Jumaat, 15 Julai 2011

perasaanku saat ini T_T


Assalamualaikum w.t.b kepada semua orang. dengan rela hati aku menyatakan bahawa aku GAGAL menempatkan diri aku di UNIVERSITI yang aku nak masuk selama ini.

perasaan kecewa dan sedih memang menyelebungi aku saat ini kerana aku rasa aku dah cuba buat yang terbaik. dan entah la aku tak tahu nak cakap apa dah. oke semua aku masih dalam keadaan sedih ni jadi jangan kaco aku. sejak dari tadi air mata berjurai-jurai tak henti-henti menangis. (aku macam tak dapat terima kenyataan ni)

kepada yang dah dapat peluang untuk sambung belajar ni all the best guys! aku salu mendoakan rakan-rakan seperjuanganku. babai korang!

hati pedih menangis,
jiwaku yang suram,
malam yang panjang,
ingin aku bersendirian..

merenung kehidupan,
memikir kesudahan,
pada siapakah hendak ku curah,
keresahanku..

aku berpaut pada sejengkal tali cuma,
itulah yang ada sementara aku hidup di dunia ini,
inikah dugaanku,
inikah kesempatan,
haruskah ku terus atau membiarkan ianya berlalu..

dekat didepan mata,
berat meluah kata,
terpendam segala apa dirasa,
sekian lama ini..

apakah kita nanti,
tiada dapat serasi,
ataukah hanya aku bermimpi,
untuk memiliki..

aku berpaut pada sejengkal tali cuma,
itulah yang ada sementara aku hidup di dunia ini,
inikah dugaanku,
inikah kesempatan,
haruskah ku terus atau membiarkan ianya berlalu..

kesempatan yang datang tiada ketentuan,
puasku memandang di kejauhan tak kesampaian..
sering terbayang-bayang,
tinggi lagi harapan,
adakah kusempat atau pun tidak,
untuk bersamamu...


p/s: akan ghaib buat sementara waktu ini

Khamis, 14 Julai 2011

i am sorry mom


Assalamualaikum all :D thanks because open up my blog. hahaha tengah hari ni panas betul kan. ditambah pula persekitaran di lembah klang dilanda jerebu maka semakin merosot lah taraf kesihatan penduduk sekeliling.

aku pun tak berapa nak sihat ni sebab tekak pun sakit dan mata aku pun pedih sebab jerebu yang melanda sejak sejak akhir ni. siyes la memang perit nak tanggung walau aku cuma stay dekat rumah ni. aku keluar jugak pergi buang sampah, sidai kain, menyapu sampah dekat luar rumah tu jadi kena la jugak sisa jerebu ni.

semalam tengok berita pun pasal jerebu dan kandungan udara di sekitar kitaa sekarang ni turun merosot yang teramat. jadi aku pesan dekat diri aku minum lah air kosong banyak-banyak dan pakai mask kalau korang nak keluar rumah. (aku tengah tulis pun pening-pening) yelah mana tak nya sebab udara dekat rumah aku sangat lah teruk. kabur je mata aku tengok lagi pulak aku ni memang rabun/silau lagi la sakit kena dekat retina ni. cerita pasal rabun/silau aku nak story la kan maybe silap aku atau disebaliknya tapi ni hal serius. (bagi aku la kan)

BINGKAI CERMIN MATA BARU/CERMIN BARU? (yang mana bagus)

oke la kan kemarin aku follow abah dengan mak ambil cermin mata abah baru siap. tiba-tiba abah cakap cermin mata along oke lagi ke? aku jawab la oke je tapi rasa nak cheack mata ni sebab sebulan dua ni mata memang sakit/berair/pedih (lagi-lagi mengadap lappy zaman batu ni) terus jela aku duduk dekat bro cina tu dia pun cheack mata aku. dia kata silau aku teruk sangat dan kena tukar cermin baru. nak dipendekkan cerita kalau ikut kehendak aku memang aku nak tukar semua baru tapi disebabkan advice bro cina tu aku terpaksa akur sebab dia kata

"bingkai ni masih cantik maa jadi i suggest you just tukar cermin ni"

aku pun sebenarnya bengkakk jugak lah hati ni kan tapi nak buat macam mana dah mak aku pun kata buat jelah. kira kalau tukar cermin ni total harga RM200.00 sahaja. kalau tukar bingkai semua RM200++ laa kan. aku pun memang bengang la kan. ikutkan aku memang tak nak tapi semua ni dah berlaku kan.

then disebabkan api kemarahan memuncak dalam jiwa muda ni aku pun kena sound derect dengan mak aku. (dua hari tak bercakap dengan mak sebab benda kecil ni) okela korang mesti cakap aku ni emotional/sangat berperasaan kan. memang pun kan.

tapi kan korang bila aku fikir balik kan memang silap aku pun yelah parents aku buat macam tu sebab dorang sayang kan aku. cuma aku ni degil sangat tak nak dengar cakap nak ikut kepala sendiri jer kan. hari ni aku dah try cakap dengan mak aku walaupun aku agak segan-segan nak cakap aku belasah je cakap. nak tak nak aku masih dalam jagaan diaorang kan.

seriouslly i'm sorry mom. :( i know this is my fault and i will not repeat it again.

p/s: kepada kawan-kawan jangan lah lawan cakap mak abah kita sebab tak baik tau!

Selasa, 12 Julai 2011

penantian kan berakhir

pilihan pertama

pilihan kedua

Assalamualaikum dan selamat petang buat semua orang :D

cuba tengok tajuk atas tu :D hahaha gelak je ayat cam drama petang-petang dekat tv kan.
sebenarnya kalau u all nak tahu hari jumaat ni bersamaa dengan 15 julai 2011 ialah keputusan UPU STPM 2010.

jadi dikesempatan ini aku juga tak terlepas dari mempunyai perasaan berdebar dan seram sejuk. apa yang aku mampu katakan ialah aku akan teruskan perjuagan walaupun apa jua yang aku dapat lepas ni. perasaan ni hanya Allah je yang tahu. sakit perih yang aku tanggung seorang ni aku je yang faham. yelah buat apa nak suruh orang lain faham sedang kan diri kita sendiri tak faham diri kita ni kan. (faham ke korang?) haha aku je la yang faham kan.

seluruh warga lepasan STPM 2010 menantikan jawapan dari pihak pendidikan apakah tempat kami di universiti tempatan ni? entah la aku pun tak tahu mari sama-sama kita nantikan. :D

hope semua orang dapat apa yang dipohon daripada universiti :D berbekalkan doa diri sendiri dan daripada orang sekeliling harap dapat la apa yang diingini.

p/s: perasaan amat gementar kalah orang nak angkat nikah. hahaha >.<

Ahad, 10 Julai 2011

Konvokesyen STPM 2010

bergambar bersama Mr.Arjan Singh selaku guru MUET kami

bergambar bersama Puan Azrina Ariffin selaku guru subjek pengajian perniagaan

Assalamualaikum dan selamat petang kepada yang sudi menjengguk blog aku yang agak tak berapa nak cun ni. haha~ oke la harap anda semua sihat-sihat selalu dengan kesihatan yang baik.

dah lama aku tak menyelenggara blog ni kalau tak lagu blog ni selalu bertukar-tukar tiap minggu kan. :D thanks kepada kawan-kawan yang mengalakkan aku menulis blog walaupun banyak ayat bahasa melayu yang tak mengikut tatabahasa yang betul. nampak cikgu BM aku marah nanti. hahaha~ subjek BM la paling aku suka sekali dalam-dalam banyak subjek yang lain.

baiklah kali ni nak menceritakan kisah perjalanan aku ketika balik ke lumut baru-baru ni.
kedatangan aku ke rumah atok disambut baik oleh mereka semua :D
malam tu ada pergi dinner dekat restoran nasi ayam mama. not bad la makanan dia sebab murah pun murah dan sedap lagi tu.

perjalanan aku ke esokkan nya ke teknik ipoh kerana ada anugerah yang akan ku terima.
best jugak sebab dapat jumpa dengan cikgu dan junior-junior :D

yang hadir pada hari tersebut hanya aku, asraf, ainun dan amir :D kami berempat sahaja. kepada rakan kami yang tiga orang lagi masih ada dan masih meneruskan perjuangan untuk sambung belajar.

lappy aku buat hal pulak baru tukar wifi dalam rumah ni dia pulak buat hal. adeiiiii!
nak jugak aku campak lappy ni lam sungai tu. terpaksa la aku tuka guna pc ni.

p/s: lappy jenis zaman batu punya patut la dah weng weng~


Ahad, 3 Julai 2011

semangat juang :D

menandakan aku memang bersemangat!

Assalamualaikum all :D selamat malam jam hampir menunjukkan masa ke 11.13 minit malam.

oke sebenarnya tadi tengok perlawanan bola antara Malaysia lawan Taiwan. NOT BAD sebab aku tahu pasukan negara kita main pun dah macam pemain antarabangsa tak macam dulu kan tapi kalau takde dulu takde la sekarang kan. Tahniah buat skuad negara anda semua rocks!

padahal aku ni tak bape minat sangat bola ni tapi kan aku sejak-sejak ni macam melekat je dekat skrin TV tu tengok channel ESPN, ARENA (sume saluran dari ASTRO) hahaha~ asyik sukan je kan walaupun tak dapat nak melibatkan diri sepenuhnya tapi aku still kena ambil tahu tentang perkembangan sukan negara kita kan. hebat jugak sebenarnya Negara kita ni tau dalam industri sukan ni kita mungkin masih baru mengorak langkah maju kehadapan tapi yang penting kita mempunyai semangat patriotik demi memperjuangkan nama negara. (saya bangga sebab saya anak Malaysia) nampak nya bersemangat la kan aku malam ni. haha dah dapat mood baru agaknya aku ni kan.


BALIK LUMUT

oke la kan khamis ni aku akan bertolak ke rumah atok dan nenek aku di lumut. sebab jumaat tu ada majlis anugerah kurikulum dekat SMT Ipoh. jadi nak pakai baju apa balik ni? adoyaiii pening takde baju nak pakaiiiii! haha masalah betul la kan. nanti nak tanya pakar perunding fesyen dalam rumah ni. (mak aku la siapa lagi kan)

jadi maybe aku bertolak pagi dan sampai sana masa tengah hari. :D
nak pergi beli tiket esok dan esok pun nak kena confirm kan dekat pihak sekolah yang aku akan hadir pada majlis ini. InsyaAllah moga berjalan dengan lancar kerana yelah ini lah yang dapat aku tunjuk kan pada adik-adik aku semoga dia dapat mencontohi kejayaan aku di peringkat ini. harap mereka lebih baik daripada aku kerana semangat untuk belajar pada jiwa ku semakin berkocak kencang kerana ilmu pun sampai bila tak akan habis dituntut.

thanks to my parents. both of you give me lots of strenght to survive in this world. yaAllah forgive them if they make any mistake. and i will do the best for my future and i'm promise to be a good example for my sisters (speaking jap) haha

never say never! bak kata Justin Beiber kan. jadi jangan kata tidak tau sebab semangat tu kita perlukan di setiap waktu. walaupun kadang kala kita tidak bersemangat tapi kena jugak push yourself to be the best among the best kan. sebab hidup ni banyak persaingan dan kena kuat kan semangat walaupun saingan kita tu memang hebat (tiada tandingan la kata kan)
jadi tak kira apa yang kita buat bersemangat lah kan.

macam post aku yang lepas aku cakap aku bosan kan. memang tengah bosan dan tiada semangat sebab selalu sangat duduk dekat rumah ni kan. tapi bila aku fikir balik betapa bersyukurnya aku sebab masih ada rumah untuk tinggal dan tak salah pun jika aku habiskan masa di rumah tanpa keluar lagi. munkin aku perlukan masa lagi untuk menambahkan kematangan dalam diri ini supaya lebih cekal apabila di luar. (hanya aku yang faham kot tapi siapa yang faham thanks tau)

haha baiklah apa lagi yang hendak di tulis sementara masih bersemangat nak tulis ni kan. :D
mungkin takpe kot dah kekeringan idea ni. babai all.

p/s: hate me love me? it's up to you!

Jumaat, 1 Julai 2011

semester kedua

kenangan bersama teman seperjuangan ketika menerima anugerah kokurikulum 2010

Assalamualaikum dan selamat tengah hari to all :D harap sihat dan dalam keadaan yang baik ye.

yaAllah lama betul tak pegang pc ni naik berhabuk betul kan :D haha~ rindu la kan lama menghilangkan diri dari dalam alam maya ni. cehhh bukan apa sangat pun kan tapi nak mencari mood baru dalam kesamaran waktu ni.

okey aku terima banyak email dan masej tak kira melalui laman sosial ni atau di telefon ramai mencari dan tercari-cari aku di sini :D haha femes kah aku? wahhhhhhh soalan bongkak la ayie.

sekarang ni aku pun dah dapat mood baru dan sedang dalam mengumpul semangat untuk menyambung belajar. tu pun kalo nama aku tersenarai dalam list UPSI ni sebab keghairahan nak belajar balik tu memang dah meninggi dan menebal di dada ni.

rindu nak duduk dalam suasana tutorial, perbincangan, kerja kumpulan dengan macam-macam benda baru memang sangat aku nak alami lagi. yaAllah moga aku dapat la jejak kan kaki di UPSI bukan sahaja jejak aku nak sangat belajar dan menimba ilmu sebagai bakal pendidik kelak. :D

tapi kan kalau tak dapat macam mana? nak terjun bangunan kah? nak bunuh diri kah?
(yaAllah takde la sampai macam ni kan) tu dah macam takde agama je kan. hope kesabaran dan keredhaan akan menjadi milikku. Amin~

okela semalam aku baru menerima surat :D sampul surat tu berstem dan bercopkan IPOH. sah memang surat ni dari SMT Ipoh kepada aku. 8 julai 2011 akan diadakan majlis anugerah kecemerlangan kurikulum jadi rezeki aku untuk menerima anugerah tersebut. Alhamdulillah bersyukur sangat :D masa aku dekat SMT Kuala Kangsar pun dapat tapi masa form 5 bila SPM punya takde pulak dipanggil dan mungkin ni la rezeki yang aku tunggu dan aku berjaya dapat bila anugerah ni untuk STPM punya :D

over all STPM lah banyak mengajar aku :D sebab aku berani cakap yang STPM senang je nak tempuh janji kita bagi komitmen dan usaha yang tinggi dalam nak berjaya.

tanpa pengorbanan kejayaan sukar ditempuh dan kesungguhan dalam melakukan yang terbaik adalah untuk masa depan sendiri bukan untuk orang lain kan. :D

tak sabar nak melangkah ke alam kampus :D

p/s: selamat berjaya cik norain! kata bieeee~

Jumaat, 10 Jun 2011

bosan kah aku? @_@"

nampak sangat kebosanannya itu kan

Assalamualaikum w.t.b kepada semua pembaca blog atau blogger walker :D haha thanks sebab bukak blog aku yang tak seberapa ni kan.


jam menunjukkan tepat pada 2.26 minit pagi waktu malaysia dan mata ku belum lagi menunjukkan kengantukan. rutin dari hari tu asyik sama sahaja (same rutine make me sick)
bukan merungut tapi dah bosan sangat ni. mintak kerja dekat 7Eleven tapi ada pulak masalah tertentu ni. apa la kan asyik susah je nak mintak kerja. dari awal hari tu ada mintak jadi cikgu tuisyen tapi orang tu terus tak panggil panggil aku. apa masalah aku tak tahu. siap resume aku hantar dan segala macam kertas sijil aku fotostat.


bosan bosan bosan dah tak tahu sampai tahap mana dah ni kebosanan ni kan. yelah duduk rumah kerjanya asyik memasak, makan, tidur, surfing internet. erkkkkkk~ what a bad rutine
seriouslly aku dah bosan ni. hahaha (teruk nya rasa kan) biar la.


merepek malam ni dah tengah malam la kan. T_T wuuu~ apa sal ni rasa kelam kelam je.


p/s: ain jangan nak merepek sangat la kan!

Selasa, 7 Jun 2011

selamat pengantin baru kak maria dan abang meor

sepersalinan biru di hari persadingan (rumah lelaki)

kami sekeluarga merasa gembira :D

sepersalinan merah hati pada malam perkahwinan

sepersalinan unggu di hari persandingan (rumah perempuan)

Assalamualaikum dan selamat petang diucapkan kepada semua pembaca blog yang sudi lagi membaca nukilan atau cebisan/bingkisan hati dari aku ni.

walaupun tidak mengenali diri aku siapa dan perwatakan ku yang sering kucar kacir diharapkan semua pembaca dapat sesuatu dari blog ni. (menghargai sangat jika anda baca) :D

tadi masa buka blog kawan-kawan yang lain kebanyakkan post mereka ialah majlis perkahwinan yang dihadiri pada minggu cuti sekolah ni kan. macam-macam cerita lah yang aku baca ada tu kawan yang kawin, sepupu kawin, cikgu sekolah kawin dan sebagainya. Alhamdulillah mereka selamat diijab kabulkan demi membina masjid yang memang dituntut oleh agama kita.
(tak kisah lah siapa sahaja yang mendirikan rumah tangga baru-baru ni jadi aku nak mengucapkan selamat pengantin baru moga berbahgia ke anak cucu InsyaAllah)

nak dipendekkan cerita baru-baru ni kan sepupu aku belah abah iaitu kak maria selamat diijab kabulkan di kampung bahru lumut dengan suaminya iaitu abang meor :D wah wah sangat meriah walaupun mengalami sedikit gangguan (masalah komunikasi) tetapi majlis dapat diteruskan dengan jayanya.

AKAD NIKAH 4 JUN 2011
sepersalinan masa nikah kak maria telah memakai potongan baju berwarna putih sesuci cinta mereka pada hari dinikahkan di masjid kampung baharu. masa nikah ni aku tak ikut sebab aku sibuk menghiris daun pandan untuk dijadikan bunga rampai :D hehe

pada malam tu pulak kak maria disandingkan seorang diri di atas pelamin dengan sepersalinan merah hati yang sangat menawan. pada malam itu terselah kejelitaan kak maria yang sudah dicalit mukanya make-up dan perhiasan indah. (aku pulak teruja tengok) cantik sangat tau dan dan tu pulak aku pun teringin nak macam tu. haha (berangan kejap)
suasana pada malam itu meriah juga dengan kedengaran paluan rebana ubi oleh kumpulan kompang//rebana kampung baharu lumut. siap dengan laguan arab didendangkan seiring paluan rebana tersebut.

HARI PERSANDINGAN 5 JUN 2011
pada pagi ni pulak aku bangun awal walaupun aku tidur hanya 2 jam pada malam itu.
(nyamuk banyak dan aku tak tahan) aku pun berinai jugak sementara tak boleh tidur tu.
pagi tu aku bangun terus je mandi sebab nak prepare lauk-lauk pengantin. aku diarah oleh mereka untuk membuat designe/decoration untuk lauk pauk. ukiran tembikai pun aku buat walaupun tak berapa cantik setanding dengan chef-chef dunia kan. haha. (gelak dalam hati)
bila lauk pauk semua dah siap aku rapping semuanya dengan plastik agar terjaga dalam keadaan yang baik.

pada jam 12 tengah hari tetamu mula memenuhi rumah pengantin perempuan. rakan taulan kak maria yang datang dari kuala kangsar pun tiba dengan ramainya. saudara mara aku juga turut hadir bagi memeriahkan majlis yang bermakna bagi kak maria dan abang meor. pada hari ini juga aku dapat berjumpa semua sepupu sepapat aku. kalau nak tanya miza adik aku tu dia dan adik-adik ku yang lain tidak berapa rapat tapi kalau aku mungkin sebab yang sulung jadi ringan mulut dan lebih rapat dengan mereka.

masa tu jugak la nak bercerita itu dan ini sebab bukan senang nak berjumpa kerana dah ada komitmen pada kerjaya dan keluarga masing-masing. tak kisah lah asalkan dia orang masih ingat pada aku.

lepas siap semua persiapan makan beradab pengantin aku mandi sekali lagi sebab nak bersiap dengan baju baru. baju ala-ala songket yang dijahit oleh mak aku pakai. baju aku dan miza sama dan 3 adik ku lagi pun sama tapi corak berbeza dengan kami berdua. (nanti aku upload gambar)

pada jam 1.45 petang pengantin lelaki tiba dengan segak umpama pahlawan melayu. memang smart la kan sebab pakaiannya ala-ala pahlawan melayu melaka. sepersalinan warna unggu menjadi pilhan pengantin ini. memang cantik sama padan dan sama indah. mereka bersanding dengan iringan kompang digital. (kompang alaf baru) ngeeee~

dah tamat majlis kedua-dua pengantin bersalaman dengan tetamu yang hadir dan beramah mesra dengan rakan taulan yang datang. lupa pulak function my dad and my mom kan. mereka berdua pada sepanjang hari perkahwinan ni mereka la jugak orang kuat untuk melancarkan program ni. my dad tak payah cerita la memang smart la kan my mom pun sama dress up kalah mak pengantin. by the way both of them are very competitive and very matured couple to arrange the event. tak tahu la pulak time aku kawin nanti macam mana kan. haha

hari bersanding esoknya pula (ahad) rumah lelaki. sepersalinan biru laut menjadi pilihan mereka berdua. memang cantik dan smart sangat sebab nampak keikhlasan cinta mereka berdua. masa dekat rumah pengantin lelaki ni memang tak dapat nak dilupakan lah sebab yang makan beradab tu aku dan adik aku miza. haha mak cik aku la yang suruh makan dekat depan tu mak dan abah pun sekali la join. dah pihak perempuan yang minta kami makan sekali dekat depan tu aku pun ye kan jelah. :D haha mana tak malu dikelilingi orang ramai melihat kami makan bersama raja sehari ini. makan memang cover habis la (ala-ala perempuan melayu terakhir) lawak je kan. tapi memang tak dapat nak dilupakan lah sebab first time in my life kan.
time aku dan adik-adik lambat lagi la kan sebab nak habiskan study dulu.

selepas habis semuanya aku dan keluarga pulang ke puchong (balik rumah la) suasana dan pengalaman menguruskan wedding day ni memang memenatkan kerana perancangan yang teliti dan matang perlu dibuat demi melicinkan majlis. apa yang aku dapat sepanjang majlis ni ialah semangat kekeluargaan adalah penting demi ukhwah fillah hingga ke akhir hayat. walaupun serba kekurangan aku tetap menyayangi keluarga belah abah aku ni kerana mereka juga sebahagian dari darah yang mengalir dalam tubuh ini. (cewah aku ni bersemangat betul) haha

(^_______________^) aku tengah senyum lebar ni.

p/s: penat dan melatihkan tapi thanks to my bie sebab temankan i sepanjang wedding ni sebab tu i tak sunyi dari u. sayang u bie :D (shhh~ takde kena mengena dengan korang pun)

Selasa, 31 Mei 2011

selamat tinggal kawanku

sekadar hiasan (teringin nak tengok cerita ni tapi tak dapat nak tengok)

Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua :D

entri pada waktu sekarang ni adalah entri yang ditaip pada waktu malam jam menunjukkan pada 1.55 minit pagi waktu tempatan. Alhamdulillah masih dalam keadaaan yang baik dan terurus walaupun kekurangan sentiasa menjadi kelemahan kita.

okela kisah kali ni nak cerita pasal seorang kawan aku ni jadi aku nak cerita la sedikit bukan nak mengaibkan dia tapi kemusykilan berada di jiwa ini. (don't judge a book by it's cover) frasa ni selalu aku dengar sejak aku dibangku pra sekolah lagi. haha yeke ain?

