atas diri ku. (setimental part la pulak)
mana tak nya aku belajar banyak lagi benda baru. ialah belajar ni tak akan habis hingga lah nak ke liang lahat kelak pun masih diajar. :)

dekat rumah ni aku rasa sunyi sebab pak cu aku dah pindah :( sangat sedih sebab dengan siapa aku nak bersembang dan bergurau senda selain dengan adik-adik aku. Pak cu jela yang rapat dengan aku, apa pun aku harap pak cu akan dapat meniti kehidupan ini dengan penuh kesabaran yelah lagipun sebenarnya dah masa nya untuk dia mendirikan rumah tangga tapi yelah calon pun takde lagi.

onyang aku ada dekat sini, :) tapi unfortunally onyang asyik batuk-batuk dan tak berapa nak sihat. :( erm sangat sedih tengok keadaan onyang yang sebegitu rupa. nenek saudara aku dan datuk saudara aku telah berangkat ke Tanah Suci Mekah pada minggu yang lepas jadi tinggallah onyang dengan uncle boy, tapi raya haji tahun ni mereka balik ke Johor jadi onyang stay lah rumah aku. :) nak borak dengan onyang lama-lama pun tak boleh yelah she's ill so much. i'm sadlly to see that. by the way i know she's the best to survive and a very bravery women i never had.

hopefully segala yang diniatkan pada tahun ini akan tercapai dengan kata kunci berusaha dan tawakal.

sekarang ni dah dekat petang, dan aku masih duduk di hadapan lappy kesayanganku ini. Alhamdullillah semua keluarga aku masih dalam keadaan yang sihat demi meneruskan kehidupan ini. :)

p/s: Faizal i love you~!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan