Rabu, 7 Mei 2014

Hampir 3 tahun kita bersama

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua orang ! :) apa bikin petang hari ini ? tidur sahaja ? atau ada keluar petang ni nak buat exercise ka apa ka ? harap semua orang baik baik belaka inshaallah.

nak share something, last week aku dan kawan kawan ke sungai bil, slim river lokasinya. alhamdulillah having a great time with my classmate yang hampir tiga tahun bersama. susah senang, apa jua yang berlaku antara kami semua membuat aku lebih matang dari hari ke hari. kutuk mengutuk sesama sendiri tu memang biasa tetapi lumrah manusia untuk ada sikap sebegitu, aku harap tak ada lah yang simpan di dalam hati hanya biarkan itu menjadi kenangan yang indah dalam menjejak dewasa.

seronok juga, budak lelaki kelas aku pun sekarang ni nampaknya lebih mesra dengan aku. kalau dulu aku merasa kan diri ini mungkin tak ada orang nak hiburkan tetapi sekarang ni mereka tampak lebih baik dengan aku. atau aku baru mula nak melihat kebaikan orang lain. :) apa juga alhamdulillah kerana dikurniakan kawan kawan yang ada di sekeliling aku. apa jua terjadi, ke mana jua kita jejaki di bumi Allah ini, semestinya kita perlu kan kawan kerana kawan terbentuk nya juga identiti kita. hidup ini perlu warna warni dengan pelbagai ujian yang diberikan olehNya. setiap yang berlaku ada hikmahnya, ada manisnya kita sendiri perlu menerokai.

with my classmate, aini, lye and sakde ;) 


minggu lepas juga, genap dah 2 bulan aku mengenali seorang insan yang lahirnya dari tanah arab iaitu Isa Hamood. mungkin tak perlu nak mention dekat sini sebab tak nak orang lain tahu. tapi apa salahnya kan, beliau ni nak kata kekasih hati tak juga, boyfriend pun entah la apa status aku dengan beliau ni. haha hari tu aku datang ke serdang sebab nak jumpa dia ni, aku cakap aku tak nak balik tapi dia halau aku balik sebab dia dah janji nak main futsal dengan kawan kawan arab dia, aku degil sahaja buat kepala tak nak balik, aku merayu pada dia supaya keluar dengan aku macam selalu tu. hahaha :) dapat mengenali dia ni buat aku rasa gembira dan aku akan ingat memori ini sampai bila-bila. dia kini pun telah fasih dalam percakapan bahasa melayu, mana tak nya hari hari aku ajar dia dari first kenal dia, sampai la hari ini. mungkin dia juga akan hilang dalam hidup aku satu hari nanti kerana mungkin jarak, bangsa, dan status ..mungkin juga akan kekal mungkin juga akan pergi seperti rooodii yang lepas. .. biarlah Allah menentukan segalanya... ameen inshaallah.

beliau kasik gambar roti arab pada gua last week, gambar beliau ada tapi malas la nak tunjuk ..





Selasa, 22 April 2014

Aku cikgu PJK ke atau Sejarah? (confused)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, harap semua orang sehat sehat belaka . :)

Dalam diam tak diam dah 6 tahun umur blog aku ni, sekali skrol skrol banyak entri aku ni mengisahkan kisah aku la, apa yang aku alami selama berjinak dengan dunia maya ni. Dan banyak jugak bila aku skrol aku tergelak sendiri sebab macam kanak kanak jer penulisan aku ni. Apa pun aku sayang la blog ni, walaupun tak ada siapa yang baca tapi aku rasa sebab aku suka menulis, membaca dan cuba create something new.

Al kisah apa aku nak bukak ni yer, yes dah masuk sem 6 nak dekat sem 7. Last entry aku dekat post ni pasal Arabian and Indian culture right ? addicted sangat ek aku ni agaknya. :) Hahaha biarlah pun, aku suka jer kan. Mixed culture makes me happy. Mendalami budaya orang lain buat aku lebih dekat dengan budaya itu sendiri. Bukan abaikan budaya Melayu, tetapi kerana gugusan campuran budaya ini lahirnya juga budaya dalam kalangan Melayu itu sendiri.

Kita juga tidak tolak teori yang mengatakan budaya Melayu ini telah dipengaruhi dengan budaya budaya Hindu, kerana sememangnya kita tahu sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, budaya Hindu dan agama Hindu ini telah bertapak berkurun lamanya di sini. Apabila kedatangan saudagar/peniaga dari Tanah Arab mereka telah menyebarkan agama suci Nabi Muhammad S.A.W. di seluruh Tanah Melayu. Ketika itu nenek moyang kita telah jatuh cinta dengan Islam, maka agama Islam telah diterima ke seluruh pelusuk dunia Melayu. Akan tetapi sisa baki budaya Hindu masih tebal dalam kalangan orang Melayu kita. Alhamdulillah, aku juga lahir dalam Islam :)

Berbalik kepada budaya arab, dari segi agama, sosial, makanan, pakaian, dan seni bina terdapat campuran budaya ini yang sangat tebal dalam masyarakat Melayu. Aku nak bagi contoh tak dapat nak gambarkan tapi korang boleh lihat sendiri bagaimana budaya arab ini dapat diterima dalam kalangan masyrakat kita. Aku suggest korang pergi goggle ok ! Aku juga bangga yang Malaysia kita ni mempunyai pelbagai budaya. Unik kan kita Malaysia ni ;) Nak cakap dalam family aku pun banyak campuran keturunan, tunggu aku nak buat kajian jer pasal keturunan ni. Belah mak ada keturunan India dan Arab Melayu, belah Abah pula ada keturunan Melayu-Bugis. Jadi lepas tu dapat lah aku ni . Aku adalah campuran segala tu. Tapi dalam kad pengenalan tetap MELAYU. ;) unik right .

Al-kisah keturunan ni, semuanya adalah related seluruh dunia . Anak kepada Nabi Adam A.S dan Hawa A.S. :) kita semua sama, kita semua serupa. eh sama la tu ayie ! warna kita beza, tinggi kita beza saiz kita beza, bahasa kita beza, apa jua yang membeza kan kita kita tetap dari satu nasab yang sama. Peradaban manusia lepas telah lepas, dan sekarang kita ni lah penyambungnya.

Entri aku ni dah macam melambangkan budak sejarah atau cikgu sejarah yang ada dekat UPSI ni. hehehe . aku suka budaya, sejarah dan peradaban. ;) jadi jangan la kita judge orang tu kalo tengok first impression kulit dia dari mana keturunan dia ka, apa ka, tapi lihatlah first impression dari dalam dirinya yakni hatinya. faham ka korang apa aku tulis ni, tak faham tak apa la aku sorang jer faham. atau dalam bahasa arabnya. "Ana la afham" (aku tak faham) haha ;) sejak sejak kawan dengan ramai orang arab ni, bahasa arab aku pun semakin baik. nak cakap fluency tu tak lah, boleh la sikit sikit faham.

see korang, cedokan bahasa arab dalam bahasa melayu pun banyak kan. haha great ! okay disebabkan itu, lepas ni entri aku pasal bahasa arab. macam mana nak cakap bahasa arab yang simple simple ni dalam kehidupan seharian. sebab aku ada seorang guru dari Yemen, bagi aku dia guru yang ajar aku bahasa arab ni. hehe . ;) kan best kalau aku fasih menguasai bahasa syurga ni. indahnya hidup. okay lah sepatutnya aku duduk dekat library ni sebab aku nak cari pasal legal supplements kepada athletes tapi ni dah tersinggah nak tulis blog. cukup la setakat ni hari pun almost maghreeb ni. so, need to go back.

ni la orang cakap selfie, arabian selfie la kononnya ni ;) hehe 


Maasalamah !

Ahad, 2 Mac 2014

Indian and Arabian culture addicted .

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang terbuka link blog aku ni mahupun tersengaja nak mencari mengenainya. Kepada stalker yang berada di luar nun sana, terima kaseh kerana sudi jadi sweet stalker ea. :D well semester 6 dah aku sekarang ni. Jadi pelbagai persediaan yang perlu dilakukan kerana dah dekat semester 7 yang bakal menjelma beberapa bulan lagi. Bersinonim dengan pelajar yang mengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan maka praktikum adalah satu perkara yang wajib sangat sangat oooo .

Aku juga tak kelepasan kena benda ni, (kena mengajar PJK dan Sains Sukan) major yang tak jugak lah sangat. Aku bukan lah reti sangat kalau melakukan aktiviti yang lebih praktikal ni sebab nervous sangat. But I need to try it, its part of my duty now. Aku nak tak nak kena juga hadapi kerana benda ni semua orang akan lalui.

Bagi semster ni agak berat duty aku as a student, ada kelas kayaking (yang banyak mat salleh dalam kelas aku ni) Lenny, Deb, Vicky, Lee, Sarah, dan Emilie. Aku as a translater yang tak bertauliah dalam kelas kayaking ni. (still lemah lagi sebenarnya dalam English) but this is awesome, new experience I should gain. Selain tu, kelas teknologi kejurulatihan diajar oleh Dr.Thariq baru balik Australia. then kelas Final Year Project, mama kami iaitu Puan Haziyanti yang ajar, then APE Adaptation of physical education diajar oleh En.Sadzali, then kelas KPD pengajaran persediaan sebelum praktikum diajar oleh Dr.Syed Kamaruddin dari Universiti Malaya, subjek ni aku paling nervous. (harap dapat buat yang terbaek, walaupun PJK bukan sangat bidang aku.) tapi semua orang chill dengan benda ni. Then lagi satu kokurikulum aku adalah aerobic classes dengan senior aku , kak jue.

Alright aku hampa lagi sem ni sebab koir aku terpaksa buang sebab dah penuh jam kredit ni. Harap semester 8 dapatlah aku masuk koir. InshaAllah. ameen.

Big tittle atas tu kemain kan but cerita atas pasal apa yang baru nak mula dalam semester 6 ni. Hehe .. not bad la permulaan aku masa ni, semua orang support aku .. untuk nak kurus satu untuk nak mengajar satu. Last semester aku duduk dalam senarai dekan, Alhamdulillah berkat kesungguhan dan doa mak abah. Thanks semua . Walaupun sejak dari semester 4 sampai 5 aku diuji pelbagai ujian aku tetap teguh di sini.. kawan banyak support aku, sedangkan aku insan yang amat lemah. :) well good to have you my friends.

Today's Ain saree tutorial . ! awesome hindi girl to be :p 



Hari ni aku belajar macam mana nak pakai saree sebenarnya, guess what saree aku beli ni berharga RM300.00 dekat brikfields hari tu. Lepas diskaun dapat RM 59.00 sahaja, pelik tak ? percayalah. kelip kelip ooo sareee aku ni. And sebelum masuk sini mama beli kan 2 helai abaya baru. Its so great ! Indian and Arabian culture ni ! aku sangat sukkkkkaaaaaaaaaaaa !


NIA | NIYA

Khamis, 23 Januari 2014

2 Bulan lebih berlalu ..

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca atau sesiapa yang baca blog gua ni :)

"Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, dan kita sebagai manusia mestila tahu bagaimana hendak menguruskan masalah yang kita hadapi ni"

Baru-baru ni keluarga aku baru kehilangan insan yang paling kami hormati iaitu arwah datuk ku. Walaupun pada ramadhan yang lepas kami masih terasa rasa lagi kehilangan beliau. Setiap hari aku, adik-adik, emak dan abah di duga Tuhan. Satu satu kejadian dan keperitan yang mesti kami lalui. Sama juga orang lain, begitu juga diri ini dan keluarga aku. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Hanya Allah sahaja yang mengetahui keadaan keperitan aku dan keluarga. Tapi biarlah ia berlalu sebagai pengajaran kepada kami semua.

Aku benci melihat emak mengalirkan air mata,
Aku benci melihat abah mengalirkan air mata,
Aku benci melihat adik-adik mengalirkan air mata,
dan aku benci mengapa aku tidak mengalirkan seperti mereka.

Aku berdoa kepada Allah supaya air mata ku tidak lagi tumpah kerana aku benci jika melihat mereka melihat aku bersedih. Aku sering sahaja tidak sihat, hanya Allah mengetahui apa sakit ku, apa penderitaan diri ku. Ujian yang kian menguji sememangnya berat dan tidak tertanggung oleh aku, tapi akan ku jalani juga walaupun payah dan sakit. Biarlah dosa dosa aku gugur selepas Allah mendengar rintihan hambaNya ini.

Aku menulis ini bukan lagi menagih simpati dari sesiapa, kerana aku tahu langit ini tinggi dan betapa rendahnya kedudukan aku di muka bumi ini. Yang pasti ada pembalasannya kelak. Lambat dan cepat biar lah Maha Pencipta yang menghakiminya kelak. Apabila diri telah dianayai oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan tiada belas kasihan maka diri ini perlu akur kerana diri ini tiada "KUASA" yang mampu mengubah takdir. Dalam meniti kehidupan dewasa ini, aku banyak belajar dan memahami mengapa aku sering diuji. Ucapan Alhamdulillah kepadaNya, kerana biar lah dibenci dan dicaci manusia tetapi jangan dibenci oleh Allah.

Wah sangat meluahnya, bukan apa kadang kala kalau dah lama tak update blog ni tangan ni pasti menjadi sebegitu aktif dan begitu kaya dengan idea idea di minda. Kisah keluarga bukan patutnya di share di dalam blog Ayie. haha ada aku kesah dengan sebegitu punya cakap cakap kosong. Disebabkan aku tiada kuasa untuk menangkap atau bertindak terhadap orang-orang yang menganaya keluarga dan diri aku, aku masih ada "KUASA MENULIS" menukar minda kosong kepada minda sentiasa aktif berfikir mengenai masalah.

Sebagai seorang anak, pelajar dan kekasih (walau secara offical nya aku bukan lah hak milik sesiapa lagi) aku masih seorang kekasih kepada diri aku ni, sayangi diri walaupun tidak disayangi oleh orang lain. Kawan-kawan semua dah berdua aku masih solo, haha apa-apa pun aku masih ada plan untuk sambung Masters di United States, InshaAllah jika ada restu dari Allah dan keluarga aku.

Bulan februari nanti akan sambung balik ke UPSI, dah masuk semester 6 dah weh (seniorita year) maksud aku dah jadi AKAK BESAR . yo semangat baru, semoga dapat fokus dan memperolehi pointer yang baik untuk semester 5 lepas punya exams. Doa doa kan diri ini ! :D masuk semester 7 nanti dah start praktikal di sekolah pula, rasa excited dan seram seram sejuk mula menerjah ke diri ini. Harap semua baik baik sahaja ! Nalla eirukeee !



Apa salah kadang kadang kita tukar selera ! ;) 

7.57 PM - Puchong, Mamak's stall yo!

Sabtu, 23 November 2013

3 Bulan berlalu ..

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang buka blog yang usang ni. Salam killaf dari aku buat semua yang mengenali diri ini. Dalam diam tak diam dah 3 bulan berlalu tanpa apa catatan dari aku dekat blog ni. Mungkin sebelum ni aku banyak menulis mengenai apa yang berlaku pada diri aku yang sentiasa diuji pelbagai onak dan duri. Siapa aku pun orang tak kenal kan, baik aku menulis kerana aku amat menyukai menulis di blog aku ni. Kalau tiada siapa yang baca pun, aku sendiri suka membaca tulisan aku kerana kadang kala akan bibit satu perasaan lucu ke atas diri ku sendiri. HAHA ..

Dan dengan ini juga aku telah berada di UPSI selama 3 tahun secara official nya :) thanks ya Allah because you still make me alive with my family and friends here. Sepanjang ni aku banyak mengenali diri aku dan identiti aku. Nak cerita di blog ni agaklah panjang ceritanya kerana mungkin juga akan memakan masa untuk aku karang dan tapi di sini. HAHA. Alhamdulillah, Allah cepat menyedarkan aku juga selepas aku mengenali jejaka arab yang lepas. Mungkin keseronokan itu hanya seketika kita, tetapi apabila dia meninggalkan dirimu, oh seperti rasa nya tercabut jantung ni. Itu kisah lama aku dengan dia, nak bangkit semula memang susah. Berbulan bulan dia meniggalkan aku tanpa sebarang berita aku terus derita. Tetapi hidup mesti diteruskan kerana kita tidak sepatutnya menghukum diri kita sendiri. :)

Pada semester lepas, mungkin juga aku banyak membuang masa dengan alpa mengenai tugas dan tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar dan anak. Dosa benar aku rasakan, tapi aku harap Allah itu Maha Mendengar setiap kali aku berdoa. Bila berdoa menitis air mata, air mata darah. Luka di hati hanya Dia yang Maha Mengetahui. Sebenarnya, bukan ini tujuan untuk aku tulis cerita kali ini, membuka ceritera sedih aku kepada orang ramai.

Mendiang Dr.Tan Kok Hui -  3 hari sebelum hari kematian beliau. Beliau dilaporkan mengalami kemalangan jalan raya yang melibatkan kereta dan lori treler di Teluk Intan pada Jumaat lepas yang bertarikh 22/11/2013

Aku sebenarnya bersama rakan rakan seperjuangan fakulti baru sahaja kehilangan seorang pensyarah. Beliau yang telah banyak berjasa mengajar kami di fakulti sains sukan dan kejurulatihan. Walaupun baru semester 5 ni aku mengenali beliau tetapi aku dan rakan rakan sangat selesa dengan mendiang. Nama beliau ialah Dr. Tan Kok Hui. Wajahnya masih terbayang dalam ingatan ini bak kata orang telah lekat umpama potret di hati. Aku dan rakan rakan baru ini baru sahaja menyelesaikan lab sports rehabilitation yang kedua terakhir, dan sepanjang pembentangan mendiang sangat berpuas hati. Dan aku sekarang ni umpama nya masih tidak mempercayai akan pemergiaan beliau pada jumaat yang lepas. Hidup dan mati adalah ditangan Allah taala. Aku berdoa agar roh nya aman dan tenteram di sana. Walaupun mendiang Dr. bukanlah seorang yang beragama Islam tetapi aku sangat menghormati kerana etika nya sepanjang beliau hidup seolah olah beliau amat memahami Islam. Allah itu Maha Melihat dan Mendengar apa jua yang kita lakukan atau tuturkan. Semoga Allah merahmati akan pemergiaanya.

Isnin, 5 Ogos 2013

Liku hidup

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengiat blogger yang kian kian aktif berblogger. Maaf bahasa melayu yang dicampur dalam bahasa inggeris. Tatabahasa pun ada kesilapan apatah lagi diri yang khilaf ini. Akhir sekali aku update pada April lepas, dan kini dah masuk ke bulan Ogos. Yang bersempena bulan ramadan dan dah dekat syawal dah pun lagi berapa hari ni. Maaf la aku pun dah tak berapa nak rajin mengupdate cerita cerita yang berlaku sepanjang hidup ini. Cerita cinta, keluarga dan kawan yang berada disekeliling kian menjadi liku liku hidup aku untuk menjejak dewasa. Dengan penuh perasaan iltizam yang kuat aku teruskan hidup walaupun pelbagai peristiwa yang berlaku. Susah nak cerita dekat sini, tapi biarlah ia menjadi satu ingatan pada diri aku sahaja. Kini hari raya kian hampir, alhamdulillah semua nya telah selamat. Atok aku dah meninggalkan kami sekeluarga pada tengah ramadan yang lepas. Sangat sedih dan terasa kehilangan yang teramat sangat. Semoga roh atok dicucuri rahmat, Inshaallah.


Sabtu, 27 April 2013

Motivate myself to improve my attitude

A present from my Habib3, miss you my rooOdii 



Assalamualaikum dan selamat tengahari buat semua orang yang masih terselak blog aku yang tidak seberapa ni. Alhamdulillah masih dalam keadaan yang sihat walafiat.

Masuk ni dah masuk minggu yang ke 10 dah ni, Alhamdulillah masih dapat bertahan walaupun dugaan tetap mendatang tiap kali aku nak selesaikan sesuatu tugasan tu. Tanpa ada kata semangat dari keluarga dan rakan taulan mungkin aku tak bertahan dah. Rasa nak give up sangat-sangat, tapi memandangkan aku masih lagi berfikir jauh akan masa depan aku tetap lagi mengariskan tujuan aku sebenarnya apabila telah menjejaki alam universiti. Cakap-cakap orang kadang-kala banyak mempengaruhi aku, bila orang cakap tu aku ni mudah terpengaruh, bukan nak buka pekung di dada tapi inilah realiti yang aku sebenarnya kena hadapi. Tapi aku tahu siapa diri aku, di mana aku berada, dan apa yang aku lakukan. Orang suka atau tidak yang
penting aku yang suka, aku yang pilih macam ni.

Kalau nak cerita lagi panjang, aku ni dah mengalahkan gosip artis HAHAHA. It's not a big deal Norain ! yes memang la kan orang cakap senang, tapi bukan anda-anda yang tanggung. Mana nasihat yang baik aku jadikan sebagai panduan, Alhamdulillah masih ada lagi sahabiah yang ambil berat tentang aku ni. Aku sangat bersyukur kepadaNya sebab masih dikurniakan sahabiah yang macam ni. Adik aku dekat sini si Farah ni lah, apa jua semua dia yang dengar dari luahan hati aku ni. Dia seorang pendengar yang baik, kadang kala dia memang macam kanak-kanak lagi tapi aku bahagia dengan kehadiran adik yang ku anggap macam adik sendiri. Mungkin juga ini hanya sementara tapi aku tetap berpegang teguh kepada niat aku selama ini. Fikiran ku masih panjang dan mungkin aku sahaja yang hanya memikirkan perkara ni, dan buat diri aku sendiri yang tertekan.

yaAllah, kenapa lah aku selalu macam ni, bila sedikit diduga aku akan sakit melarat. Minta juga aku dapat habis kan semester 4 ni dengan jayanya kerana aku tak mahu lagi sakit. Aku percaya yang Allah tu Maha Besar dan Maha Pengampun. Dengan sakit dosa-dosa kecil akan diampunkan olehNya. InsyaAllah. Pernah aku terbaca satu status di facebook di mana, kalau kita berdoa kepada Allah Taala mintalah sesuatu itu dengan banyak atau bahasa mudahnya adalah (mintak yang besar-besar) nesyaca Allah akan mendengar permintaanmu itu. Hmmm nak mintak pada manusia memang susah walaupun dengan orang yang rapat dengan kita, tapi kenapa tak kita minta pada Allah Taala. Yang Maha Kaya dan Maha Pemurah.

Luahan ini bukan ditujukan kepada sesiapa ataupun nak menunjukkan diri aku ni lemah tetapi aku nak kumpul kembali semangat yang telah aku hilangkan kerana diri aku yang selalu lupa ini. Aku tahu dalam hidup ini, masih ada peluang kedua untuk kita ubah menjadi yang lebih baik. Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, ada sebab kenapa Dia uji aku sampai macam ni. Hanya aku yang tahu kenapa, dan aku tidak harapkan sesiapa yang tahu betapa sedihnya diri aku apabila mereka menyisirkan aku.

Aku teringat kata Al-Khashib kepada aku, "In life, there is two ways which is a bad ways or a good ways either we called it a easy ways or difficult ways so you must choose which one for you escape yourself" dalam hidup kau kena pilih satu jalan ada jalan baik atau jalan jahat ataupun jalan mudah atau jalan susah. Semua tu terletak pada diri kau sendiri bukan orang lain. Kau ada kau, kau cakap orang lain tak suka pada diri kau tetapi orang tu tak ada apa pun, tak cakap pun dia tak suka kau, jadi kau yang kena fikirkan positif. Kalau kita ingat orang lain suka pada diri kita and kita yakin maka elemen positif tersebut akan menyerap pada diri kita. Daripada orang tak suka kita, dia akan suka kita dan akan terima kita sebagai sebahagian daripada komuniti tersebut. Hmmm, bila aku fikir balik ada betul apa yang di cakapkan oleh Al-Khashib kepada aku. Aku ni yang selalu ambil jalan mudah iaitu bermuram, berduka, bermasam, memendam tanpa meluahkan. Aku akan ubah apa yang patut aku perlu ubah bukan kerana manusia tetapi kepadaNya dan kepada diri aku sendiri. Nak berubah menjadi baik bukan mudah, susah tapi kata Al-Khashib kepada aku kalau kita cakap susah maka susah lah jadinya. Keputusan semua di tangan aku sendiri bukan orang lain.

Akan aku buktikan yang aku juga boleh memberikan sesuatu kepada komuniti walaupun aku sangat berbeza daripada komuniti tersebut. Aku percaya yang Allah itu Maha Melihat dan Maha Meneliti. Ampunkan hambaMu ini yaAllah .. aku tahu aku sedang diuji hebat olehMu.


Ahad, 24 Mac 2013

Khamis, 14 Februari 2013

| final exam result for 3rd semester |

Y E S , I DO : AR-ROOODDII'S

Assalamualaikum dan salam sejahtera, sekarang ni dah pukul 4.36 pagi waktu Malaysia dan aku masih tidak tidur dan tidak mampu melenyapkan kesunyian dengan ada nya seorang yang hadir sekali lagi dalam hidup ini. nak cerita atau tidak tu nanti aku akan selitkan.

kembali kepada tajuk dekat atas, alhamdulillah semester 3 punya result naik la jugak sampai ada tulis SENARAI DEKAN. aku baca sekali lagi takut aku silap, alhamdulillah again target aku lalu tercapai jugak walaupun naik sedikit. akan tetapi jasa-jasa pensyarah dekat UPSI tidak aku lupakan. kalau dia orang tak ajar aku dan selalu bagi semangat bagi aku more confidence nak hadapi semua ni.

so bad yang kelas hoki aku dapat C+ maybe sebab masa final perlawanan tu aku tak pergi, lepas sahaja hadapi performance english tu aku patut pergi tapi disebabkan aku terlalu penat lalu aku pun tak pergi. effect result sebab ada C+ nasib baik ada tanda plus tu. bagi 3 subjek universiti aku peroleh A-, B+, B masing-masing i work hard for it because aku sangat seronok ikut kelas pensyarah-pensyarah ni. lagi-lagi kelas pensyarah aku dari Yemen ni, alhamdulillah dalam kelas dia aku banyak peroleh input dan more confidence masa nak sampaikan hujah. seriously, aku sangat bahagia kot. mungkin bagi orang lain subjek ni macam tak penting tapi aku kepuasan untuk buat yang terbaik dalam kelas adalah segala-galanya. Dr.Youssuf sangat membantu aku dari segi psikologi dalam kelas mahupun lain-lain input.

jadi aku pun sangat excited kalau dengan culture yang melibatkan arabic ni. entah mengapa aku memang suka dengan culture dia orang, dari bahasa sehinggakan budaya hidup mereka. impian aku nak keluar dari sini dan cuba travel sampai tanah arab sana, terutamanya mekah bandar suci kita semua. :)

by the way aku nak bagi tahu, kejap lagi flight pukul 9 pagi adalah flight ke sydney, australia. amirul, anak mak ngah aku akan ke sana bagi menyambung pelajarannya dalam sarjana muda selama 4 tahun. dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Alhamdulillah, esok pagi akan terlukis satu sejarah dalam keluarga Mansor ada anak cucu nya yang akan ke sana. :)

berbalik pada arab arab ni, entah la hati aku diketuk oleh jejaka arab ni, boleh percaya ke? entah la wait and see jela. kang give my full heart pun tak guna. kang aku yang merana. :) aku nak share dekat sini tak nak la lebih-lebih sangat kang over orang kata kan. benda yang tak konfem jadi cerita dok heboh kat satu malaya, bila tak jadi betul-betul aliran air mata sahaja yang perlu jatuh ke bumi.

Rabu, 13 Februari 2013

semester 4 dah nak sampai

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada penyelak blog sekalian, hari ni la aku baru dapat online sebab line dekat rumah dah kena potong. sangat sadis dan sedih kan if not aku la seorang burung hantu yang ada dekat rumah ni. walaupun begitu aku tetap tidur lewat sebab tengok tv, tengok MERLIN. haha :)

dah tak ada aktiviti yang menyeronokkan bila duduk rumah pada cuti sem ni, duit ? dapat la jugak tu pun kadang-kadang jer kan. lepas la nak beli handbag baru, kasut baru, dan apa jua yang aku rasa nak beli. orang lain kerja cari duit yang aku ni? lol tak cukup umur lagi kot nak cari kerja. lagi pun tempat aku ni susah nak cari kerja. no transportation yang sepatutnya. so no lesen no talk eh ain  ! :)

So now online dekat kedai mamak, so banyak asap kereta dan sebagainya. as long namanya asap la kan. fuh busuk giler ! by the way kan sabtu ni nak balik dah. and sekarang ni kan tengah happy chinnese new year  and my sisters semua balik. termasuk lah miza dan ika. esok khamis dorang nak gerak balik dah. and sepupu aku amirul anak kedua mak ngah akan bertolak ke sydney. and esok jugak dorang akan datang dekat sini maybe ke rumah uncle aku di denai alam. and maybe aku pergi hantar ke klia but entahlah tengok keadaan la kan. if diperlukan dan dikesempatankan aku akan follow lah. sebab sabtu pun aku nak balik UPSI dah. dan akan bermula lah episod semester 4 aku di sana. apa pula akan aku lalui aku pun tak tahu lagi kan. harap baik-baik sahaja.

keputusan exam semester 3 pun dah keluar dan aku sangat bersyukur kerana Allah memberikan rezeki kenaikan pointer aku pada kali ni.so harap akan terus meningkat pada semester yang seterusnya. jadi ada la matlamat yang aku dah siapkan. kali ni ada 20 target baru aku dah buat. semoga aku dapat laksanakan kerana adalah target aku untuk masa depan ni kan.

ada satu cerita ni tapi entah la nak ke aku cerita kan ? kisah cinta tapi tak jiwang sangat tapi aku rasa macam jiwang la jugak cerita ni sebab mungkin ada cinta yang sedang berputik. nak lama-lama tulis kang aku merapu baik aku terus terang. aku dah jatuh hati pada seseorang ni, maybe ni macam giler kan tapi yelah yang peliknya dia ni orang arab kot. haha :) taste dah larik daripada orang-orang tempatan ni weh. :) kelakar tak? entah kekal atau tak aku pun tak tahu la kan. okay sampai sini sahaja babai korang ! :)

Selasa, 29 Januari 2013

| Benefits of drinking warm water |


Assalamualaikum, just nak share something dengan korang. :D hope berguna okay ! 
selamat mencuba bagi yang nak loose weight. 

i have drink lot of warm water, because it give me so fresh after wake up in the morning.


Drinking a sufficient amount of water is a crucial step in staying hydrated, one step towards achieving optimal health. Drinking water first thing in the morning can boost your metabolism and continuing to drink water throughout the day can help keep your metabolic rate well balanced. When the water you drink is warm, there may be additional health benefits.

Cleansing the Digestive System


Drinking warm water helps to efficiently clean out the bowels. According to Dr. Michael Picco from the MayoClinic.com, water and other liquids help break down the food in your stomach and keep your digestive system on track. Drinking warm water instead of cold may help break down food substances even faster, which makes them easier to digest. When the digestive system does not have to work as hard to break down foods, it uses less energy, which results in improved health.

Flushing out toxins


Toxins that are circulating throughout the body can lead to a plethora of serious health conditions. It is not just the kidneys that undergo detoxifying effects when you drink warm water. When drinking water that is warmer than room temperature, your body temperature will gradually elevate. To maintain the normal 98.6 degrees Fahrenheit, your body will start to sweat in order to cool down. Sweating helps to flush toxins out of the body and purify the bloodstream.

Improved Emotional Responses and Thoughts


Drinking warm water can aid in the removal of toxic deposits from the body's nervous system. Holistic practitioners believe that these toxins can have a negative effect on your emotions and thoughts. According to this principle, if you drink warm water, you can purify your mind and body and obtain a balanced mental state. This balance can help keep your thoughts clear, which may lead to improved overall health.

Enhanced Stamina and Performance


Drinking warm water regularly may improve your health by keeping the systems throughout your body clean and pure. When your body is not overloaded with toxins, it can perform at peak performance. This can lead to an increase in stamina and performance. This results in better overall functioning on both a physical and mental level.

from : http://www.livestrong.com

| Banyak cerita, tapi dalam satu cerita |

Assalamualaikum kepada semua yang terselak lagi blog aku ni. :D Alhamdulillah semua orang sihat nampaknya kan. Dikurniakan lagi tubuh badan yang cantik dan anggun. tapi aku ? hadoi cuti sem 3 ni asyik masak dan makan. itula kerja aku kan, on weekend ada wedding saudara atau kawan-kawan mama dan abah aku akan follow dia orang kan, so tak terlepas lah aku untuk menikmati makanan yang sangat berlemak-lemak manis ni kan. risau ? yes aku sangat risau jugak. masuk sem 4 sepatutnya aku dah capai target aku tu. nak loose sampai tinggal 64 kg jer, but entah lah still 80 kg kot. nak buang 20 kg lagi ni macam mana ? En.Hisham dah ajar dah ko Ain masa kelas fisiologi senam II kan. akan la tak ingat ?!

sepanjang cuti sem 4 ni aku banyak habiskan masa usha-usha internet ni haa, baca jela macam-macam dari isu politik malaysia, dunia dan gosip-gosip artis. macam-macam ada dalam internet ni, as long baca laa kan but beware jugak dengan perkara yang kadang-kadang orang tulis tak ada pun, cuma di ada-adakan sahaja macam isu-isu panas atau kontroversi la katakan. internet cepat menyebarkan berita tapi tula kita ni kena la pandai baca dan buat ulasan. tapi masyarakat kita ni kadang-kadang cepat terpengaruh kan. lagi-lagi kalau benda-benda yang menjatuhkan maruah seseorang tu. yaAllah, kalau kita ada dekat tempat beliau macam mana la agaknya ? baru la nak jilat balik ludah kita kan. HAHA. okay lupakan semua tu.

now berganjak untuk story yang kedua, mak ngah aku kahwin baru-baru ni. walaupun kali yang kedua dalam hidup dia insyaAllah biarlah kali ni berpanjangan hendaknya. yelah, ada orang tu pernah cakap pada aku yang perkahwinan ini diibaratkan perjudian, jika korang ada luck, sampai ke tualah korang luck kan. but if disebaliknya. entah la jawapannya. we just follow the flow right ? ini semua kerja Allah taala. semuanya ada hikmah dan pengajaran buat kita. kalau kita gagal hari ini, tak semestinya kita gagal esok lagi but with condition la as long kita sudah faham erti kehidupan ni. hamboi aku dah macam pakar psikologi perkahwinan gitu. alhamdulillah, untuk mengembira kan hati semua orang pada wedding tu aku try jadi cameragirl. tak ada lah pro sangat but aku suka tangkap gambar sebab SENI. darah SENI ni memang ada dalam diri ni cuma tak develop sahaja. maybe one day, if ada kesempatan aku nak buat ni sebagai hobi. slow slow mana tahu jadi ke kan. :D

One of my editing just for fun, i hope everybody like it.

from the left, granny hadiah, her daughter mak ngah intan, great granny khatijah, with her son atok ngah sahar, with his sisters granny hanipah and my granny habibah. This is the begining of this family. my mama's side. 


kadang-kadang aku terfikir balik la kan, setiap kali aku tulis blog aku ni mesti perkara yang sama sahaja. tak ada perkara yang lain dari yang lain kan. mmmmm aku pun wondering kehidupan aku ni macam ni jer ke ? tak ada perubahan, maybe something yang best berlaku dalam hidup ni. aktiviti yang sama, semua benda yang sama. just ulang-ulang. nothing happend. okay aku tahu don't compare yourself wih the others ain ! yeah i know. but sometimes i need to be HAPPY. gembira macam orang lain, maybe this one boleh kita cakap yang kehendak dengan keperluan kan. it's different but entah lah. here i just write what was inside my heart. :D now i'm just appreciate and say alhamdulillah what Allah give to me.

maybe if ada story lain, i will update later okay :D .. have a great day everybody !

Ahad, 20 Januari 2013

| I JUST WANNA SAY HI |

Assalamualaikum to all :) hope people out there happy and still can breath as us usual.

Alhamdulillah, dah start cuti sem, so memang la enjoy nak membesarkan lagi badan ni kan. HAHA.
btw masa final exam tu kan aku sangat demam jadi dengan berbekalkan doa mama dan abah aku tabah untuk hadapi macam-macam dugaan sepanjang aku belajar di UPSI tercinta. Dah dekat 1 minggu aku start duduk rumah. Nak cari kerja ? Entah hari tu ada tadika kosong mintak teacher but entah la ? maybe tak ada kot dah .. :(

aku pun bosan sangat duduk rumah ni, bila cuti sem jer aku menghadap facebook jer. tak pun masak sepanjang hari kalau aku rajin. masak-masak then snap-snap, kalau keluar jalan-jalan pun.. urmmm so boring same places same activity ... damn bosan dah !

ni pun sekejap jer aku update sebab aku rasa malas nak update. okay la, now i want to find something else to do.

semalam sepanjang kuala pilah, orang jual itik pangang . korang nak tahu berapa harga ? RM 39.00 kot kalau seekor. 

Jumaat, 11 Januari 2013

| EXAM AND I AM FEVER TOO |

Assalamualaikum and a very good evening ~
bersesesuaian dengan tajuk di atas, ain sangat demam di final exam. sangat sakit dan perit time exam kita ni demam dan sangat mencabar. ialah hingus keluar, peluh bagai then nak jawab exam lagi. agak kurang kefokusan. yang aku tulis ni mesti banyak kan typing eror en ? biaq p la as long hampa semua can read this okay.

tiga paper sudah berlalu, tinggal lagi 3 lagi paper yang total nya 6 semua paper bagi sem 3 ni. alhamdulillah still bernafas dan aku pun dah lama tak update blog ni sebabkan banyak sangat kerja kena buat. :)

Uncle's rizq sugested me to drink this honey 

takde apa lagi mahu update, cuma doakan aku cepat sembuh dan nanti akan aku update bagi next story.

Ahad, 30 Disember 2012

Sedikit coretan buat insan yang bernama KAWAN


Asraf Wazir my best friend, i hope to you acap ! 

Aku termangu duduk di tepi sungai-sungai kesedihan

Melihat kejernihan air yang mengalir tak henti dek arusnya yang laju

Kedamaian yang ku cari bagi mengisi kekosongan jiwa lara ini

Teringat kisah lalu bersama kalian,
makan bersama, minum bersama, berlari bersama, berguling bersama, menangis bersama, sedih bersama,

Ini semua membuat aku menjadi kuat untuk harungi kisah kita masa tu,

Tapi masa itu tidak akan kembali lagi kerana kalian telah membuang daku,

Ya sangat sedih, apa jua silap aku aku jua tak mengerti.

Tetap sedih tapi aku tahu aku mempunyai insan lain yang memahami aku lagi,

Yang boleh terima diri aku, yang boleh menemani hidup aku ni.

Alhamdulillah kerana Allah masih sayangkan aku lagi ..

#Ayie & The Sisters#

Jumaat, 28 Disember 2012

| FINAL EXAM THIRD SEMESTER |

Assalamualaikum dan salam sejahtera, nak bagitahu yang final exam sedang berjalan dalam minggu ni dan banyak perkara yang perlu di buat pada saat ni. Padahal duduk bertwitter berfacebook bagai ..

tak banyak pun nak tulis sebab aku rasa emosi pun tak berapa nak terkawal, entah mengapa aku pun kurang pasti. Good luck for final exam kepada kawan-kawan aku .

SEQUEL OF MY CRAZEENIEST THANG ! 

Ahad, 16 Disember 2012

Longest Non-Stop Musical Performance

Assalamualaikum to all people out there, thanks again for following my post and sometimes i saw the comment below.

Just want to share something that happend among this semester, lagipun cuti semester dah nak dekat tambah pulak final exam pun sangat dekat dah ni. Sepanjang semester ni banyak liku-liku yang dilalui. Tak macam orang lain maybe okay sahaja kehidupan mereka tapi kepada aku mungkin tak berapa nak baik keputusannya atau apa yang berlaku itu semua diatas kehendakNya.

Menghabiskan masa berlatih vokal ala-ala artis sebenar sepanjang beberapa minggu amatlah memenatkan, dengan tugasan dari pensyarah lagi. Banyak benda yang perlu disettle kan sebelum tamat minggu-minggu kuliah aku di sini. By the way sudah masuk minggu 14 dan semua tugasan perlu disiapkan agar tiada masalah. Sekarang ni tinggal tennis, dan Human movement phisiology nak kena submit. Kerja-kerja tu akan dibuat mulai isnin esok. InsyaAllah akan berjaya hendaknya.

Emosi sebenarnya kurang terkawal akibat banyak pihak-pihak menghentam aku dan kawan-kawan yang lain. macam mereka bagus sangat kan ? kenapa soalan macam tu mereka ungkapkan lagipun di facebook sahaja. Mulut orang kita tak boleh tutup sangat, lain lah kalau mulut tempayan amat mudah jika aku tutupkan.    Cuba anda di tempat kami apa yang anda akan lakukan ? apa pun tahniah kepada fakulti bahasa dan komunikasi UPSI kerana berjaya menganjurkan program LONGEST NON-STOP MUSICAL PERFORMANCE kepada semua lapisan pelajar di UPSI ni. Aku nak ucapkan kepada semua yang dah terlibat dengan program ini, sebab banyak yang aku belajar. belajar bersabar dengan karenah orang, belajar bagaimana hendak guna khidmat orang lain jika kita memerlukan. belajar memahami perasaan orang lain. dan paling penting sekali bagaimana untuk aku sendiri kawal emosi aku ni. Even semalam sebelum habis performance aku menangis sebab tak dapat performe well kepada mak dan abah. mereka datang sebab nak tengok aku perform but ada masalah teknikal pulak, jadi terus mengalir air mata aku. tapi sebelum tu aku dah perform 10 lagu seperti yang dijadualkan tapi.. haha tak apa lah dah berlaku dah pun semalam. thanks again to all who involved and supported me yesterday. sangat mengujakan !

here we got the new record for 39 hours 


Isnin, 3 Disember 2012

Week 12



actually right now i need you boy, but where are you when i need you ? 


Assalamualaikum and a very good morning to all malaysian, sesiapa yang terbuka blog aku selamat datatang untuk mengikuti kisah atau perjalanan seorang student ni :) 


Minggu ni sudah masuk minggu yang ke 12 iaitu lagi 2 minggu lagi sebelum masuk ke study week thats mean aku boleh balik ke rumah untuk study ! yeay ! hahaha adakah masa yang diperuntukan akan cukup? adakah digunakan untuk belajar semata ? rindu sangat pada mak dan abah, orang yang sangat penting dalam hidup ni adalah mereka. walaupun orang kata dekat jer rumah, tetapi apa yang aku harungi di sini adalah seorang diri. bukan mudah untuk aku tabahkan diri dengan semua ni. sebab aku tahu aku seorang yang lemah.

nak cerita lagi ni tapi aku takde mood, mungkin tanda-tanda aku nak berbulan madu ni .. okay la nanti aku sambung lagi la.

Isnin, 26 November 2012

| I NEED HER |

Assalamualaikum, and this is really sick right now. Why ? It's because me and myself are alone here.

My super mama :) i love her 

Jc tak balik bilik dah dekat 2 minggu, dan aku harungi hari-hari seorang diri. Dan ika mungkin masa ni dia stress baik aku pun diamkan diri. Aku hanya melayan tugasan-tugasan yang perlu aku siapkan agar tak akan ada masalah selepas ini. aku hanya predict kan sahaja, tapi semuanya Allah yang menentukan dan aku tawakal apa jua akan aku lalui sepanjang semester 3 ni. nak dicerita di seluruh pelusuk blog ni mungkin aku tak mampu kot. cukup sekadar untuk aku lepaskan kegemaran ku yang suka menulis. tak bagus mana pun tulisan-tulisan aku ni, tapi aku gembira jika aku buat macam ni.

sekarang ni pukul 1.33 pagi waktu tempatan dekat tanjung malim ni, aku buat susu panas makan dengan jacob cracker cukup untuk makan malam ku dekat sini. dah dua hari tak makan nasi ni, insyaAllah boleh loose weight. padahal tak cukup duit dah ni, jimat punya jimat aku ikat perut la sekarang ni.

sekarang ni pun aku sibuk dengan program malaysian books of record untuk english program dekat dewan besar upsi soon. but hari ni aku tak dapat attend latihan, balik dari library tadi aku dihujani air hujan, basah baju kurung biru mak aku yang aku pakai tadi. dihimpit sedikit rasa kecewa pada hari ni akibat daripada tekanan sekeliling dan diri aku sendiri aku tabahkan jugak hati untuk mengharungi perjalanan yang aku pilih. cuma kadang terasa begini lantas aku capai telefon dan nak dengar suara mak aku. alhamdulillah, aku bersyukur sangat mak banyak mengajar aku erti hidup. pada saat ni rasa nak peluk cium mak untuk aku hilangkan tekanan pada saat ni.

tambah lagi aku sibuk tengah cari team untuk super upsi, bagi touch rugby for women. agak-agak ada ke yang nak main ? lagi-lagi dekat Kolej kediaman aku ni budak sukan bukan lah ramai dan mungkin mereka tak berminat, tetapi aku akan cuba usahakan untuk cari player. kalau tak cukup player mungkin tak ada la wakil dari kolej kediaman aku ni. takpe usaha penting untuk cari, lagipun memang cita-cita aku untuk jadi jurulatih ragbi malaysia yang pertama. peluang ni bukan datang sekali. tiba-tiba aku teringatkan hoki pulak, aku telah dilamar oleh seorang pensyarah sains sukan untuk main dalam team tu, tapi sampai saat ni pun tak sampai feel aku tu lagi untuk join team hoki upsi ni. bukan memilih tapi mungkin aku nak cari sukan yang betul-betul kena dengan jiwa aku ni. by the way, doakan kejayaan aku untuk buktikan kepada malaysia yang wanita malaysia pun boleh main ragbi.

dah larut malam sangat ni, pagi esok kelas 3 P dekat kampus baru .. jadi sepatutnya aku kena tidur awal kan. tapi jiwa ku mungkin di sini entah melayang ke mana kah pada saat ni. mungkin jiwa aku tersangat nak suruh aku tulis pasal satu kisah cinta baru nak berputik dengan aku, tapi entahlah mungkin waktunya tak sesuai untuk aku cerita kan. sebab di saat ni pintu hati aku sudah tertutup rapat untuk menerima mana-mana lelaki. hanya angan-angan untuk mendapatkan lelaki yang terbaik dalam hidup ini lambat lagi ataupun langsung tak wujud. yang ada hanya dalam movie, novel dan drama-drama di tv tu kan. sebab realitinya lelaki ni semuanya sama di mata aku. aku ego ke sampai cakap macam tu ? sangat kot, mungkin cinta-cinta aku yang dulu buat aku rasa macam ni. ataupun Allah nak uji aku sekali lagi. yaAllah pedihnya rasa cinta.

p/s : aku tak sedih apa pun, cuma agak kecewa sekali lagi

Sabtu, 24 November 2012

| (3S) for serabai, serabut, and sengal |

Assalamualaikum wahai para pembaca yang budiman di blog buruk aku ni lagi :)

Tersenyum ? tak pun sangat, sebabnya minggu ni adalah minggu-minggu kritikal buat budak-budak degree di UPSI. tak tahu la samaada aku sahaja atau kawan-kawan degree yang lain. alhamdulillah masih bernafas diberi peluang untuk hidup, menyuburkan benih-benih senyuman kepada orang-orang sekeliling aku di sini atau di mana-mana mereka berada.

okay by the way tajuk aku diatas semacam childish kan ? sangat right ? haha serabai ? serabut ? sengal ? benda ni tak akan jadi jika kerja-kerja atau tugasan-tugasan yang diberi oleh pensyarah kita buat dengan masa yang tepat kan. padan muka ko ain ! eh bukan aku jer, satu group seh. itu yang susah tu. assignment group ni nak kena kerah atau hantuk kepala sorang-sorang baru jadi.

minggu ni adalah minggu yang ke 10 jadi hanya ada beberapa minggu lagi untuk semester 3 ini berlalu. hujung disember ni adalah minggu final untuk exam ! are you ready guys ? not really .. lol sebab banyak main kan
by the way lagi, walaupun aku tengah 3S tu aku tetap akan control emosi aku ketika ini. ialah bila tension aku ni senang sakit, siapa kenal aku dia faham la yang tak kenal dia akan buat tak tahu jer pun akan kehadiran aku ni. hahaha :)

serabai, yes sangat serabai .. pergi kelas pun rasa macam tak berapa nak gojes pun sebab sandle aku semua dah ranap seh. nak beli baru takde onkosnya lagi. tunggu la gaji nanti masuk. itu satu la yang aku rasakan di saat ni.

serabut, yes sangat serabut .. assignments+micro teaching = score yang ni lagi la parah, sebab aku nak naik kan pointer tapi tula ain kau jangan patah semangat la sayang ! (motivate for myself) .. tapi entahlah aku rasa enjoy pulak rasa time-time macam ini .. cool dapat pengalaman baru bersama kawan-kawan sukan ni. hahaha plus peluh pun banyak mengalir dengan deras nya.

sengal, yes sangat sengal .. kenapa ? manusia ni mudah lupa, tak semua perkara boleh settle dalam satu masa kan ? jadi jangan salahkan dia kalau dia lupa right ? kalau dia lupa selalu eloklah jika kita hantuk dia di dinding kan. baru dia tak lupa. maksud aku kadang-kadang aku ni lupa kalau ada perjumpaan tu aku lupa, kalau bukan tu pun aku akan lupa bab-bab nak buat assignments ni, sebab aku lagi suka bersemuka dari kita post di facebook jadi adalah satu hamba Allah ni, group dengan aku jadi aku dah ajak dari haritu lagi untuk bincang benda yang kena present last-last tadi kelas aku memang tak pergi la sebab hujan terlalu lebat seh. nak dijadikan cerita dia buat slide, nak mintak bantuan before this but no need to meet with each other ? it's that the way ? salah siapa ? not only me, i've admit it that i'm the one who forget but i'll try my best to help this group with a deal to do some meeting but what she said ? the only reason that she can give is "we are busy with others assignments" so how about mine ? it's that i don't have my own time to finish my other work than this too ? so, not because you are the one whos doing all that stuff without any meeting ? what fuck off that you show to the others and posted your heart feelings about what you've been done on facebook. jadi timbang rasa la sikit kan akak-akak pun, kita sama-sama berjuang dilandasan yang sama .. jadi perkara ni pernah jadi pada aku before this, tapi tula we need to be chill .. nak salahkan sorang tak boleh dalam hal ni everybody should be consider right ? tepuk dada tanya lah selera korang nak makan apa.

Mereka ni sangat awesome, finally aku pun tahu dah macam mana nak main volleyball 

Mereka ni terdiri daripada anak-anak sabah ... jadi ni sabah bah 


awesome night with them kecuali lye jer takde time ni dia ada SUKIPT  :) 

Bersama atlit-atlit (IKSAS) jadi jurulatih bola tampar bersama cikgu aini, cikgu jc dan cikgu kay
 
p/s : sekarang ni aku tengah berusaha untuk kurangkan kuantiti makanan yang aku ambil, fuh bila la nak ramping ni seh ? hahaha