LELAKI atau PEREMPUAN atau SEBALIKNYA? @_@?

aku musykil sebab nak cakap dia lelaki pun tidak nak cakap dia perempuan pun tidak.
aku ikhlas nak berkawan dengan dia dan tak kisah pun jika dia disebaliknya tapi satu kenapa bila dah berkawan masih tidak faham hati seorang kawan.

erm aku anggap dia macam adik dan tak kisah apa pun orang nak kata kalau aku berkawan dengan dia. tapi kenapa dia membuat aku seolah aku ingin menjauhkan diri daripada nya.
jika benarlah aku nak jauhkan diri sebab aku sibuk dalam menguruskan hidupku ini.

apesal emo pulak aku ni? erk bukan emo la beb aku tengah lepas kan geram ni yelah kalau kau bukan perempuan sekalipun apasal nak cakap bukan-bukan pasal aku. aku elok je tak usik orang pun dekat sini. aku buat hal aku kan. ishhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh (mengeluh)

bengang tahu tak! kau siapa beb nak tuduh-tuduh aku? aku tak usik kau pun kan.
(harap pembaca jangan ambil hati) sebab tengah bengang ni kan.

aku malas nak komen apa jua pasal kawan aku seorang tu sebab dia pun dah takde dekat sini dan dah pergi jauh pun (entah aku tak pasti dia ke mana)

aku stay dekat bording school selama 4 tahun tapi kan aku tak pernah jumpa girls yang macam ni. (persoalannya adakah dia perempuan?) aku bukan nak bukak aib siapa-siapa tapi kalau dah gedik sangat depan lelaki over sana over sini aku pun naik menyampah kan.
(yaAllah apasal aku ni)

takpe la aku doakan kau bahagia kawan moga kau akan berubah jadi lelaki sejati. selama perkenalan aku harap kau jaga apa yang aku bagitahu pada kau dan kau pun begitu kawan. aku tahu kau lelaki dan berilah peluang pada diri kau agar kau berubah beb. sebab aku sayang semua kawan-kawan aku.

p/s: nobody perfect in this world (take a note korg!)
bawak mengucap ain relek relek relek =.=

Ahad, 29 Mei 2011

ukur baju terhantuk kerusi

kerusi jati yang dikehendaki!

assalamualaikum dan salam sejahtera :D

"erkkkkk sakitttttttttttttttttttttttttttttt terhantuk kerusi jati tadi!" dek sedang mengukur baju dan membetulkan baju aku tersepak kerusi jati mak aku tu dekat tepi bilik aku ni.

memang sakit la kan. erkkk sakit berdenyut-denyut sementara tangan menaip di skrin ni sakit tu dah tinggal tak sakit ni. wahahahahahahahhahahaha (gelak sorang-sorang lam bilik)

nak ukur baju tu sebab nak buat baju kan sepupu aku kak maria uh nak akad nikah jumaat ni (insyaAllah) harap-harap oke la semua nya nanti kan.


oke la nak p makan ni :D nanti aku sambung cerita ea korang. ada banyak story ni

p/s: pukul 5 petang baru nak lunch

Sabtu, 28 Mei 2011

20 tahun dah bernafas

happy birthday ayie you're 20th now babe :D

thanks angah and mak for choosing this one for me

fuhhhhhhh to my candle

Assalamualaikum kepada semua :D

yeah aku dah 20 tahun alhamdulillah tahun ni aku genap ke angka tersebut.

ahakz~ thanks buat kawan-kawan di facebook sebab wish my befday semalam
dan kawan-kawan di tempat chat pun not bad thanks ye anda semua. :D

kepada mak dan abah thanks sebab lahirkan along di dunia ini. :D

semalam celebrate dekat ejat's corner siakap 3 ekor menu utama malam tadi :D
thanks mak and abah to my siblings and uncle you all memang best.

malam ni maybe ada party lagi haha :D enjoy lagi.

p/s: selamat hari jadi untuk diriku


Jumaat, 27 Mei 2011

yeah i did it bebeh! :D


tempat berlangsungnya temuduga ijazah pendidikan 2011

Assalamualaikum dan selamat tengahari buat semua yang sedang membaca blog ini :D

Alhamdulillah aku dalam keadaan yang sihat lagi happy always disebabkan oleh kurniaan Tuhan Yang Esa. walaupun emosi kurang balance tetapi atas keyakinan dan kekuatan yang aku punyai dapat mengatasi semua perasaan takut dan gementar di dada. baiklah entri lepas memceritakan bahawa ayie sangat takut dan seram-seram sejuk nak kena interview dan buat ujian khas tu kan. tapi selepas melalui tu semua aku dalam keadaan yang stabil sekali. haha


PAGI UJIAN KHAS (ujian kecerdasan/SEGAK)
pada pagi ni yang bertarikh 26 mei 2011 bersamaan dengan hari khamis lepas. fuhhh~ pagi ni memang aku jiwa kacau bertambah la kan sebab hari yang dihitung telah sampai. malam tu cikgu idris ada masej aku dan bagi kata-kata semangat untuk menghadapi benda ni semua. sebelum tu pun cikgu azrina ada call cakap good luck ain.

pagi tu kami kena berkumpul dekat depan gimnisium INTEC UiTM Seksyen 17 Shah Alam. aku terus call seorang lagi kawan seperjuangan iaitu solehah atau nama panggilannya Aye. dia pun bersekolah di sekolah menengah teknik gombak situasi aku pun sama macam dia. dia pun sedang on the way ke INTEC. masa berbaris nak masuk gim masa tu baru aku nampak kelibat Aye tu. aku pun panggil dia dan kami pun berborak sebab lama tak jumpa sekian selepas seminar pembudayaan tingkatan 6 di grand blue wave hotel setahun yang lepas. dia tetap maintain dengan dirinya. :D

taklimat pada pagi tu dimulakan oleh seorang pensyarah yang bernama ______________
(tak ingat siapa nama beliau) oke aku pun teliti la apa yang dicakap oleh lecturer tu.
terus lepas taklimat kena buat streatching (warming up) kira aku pun buat la kan.

ujian khas tu aku dan calon-calon lain kena buat:
1. push up/bumping (tekan tubi)
2. mengelecek bola keranjang pada kon
3. jangkauan melunjur pada bongkah
4. lompat jauh berdiri
5. lari 2.5 km (6 kali ikut kon)

semua ujian tu alhamdulillah lepas ada jugak aku nampak macam ala-ala atlet tu pun tak lepas. haha kira aku beruntung la beb sebab dapat lepas walaupun aku push diri ni. balik tu memang sakit badan la ni kan. (masa aku tengah tulis ni pun tengah sakit ni) bak kata cikgu amin demam oghat (urat) ahakz ada slang perak la kan.

lepas dah settle hal ujian khas ni aku pun kena balik rumah nenek di shah alam sebab nak siap-siap untuk interview. balik tu abah la yang ambil dan lepas tu hantar aku balik ke INTEC.
aku pun cari blok untuk diInterview tu.

