Sabtu, 5 November 2011

cuti itu holiday

bersama rakan-rakan bawah satu fakulti sebelum
kelas anatomi dan fisiologi manusia bermula

Assalamualaikum kepada semua pemblogger tegar di malaysia yang serba indah dan sejahtera ini. diharapkan dalam keadaan yang sihat dan baik. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah S.W.T sebab kita masih bernafas lagi sehingga ke hari ni. :)

BREAK SEMESTER
actually malam tadi aku baru sampai di puchong, minggu ni pun mak dan hamizah yang ambil aku sebab gara-gara barang banyak yang hendak dibasuh seperti kain baju, segala macam pakaian selama seminggu, entah kenapa dalam seminggu dua ni aku sangatlah tidak terkawal perasaan dan jiwa. tak tahu kenapa mungkinkah sebab assigment yang sememangnya menimbun atau lain sebab? okeh la malas nak cerita panjang sebab aku tahu korang bukan suka pun nak baca panjang-panjang ni tapi bagi bloggerholic pastinya tidak kisah mengikuti corat-coret pemblogger lain. haha

baru minggu lepas cuti raya deepavali, minggu ke-9 ni lagi tambah seminggu cuti sempena menyambut Hari Raya Aidiladha. :) tahun ni raya di rumah sendiri jer seperti biasa lah jika hari raya aidiladha ni memang tak balik lumut sebab abah cuti tak lama.

semalam hari jumaat, jadi memang ada kelas ragbi la untuk aku setelah tercatat dalam jadual waktu aku. tapi pagi semalam aku tak dapat nak melibatkan diri secara 100% kerana pagi tu aku diserang sakit perut (sengugut) mahu tidak guling-guling lantai. sakit yang teramat hampir mengalirkan air mata. then terpaksa lah text classmate aku datang, tapi lambat dekat padang. orang lain semalam main aku jer duduk tepi menahan satu sakit yang teramat. sabar jela :((
next kelas pulak Dr.Ikhwan cakap nak test setiap orang skill dalam permainan ragbi ni. tak terkecuali lah aku dan kawan-kawan perempuan yang lain. jadi get ready jer la kan.

ASSIGMENT : TUGASAN KUMPULAN DAN INDIVIDU
dalam minggu ni jugak aku diserangi stress kerana assigment dan pembentangan dah nak dekat tarikhnya. jadi persiapan ke arah itu hampir 50% baru tetapi tak complete sepenuhnya sebab ada tugasan kumpulan. jadi aku pun masih menunggu feed back dari ahli kumpulan tapi masih tiada jawapan yang spesifik tapi aku harap kawan-kawan aku yang terlibat dapat take note benda ni. yelah kerja kumpulan walaupun markahnya sedikit tetapi penglibatan kerjasama antara ahli kumpulan perlu ada kerana disitu akan dinilai akan pembahagian kerjanya. macam mana lecturer nak nilai tu aku tak pasti tapi yang pasti keyakinan dalam soal pembentangan ni memang memain peranan dalam penyampaian maklumat kepada rakan lain yang mendengar.

aku ni dah la lama tak bercakap depan ramai orang, kang mula lah arrousal and anxiety aku tiba di urat saraf ni. hahaha .. tapi yang penting aku akan cuba yang terbaik dalam soal pembentangan ni, sama juga kepada partner aku dalam microteaching ni. :) harap dapat bagi kerjasama yang padu demi kepentingan bersama.

p/s : nanti kisah akan bersambung sebab ada hal nak settle ni~ selamat bercuti


Tiada ulasan:

Catat Ulasan