cari punya cari jumpa lah bilik interview tu aku adalah nama yang keenam dipanggil ke dalam bilik tu. mula-mula kena baca satu kad ni (nak uji sama ada aku ni ada rabun warna atau tidak)
lepas menyerahkan fail sijil yang telah aku kumpul sejak sekolah menengah aku pun duduk di tengah. time ni ada jugak rasa seram-seram sejuk tapi aku cool kan diri ni. mana tak nya muka lecturer nampak je serious kan mana tak gelabah. bila start je dorang interview aku dorang asking in english languange aku pun start jela jawab dalam english. not bad because lectrer ni semua memang sempoi sebab boleh gelak-gelak lagi dengan aku.

dorang tanya kenapa aku tak sambung kos katering dulu dan kenapa pilih sains sukan. aku pun cerita la sebab-sebabnya. apa yang cikgu-cikgu tingkatan 6 dulu ajar itulah yang aku represent kan pada mereka. Alhamdulillah aku dah buat yang terbaik dan sedaya upaya aku lakukan demi menjadi seorang pendidik. adakah aku akan lepas? aku hanya dapat bertawakal selepas melalui semua ini.

lokasi aku diuji ini bertempat di
INTEC FAKULTI PENDIDIKAN
UiTM KAMPUS SEKSYEN 17
40200 SHAH ALAM SELANGOR.

nak mencari tempat ni agak senang sebab aku selalu turun bas dekat perhentian bas disebelah Intec ni. tempat Intec ni rupanya tempat student nak ke luar negara. aku pun tak berapa nak tahu tapi bila tengok memang besar la jugak tempat ni. :D

P/S: Pagi tu aku tak breakfast langsung perut lapar tapi ada tenaga balik tu adik angkat aku yang ambil terus p makan dekat seksyen 2 :D thanks adik.

Selasa, 24 Mei 2011

menghitung hari

bukit belakang rumah ku yang ku panjat pagi tadi

Assalamualaikum dan selamat pagi warga malaysia :D

haaa hari ni bangun awal kenapa? sebab ayie p jogging hari ni. ahakz~ lawak je kan kan kan ?

oke pagi tadi lepas wake up terus je mandi dan bersiap-siap pakai jog suit ambil sekeping roti alas perut dan minum mocca panas. lepas tu terus warming up sekitar bukit belakang rumah ni. :D

alhamdulillah boleh la buat ada jugak peluh yang terkeluar, sambil aku menikmati udara sejuk belakang bukit ni aku usha ramai jugak warga tua yang berjogging lagi-lagi orang cina. bagus betul kan mereka menitik beratkan hal-hal kesihatan :D masa aku study dekat teknik ipoh sebelah tu nama dia padang polo dekat situ bila time pagi je dipenuhi dengan warga emas lagi-lagi majoritinya adalah orang cina. :D Ada juga bangsa lain tapi mereka lebih ramai.

mak aku cakap tadi "Along kalau start sebulan yang lalu mesti dah kurus kan" haha ye ye ye mak tahu takpe tapi along ni malas kan. erk malas sebab selalu sangat duduk rumah ni kan.
sibuk dengan mengemas rumah. bajet rumah banglo la kau tinggal ni ain? (cakap dalam hati)

haha yelah kan oke korang esok aku nak pergi temuduga tu dah. erk berdebar-debar kot sekarang ni. yaAllah semoga Allah melindungi aku hari ni dan esok. yelah korang tahu aku memang takut time ujian khas tu je yang interview tu kira oke lagi.

"ayie dorang bukan nak makan kau pun kan? just nak temuduga kalau-kalau kau ni layak jadi seorang pendidik kan?" (berkata dalam hati yang bergelora ibarat ombak china selatan) yelah aku tahu la kan. "jadi jangan la rasa cam nak give up atok pun kemarin dah pesan suruh kau redah je" okela ye aku tahu. T_T

p/s: membuat persiapan agar jiwa tenang esok pagi

Interview Bersama Megat ACAB (disember 2009) - "Ana Sudah Berubah!!" - pedoman untuk skinhead dan semua!!

MEGAT HAFIZ bersama ACAB long years ago!!

Megat A.C.A.B ketika di KL TOWER INDIE FEST-2009

tatu telah dibuang

..kalau dia mention Mags atau Max
memang ana dah saman!” - Megat ACAB
Mastika/ disember/ 2009

Oleh: Mohd. Nazirul Afiq Ismail

“GENG, kalau lu nak tau most of skinhead kat Malaysia ni rata-ratanya memang influence dengan band ACAB. Megat ACAB antara orang awal yang jadi pelopor skinhead ni. Carilah Megat!”

Begitulah antara suara-suara yang sering saya dengar semasa dalam proses menyiapkan artikel tentang skinhead untuk dimuatkan dalam Mastika pada bulan lepas.

Agak sukar sebenarnya untuk mendapat contact Megat. Menurut sumber kenalan, Megat menghilangkan diri. Ramai kenalan penulis menyatakan Megat sudah tidak mahu bergelumang dengan dunia skinhead lagi.

Yang paling menarik lagi ada yang menyatakan Megat sudah berubah. Berubah menjadi ‘Pak Arab’. Megat sudah memakai jubah dan serban. Penulis tepuk dahi. Benarkah dakwaan mereka ini?

Setelah melakukan carian dalam talian Google dalam Internet, dakwaan ini benar! Megat pernah ditemu bual oleh wartawan Melodi, Michelle Yeoh. Memang jelas Megat sudah berjubah. Alhamdulillah!

Dengan keizinan Tuhan, pada suatu petang di bulan Syawal penulis dapat menemu bual Megat Hafiz, 30, penyanyi utama kumpulan streetrockataupun Oi! ini.

Lokasinya di sebuah restoran Arab yang terletak di tengah bandar raya Kuala Lumpur. Megat datang lengkap berjubah dan berserban.

Wah, penulis sekali lagi tertanya-tanya adakah transformasi Megat ini sekadar imej luaran sahaja? Bukan setakat berjubah sahaja, lokasi yang ditetapkan untuk berjumpa membangkitkan persoalan tersebut. Tak mengapa. Biarlah persoalan ini menjadi kesimpulan selepas habis sesi temu bual nanti.

Penulis terus bertanya pada Megat sejak bila berubah? Pastinya masyarakat di luar sana mahu mengetahui.“Ana berubah sebab terlalu banyak sangat fitnah dan tohmahan yang ana terima. Macam-macam fitnah sampai kata ana murtadlah, antiagamalah dan macam-macam lagi.

You tahu, ana nyaris samanMastika bila keluar artikel pasal ana pertengahan 2006. Nasib baik reporter tu letak Mads, kalau dia mention Mags atau Max memang ana dah saman!” ujar Megat bersungguh-sungguh.

Namun, Megat bersyukur, disebabkan segala tohmahan dan fitnah inilah dia berubah.
Sebenarnya ada satu peristiwa yang berlaku membawa Megat kembali ke pangkal jalan. Kejadian itu berlaku pada tahun 2007. Suatu hari Megat diajak seorang rakannya bersembahyang di sebuah masjid.

“Kemudian kawan ana ini sudah baca satu ayat. Rupa-rupanya ayat ini adalah ayat dari kitab Al-Attaz di mana sudah menjadi amalan keluarga ana sejak beratus tahun yang lalu. Sejak dari situ ana sedar. Mengapa ana tidak ikut ajaran Islam yang menjadi ikutan keluarga ana beratus tahun?” cerita Megat.

Satu lagi kejadian menginsafkan berlaku ke atas diri Megat. Suatu hari seorang kenalan Megat menghadiri majlis ilmu tasawuf di Jenderam Hilir membawa pulang poster beberapa gambar ilmuwan Islam.“Ana terkejut, antara gambar poster itu adalah datuk saudara ana sendiri,” beritahu Megat.

Selepas dua peristiwa itulah, Megat mula berminat mahu mendalami ilmu agama. “Semenjak dari hari itu hinggalah sekarang ana sudah mula belajar kembali mengenal Tuhan dan diri ana " cerita Megat bersungguh-sungguh.

Bagaimana pula dengan skinhead? Penulis terus mengasak soalan. Bagaimana dengan budaya yang pernah ‘dibawa’ Megat sehingga menjadi fenomena remaja kita suatu ketika dulu dan menjadi permainan media sehingga dikatakan budaya skinhead ini menjadi racun terutama remaja Melayu kita.

Skinhead dah tidak ada apa-apa lagi perjuangan yang relevan dengan‘working class’. It is more worthy jihad for our religion either than anything else.

“Pada ana, skinhead kini sudah menjadi fesyen. Ramai teman ana sudah tidak lagi bersama skinhead. Ada tu memang ada. Tapi pakaian sudah casual.

“Macam ana sendiri sekiranyaThe ACAB ada invitation ana main juga, but tetap pakai, tapi jubah pakai jugalah. Secara personal semangatskinhead ana masih ada, mana boleh hilang setelah ana adalah antara orang terawal yang bawa ke sini.

“Bayangkan selama 13 tahun, skinhead sudah pasti menjadi sebahagian diri ana. Tapi segala prinsip yang syirik dan bertentang dengan agama telah ana tinggalkan! Of course skinhead is a cult, but skinhead is not a religion. Tatu pun ana sudah buang!” jelas Megat lagi.

Megat mengakui dia takut apabila suatu hari kelak dipertanggungjawabkan kerana pernah membawa pengaruh skinhead pada budak-budak remaja di Malaysia.
“Pernah ada seseorang menuding jari pada ana memberitahu dia menjadiskinhead sebab ana. Ana mengaku kesilapan ana,” ujar Megat lagi.

Menurut Megat, dia menjadi budak skinhead ketika masih berumur belasan tahun.
“Ketika itu budak-budak lagi, umur 14-15 tahun jadi skinhead. Pada peringkat umur ana begini, apa sangatlah yang ana fikir. Kami mencari imej.

“Dari sudut muzik, pada zaman tu rock kapak dah jadi rock leleh, banyak kumpulan muzik yang jiwang muncul. Nak ikut scene itu dah tak boleh. Leleh!

“Kami sebagai remaja pada zaman itu dahagakan rock bertenaga, dari situlah sebenarnya sejarah ACAB bermula. Kami berjuang untuk lifestyle baru, desperately wanting something new for that time. To create and build a new scene, skinhead,” terang Megat

Ketika itu ACAB yang dipelopori Megat membawa banyak anjakan pada industri hiburan.
“Dalam situasi yang amat lembap di pasaran, kami boleh jual albumstanding artis-artis arus perdana seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Mawi. Mana ada artis skinhead di luar sana macam kita. Malaysian skinhead is a rock scene,” katanya.

Bagaimana pula dengan budayaskinhead yang suka bergaduh? Mengapa ada tergamak sampai membu…

“Ana tak nafikan pada zaman ana memang ada pergaduhan. Cara kami bergaduh gentle, pakai tangan saja. Tapi lepas ideologi Nazi datang, makin banyak pula kes bergaduh sampai tikam-tikam ni. Mengapa?

Skinhead bukan dipecahkan dengan banyak cabang TRAD,S.H.A.R.P (Skinhead Anti Rasis), Nazi ataupun R.A.S.H. (Skinhead Anarki Merah). Skinhead adalah satu.

“Ana tak nafikan kami pernah meletakkan logo SHARP dalam album kami. Tujuan kami adalah untuk memberitahu yang kami bukanlahskinhead yang rasis, kerana rata-ratanya mengaitkan skinhead denganwhite power.

“Kalau di Malaysia sudah tentuMalay power. Disebabkan terlalu banyak kekalutan itu yang menyebabkan pergaduhan yang sia-sia. Kerana terlampau banyak sangat pergaduhan yang kadang-kadang membawa kematian menyebabkan ana tinggalkan scene. Kerana disebabkan suatu ideologi yang tak cukup kuat,” jelas Megat kesal.

Penulis hanya mengangguk tanda setuju. Penulis terus mengasak persoalan pada Megat yang kononnya dahulu dikatakan pernah membuat kenyataan anti-Rasulullah s.a.w. Ada juga spekulasi mengatakan Megat melakar tulisan No Muhammad untuk ditatukan pada tangannya.

Ternyata Megat amat terkejut dengan spekulasi ini dan menurutnya itulah suatu pembohongan yang besar.

“Fitnah! Ini fitnah! Wallahi ana tak pernah membuat kenyataan sedemikian. Nak buat apa ana membenci datuk ana sendiri? I think you are talking about someone else... tipu semua tu.” Megat dengan tegas menyangkal dakwaan tersebut.

Tak mengapa Megat, bila seseorang ada nama sudah tentu ada pihak yang tak berpuas hati dan membuat macam-macam spekulasi. Tapi bagaimana pula pandangan Megat bila melihat dunia skinhead ini setelah ditinggalkan? Bagaimana dengan pengikut Megat yang ditinggalkan ini?

Megat terfana sebentar apabila penulis bertanyakan soalan sedemikian. Beberapa ketika kemudian Megat memandang penulis.
“Seperti yang ana nyatakan tadi, ana melakukan kesilapan. Ana tersilap apabila terlalu dedahkan perkara yang negatif pada mereka. Ana shoot gambar ana dengan tatu.

“Penyudahnya ramai yang mencacah tatu. Ada yang mencacah tatu penuh satu badan. Ada juga yang minum arak dengan selamba di tempat terbuka. I admit, I make mistake!
“Melalui Mestika, dengan ini ana menyeru pada skinhead teruskanlah berskinhead, skinhead lah selagi mau, tetapi tinggalkanlah perkara-perkara yang syirik.

“Perjuangan di sisi Islam itu lebih bermakna. Sudah tiada apa lagi perjuangan dalam skinhead. Ana juga sedang dalam pembikinan untuk menerbitkan album qasidah (syair dalam bahasa Arab).

“Tapi projek ini baru saja bermula. Mungkin ini salah satu cara ana dapat menebus kembali kesilapan ana kerana ana bermula semuanya dengan muzik,” terang Megat.

Baguslah begitu Megat, sekurang-kurangnya ada juga usaha daripada anda untuk menjernihkan kembali perkara yang keruh. Sebelum menamatkan pertemuan kami petang tersebut, penulis bertanyakan padanya bagaimana kehidupannya sehari-hari selepas berubah.

Megat menyatakan secara rohani kehidupannya lebih tenang, damai. Alhamdulillah, Megat juga mengajak rakan-rakan yang mahu menyertainya menghadiri majlis zikir setiap hari Ahad di Masjid al-Bukhary, Bukit Bintang.

Sebelum berpisah, Megat turut berpesan pada penulis: “Tulis benda baik-baik ya…”
Insya-Allah Megat, kami dari meja Mastika juga mendoakan agar Megat teruskan usaha mengenal Allah s.w.t. dan menjadi hamba-Nya yang soleh. Insya-Allah… marilah bersama-sama kita berdoa semoga remaja kita yang tersesat di hujung jalan, berpatah balik ke pangkal jalan.



KLthugs:Ini artikel koleksi arkib penulis pada tahun 2009. Lama tak contact Megat, apa cerita The ACAB? Dengar cerita kawan-kawan yang join tabligh, Megat dah sampai Syria sebar dakwah?? Wahh...!!


p/s: pencarian artikel ini diperoleh dari http://skinhead2011.blogspot.com/

lagenda skinhead malaysia

ingatkah anda dengan band skinhead ini?

Assalamualaikum dan selamat petang buat semua pembaca setia :D

okela sebenarnya aku baru lepas mengemas satu rumah ni erm penat la kan yelah chef dalam rumah sepenuh masa la katakan. jadi macam-macam kerja yang perlu dilakukan cik norain ni.

haha penat tak penat kena la buat kan siapa lagi yang nak diharapkan dalam rumah ni. mizah dah kerja, iqah pulak dah masuk asrama adik yang lagi dua orang tu pulak sekolah sesi pagi dan petang. Alhamdulillah dan settle dah pun sekarang bagi aku on pc demi nak menyambung penulisan blog lapuk ni.

beberapa ketika lepas aku kan agak sibuk ditambah idea yang agak kurang untuk menulis jadi ku hadiahkan waktu ini buat diriku untuk menconteng blog ini dengan rasa gembira. haha (apa aku tulis ni?)

baiklah entri aku di facebook hari ini adalah mengenai SKINHEAD kalau dalam bahasa melayu nya ialah KULITKEPALA yeke? haha melawak je.

kalau ikut sejarah kedatangan budaya skinhead ini dibawa oleh kumpulan A.C.A.B. nak dikatakan memang lah fenomena hebat dalam sejarah kebangkitan remaja-remaja melayu. majoriti pengikut skinhead ialah remaja kita. jadi aku tidak lah ketinggalan mengkuti arus perkembangan muzik yang dibawa oleh kumpulan ini.

aku bukanlah pengikut tapi meminati genre muzik yang dibawa oleh kumpulan A.C.A.B. zaman aku sekolah menengah dulu banyak kawan-kawan sekolah aku terutama lelaki memang baru nak up tiru la dress up ala-ala skinhead ni. haha lawak je kan aku pun jenis suka usha-usha je jadi takde la sampai nak tiru gaya macam tu kan.

lagu-lagu A.C.A.B ni pun banyak yang aku tahu dari uncle aku la kan dia la selalu cerita pasal budaya skinhead ni dekat aku. dia pun selalu ikut kawan-kawan pergi GIG entah la aku tak tahu la sangat pasal dekat mana dia orang selalu GIG tu tapi aku suka dengar cerita-cerita macam ni.

dulu masa zaman sekolah menengah memang la layan lagu-lagu ni lepas dah ada komitmen dalam pelajaran aku serius la tak layan la sangat. jadi bila dah duduk rumah ni aku terjumpa satu folder dalam pendrive ada lagu-lagu A.C.A.B masa ni la mengulit kembali kisah kebangkitan SKINHEAD di malaysia.

woooo masa hebatnya budaya skinhead ni perghhhh banyak media mengecam gejala ini. sering je kita dengar yang budaya skinhead ni memang bertentangan dengan budaya Islam.
macam-macam kan jauh dari persimpangan norma manusia. entah la kan tapi yang penting dekat sini ialah aku hanya meminati lagu-lagu yang dibawa oleh kumpulan ini. :D

okela aku akan post satu salinan artikel dari satu blog ni. aku klik-klik je masa ni tiba-tiba terjumpa kisah vokalis A.C.A.B. jadi korang baca la ye dan baru boleh faham.

p/s: siga saga~ oi oi

Ahad, 22 Mei 2011

adakah ayie bersedia?

sambil menulis ni teringat time belajar masa ni. cuba teka yang mana satu aku? haha


Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua warga manusia sekalian :D

hai-hai apa khabar? harap sihat walafiat ye korang.

sekian lama hati tidak berbisik mengenang peristiwa lalu. apakah peristiwa itu ayie?
haa teringat masa aku form 2 sekolah dekat puchong ni la kan masa time sukan je aku lari time sukan je aku lari sebab aku takut. takut kena lari buat ujian segak dan lain-lain asas pergerakan. sebab aku lari en satu hari ni cikgu sukan dekat sekolah tu nampak aku dia nampak je kelibat aku dia tolak aku pergi padang. haha memang teruk la kan last-last aku kena buat jugak. walaupun agak sengal di situ aku kena la buat dah cikgu yang suruh kan akan nak melawan lak.

maybe sebab aku ni berbadan gempal dan tegap sebab tuh aku takut (tu cerita lepas) baiklah sekarang ni aku dilanda benda yang sama iaitu persediaan ujian khas sains sukan. yaAllah kenapa ni kena diuji? mana tak diuji sebab pergerakan asas kan memang wajib kepada pelajar sains sukan.

hari tu masa jumpa cikgu-cikgu dekat teknik aku jumpa la cikgu nasa'i dia bekas pelajar UPSI yang mengambil kos yang sama dengan aku. dia pesan dekat aku yang dia pun lalui apa yang akan dilalui oleh aku ni. "first sem konfem awak kurus" (tergelak aku sorang-sorang dalam hati ni) tapi memang betul pun kan yelah budak sukan mana fat-fat semuanya tegap ada sixpack haha. oke nampak nya ayie kena berusaha untuk menghadapi ujian khas tuh. ermm. berdebar dan gugup pun ada.

takpela nak taknak akan taknak kan ayie? hurm O.o"? teringat pesan cikgu idris dulu dia cakap "kalau anda dalam sesuatu situasi tu jika apa jua keadaanya REDAH je" jadi betul atau salah belakang cerita la kan.

yes nampaknya keyakinan semakin meninggi mula memenuhi ruang metabolismaku. haha
kena yakin boleh dan boleh melakukannya. siapa kata perempuan tak boleh buat? haha aku akan buktikan. erm tapi..

ni yang tak seronok jika ada perkataan TAPI.. erk ayie jangan la give up kan. kau dah belajar sampai form 6 akan nak lepas kan peluang macam lombong emas ni macam tu sahaja? bukan semua orang berpeluang macam kau! kau ada potensi! kau ada bakat! faham tak apa yang aku cakap? (hati aku berbisik pada jiwaku sendiri)

jangan kata tidak dan jangan cepat mengalah. itulah kata abah pada ku dulu. Along dalam hidup ni abah nak tengok along berjaya dan tak jadi macam abah. alamak sedih pulak. isk.. isk..
jadikan kata-kata abah tu sebagai motivasi along. haha. :D proud to be your daughter dad.

okela sementara menunggu lagi empat hari ni aku dah get ready beberapa perkara iaitu:
1. fitness-sewaktu pagi dan petang (kasi peluh keluar)
2. jaga pemakanan (diet yang seimbang)
3. jaga penampilan (wajah dan tubuh)
4. cuba seimbangkan waktu tidur (sebab selalu sangat tidur lewat)
5. baca buku (falsafah pendidikan negara)
6. berdoa (wajib)

tapi tak sampai 100% aku buat tu sebab akan nak push diri ni. sebab sorang kawan aku ni cakap kan dekat aku "Red kau jangan push sangat la kan as long kau buat je apa dia nak" haa thanks la kawan sebab bagi semangat kan. oke.

jika aku tak melepasi benda ni bila lagi kan? yelah peluang datang hanya sekali dan tidak berkali-kali dalam hidup.

hidup banyak cabaran dan dugaan semua manusia pasti merasainya.
hidup memerlukan pengorbanan untuk mencapai cita-cita.
hidup memerlukan visi dan matlamat baru boleh fokus.
hidup memerlukan redha sebab apa jua yang dah berlaku tak boleh diputar semula.
hidup ini sementara perlu seimbang dunia dan akhirat baru berkat.

"tidak semuanya sempurna di mata kita jika kita asyik inginkan kesempurnaan"

alamak pasai pa macam motivator ni ayie? ahakz. yelah apa jua pun semua itu perlu diharungi selagi hayat dikandung badan. :D

Sabtu, 21 Mei 2011

kisah bermula di sini

hadiah sempena kejohanan olahraga sekolah tempat kedua :D
dalam acara lontar peluru dan rejam lembing ketika di SMT Kuala Kangsar

Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua yang sedang membaca mahupun yang tiba-tiba terjumpa blog aku ni. :D

Alhamdulillah setakat ni aku dalam keadaan yang sihat dikurniakan tubuh badan yang baik.
Tapi satu kekurangan ialah kondisi emosi aku yang kurang menentu.
kejap oke kejap K.O erm kenapa ye? wake up cik norain why you must be down?

baiklah kita lupakan sejenak kisah emosi tu ye. mari fokus pada isinya kali ini. :D

setelah mengharungi UJIAN MEDSI pada bulan lalu aku dihujani perasaan takut tak lepas bak kata cikgu amin "saya takut kamu tak lepas ujian tu kalau lepas Alhamdulillah" haa cikgu cakap macam tu. tapi aku redha je kalau tak lepas sebab ada siap plan B. :D

okela kan ni nak cerita dari semalam aku try nak bukak tengok keputusan untuk temuduga pengajian pendidikan ijazah tapi mengecewakan sebab tak bole bukak. jadi tadi petang asraf kawan seperjuangan tingkatan 6 ada masej aku "Ayie hang dapat tak temuduga?" aku dah cheack ni try la sis" haa aku pun dengan sepantas kilat menekan button mouse ke laman web kementerian pendidikan. :D

hehe (pasai pa gelak?) Alhamdulillah aku dapat temuduga tu insyaAllah pada 26 mei 2011 ni aku akan menghadapi temuduga tu.

doakan aku ye korang semua. sebab yelah aku rasa kali ni aku memang benar tercabar sebab nak nak kena lari-lari :D adess~ kos yang aku dapat ialah SAINS SUKAN. terus je aku text cikgu amin tadi dan lepas tu dia call aku. bagi semangat dekat aku.

"InsyaAllah kamu boleh buat ain"

hope aku dapat la buat preparation sebab tinggal few days je ni. :D


okela nak out sebab dah tak tahan sangat ni. ngantok @_@

p/s: dah dekat 3 jam depan pc tapi satu apa tak tulis dekat blog ni. haha eh gambar atas tu masa aku aktif sukan dekat sekolah menengah dulu. Ada lagi tapi malas nak snap. ahakz~

Jumaat, 20 Mei 2011

Selamat Hari Ibu kepada emak :D

my dad and mom (greatest parents i had)

Assalamualaikum :D di sini aku nak mengucapkan selamat hari ibu buat emak ku yang bernama Puan Azwani Binti Mansor :D segala pengorbanan emak tidak ternilai harganya.

apa jua yang along buat emak selalu support walaupun along tahu along lemah mak la selalu naik kan semangat along.

along sayang sangat pada mak. halalkan segala makan minum along mak sebab along tahu along ada banyak buat silap dan salah.

harap ucapan ni tidak lambat untuk diucapkan buat emak ku itu.

ahakz agak sedih la pulak sekarang ni. aduhai relek-relek (tapi air mata macam nak jatuh dah ni)
haha. touching la pulak. oke hari tu masa pergi ipoh ada singgah satu kedai aku beli la satu pasang subang bertakhta permata hitam nak dihadiahkan untuk mak. harap mak suka akan pemberian aku tu meskipun tak berapa nak mahal as long i wanna give it to you mom.

you're greatest mom i had in this world :D
thank you mom because you are everything for me.
nothing can change my love for you
only you in my heart never less forever mom.

A daughter is a mother's gender partner, her closest ally in the family confederacy, an extension of her self. And mothers are their daughters' role model, their biological and emotional road map, the arbiter of all their relationships.
- Victoria Secunda

Ahad, 15 Mei 2011

pengalaman around the perak

pemandangan indah dari belakang rumah hafizah

bersama ainun dan hafizah

wajah terkini kami berdua agak berisi setelah lama duduk di rumah

Assalamualaikum w.t.b kepada anda semua. pembaca setia blog ni walaupun serba kekurangan aku ada usha jugak orang-orang yang banyak meninggalkan jejak di sini :)

aku ada jugak peminat nak membaca cerita aku walaupun tak kenal aku siapa :) uiks kenapa guna aku pulak? ni ada seorang sahabat ni cakap kat aku "ain ko takyah la guna ana2 uh aku tak fhm la" haha sian dia. takpe tak kisah la oke aku guna aku lah ea. boleh kan? sme je maksud kan?

alhamdulillah setakat ni aku dalam kondisi yang amat baik. jadi let's story sikit :D

AROUND THE PERAK STATE

from ipoh to kuala kangsar then to taiping and lastly at gunung semanggol
seronok tak terkata la kan sebab dapat menghabiskan masa ke sana dalam keadaan yang terancang walaupun menghadapi kesukaran. letih memang letih tapi gembira la sebab lama memendam nak travel seorang diri :)

pergi ke sana sebab cikgu amin jemput untuk bagi ceramah atau semangat dekat budak-budak lower six yang bakal masuk pada isnin tu. (tapi feedback kurang baik) sebab pada hari tu hanya tak sampai 10 orang yang mendaftar.

selepas dua hari di SMT IPOH keesokan hari aku ke SMT KUALA KANGSAR pulak sebab nak ambil sijil SPM. dikesempatan itu aku pun berjumpa dengan cikgu-cikgu lama (pusing-pusing satu sekolah) memang penat la kan sampai berpeluh sensangat. >.<"

oke lepas tu aku pun meneruskan perjalanan ke taiping dan akhir sekali sampai ke kemunting balik ke rumah Ainun di Semanggol (Taman Seri Selinsing) kalo tak silap la. :D time stay rumah ainun ni ada la pengalaman yang tak dapat nak dilupakan sebab aku first time pergi sawah.
wah wah wah ain pergi sawah? macam tak percaya kan. (seriouslly i never had this experience before) jadi aku pun naik motor dengan ainun (aku tak bawak dia yang bawak) seram-seram nak naik moto tapi tabah kan jugak hati sebab dah la jalan tu banyak treler lalu lalang. :D
tujuan nya ada la singgah ke rumah kawan ainun ni nama dia Hafizah. (baik budaknya comel-comel gitu) haha dia la banyak explain pasal sawah/padi dekat aku. dia memang anak jati situ. Pengalaman ni memang best sebab dia banyak menceritakan mengenai sawah padi tu.
ada la tangkap gambar dekat sawah tu. ala-ala dalam filem Nur Kasih. ahakz.

lepas dua hari aku dekat rumah ainun aku pun meneruskan perjalanan pulang ke rumah (puchong) aku dalam bas masa tu ada la dekat 4 jam tak bangun-bangun (hampeh memang cramp kaki) dah la yang duduk sebelah aku tu "PAKWE" padahal kerusi lain banyak kosong aku ingat dia nak ubah seat tapi dia still duduk sebelah aku. main gesel-gesel bahu lak tuh (yaAllah) aku pun ke tepi ubah posisi duduk sopan-sopan. haha nasib baik tak gatal kalo tak >.< haha.
sabar jela kan. :D tapi yang siyesnye aku tak pandang langsung muka dia. (tak kenal pun wajah dia tu) tu jela.

Alhamdulillah aku sampai dengan selamatnya. pak cu yang jemput aku balik masa dekat stesen bas shah alam uh. jadi sampai je rumah terus sambar nasi (gelojoh betul) bukan apa sebab i'm starving sebab tak makan apa-apa. (yeke?) padahal makan dekat cafe yang ala-ala mahal dekat kemunting uh. not bad la makan ikan keli my faveret :D hehe.

sebelum naik bas petang tu aku sempat singgah dengan ainun dekat satu kedai baju (ala-ala bundle kot) baju murah-murah aku pun ambil kesempatan nak beli kan. ada la satu dress ni aku beli. not bad la nak pakai dalam rumah je kan. :D

oke bagi cerita aku dengan ainun dekat SMT IPOH. walaupun agak suram sambutan pendaftaran tu cikgu amin dan cikgu-cikgu lain amat berbangga kerana kami ada inisiatif untuk datang juga ke sekolah. :D kami pun tak kisah cikgu as long tingkatan 6 di SMT IPOH akan diteruskan walaupun pelajarnya kurang. All the best to cikgu-cikgu form 6 sana.

p/s: ambil masa nak tulis sebab diharungi keBZian terlampau sejak akhir-akhir ini.