


PADA zaman pra merdeka, menamatkan zaman bujang seawal usia 14 tahun bagi wanita dan 18 tahun bagi lelaki bukan satu perkara yang asing, malah sesuatu yang lumrah di kalangan semua kaum.
Andai ada bunga di taman yang lewat disunting dan andai ada kumbang yang masih bersendirian, nescaya pelbagai tohmahan dan kata-kata sinis akan menjadi habuan.
Trend itu bagaimanapun berubah selepas negara merdeka. Anak muda mula berlumba-lumba memantapkan diri masing-masing, khususnya daripada aspek ekonomi dan pendidikan. Berkahwin lewat bukan lagi satu perkara memalukan sebaliknya lumrah dan semakin diterima masyarakat.
Namun, di zaman globalisasi ini, kahwin muda kembali sebagai satu gaya hidup.
Kajian Hubungan Etnik oleh sekumpulan pelajar tahun dua Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati perkahwinan membabitkan pasangan berusia bawah 20 tahun semakin meningkat khususnya di kalangan orang Melayu.
Berpandukan kepada kajian itu, pergaulan bebas yang semakin berleluasa dikenal pasti sebagai faktor pemangkin kepada trend kahwin muda itu.
Bagaimanapun, sering kali perkahwinan seperti itu dianggap satu jalan penyelesaian oleh pasangan yang terlanjur demi menyelamatkan maruah keluarga daripada tercemar.
Budaya dan adat resam Melayu yang agak konservatif turut mempengaruhi penularan semula kahwin muda apabila masyarakat sering memandang serong terhadap anak gadis yang lambat bertemu jodoh.
Sering kali mereka dilabel dengan pelbagai gelaran seperti andartu (anak dara tua), tak laku atau lebih sinis lagi, kena mandi bunga
Dalam konteks itu, desakan keluarga turut dianggap faktor peningkatan perkahwinan dalam usia muda. Ini berkait rapat dengan latar belakang segelintir keluarga yang terlalu mementingkan darjat, susur galur dan agama.
Terdapat dua faktor yang mendesak keluarga menamatkan zaman bujang anak. Pertama, kerana khuatir mereka tidak akan mendapat jodoh jika perkahwinan ditangguhkan dan kedua, bagi keluarga miskin di kawasan pedalaman, anak perempuan mahu dikahwinkan untuk mengurangkan beban.
Kepercayaan anak perempuan tidak perlu bekerja dan hanya perlu menyerahkan untung nasib mereka kepada suami masih berlaku walaupun pada zaman yang kian global.
Tidak kurang juga keluarga yang berpegang kepada pendapat perkahwinan akan menyelamatkan struktur ekonomi keluarga, justeru anak perempuan wajar dikahwinkan pada usia muda.
Aspek perlindungan juga dikatakan memainkan peranan penting kerana ramai ibu bapa percaya anak gadis mereka akan dilindungi suami sebaik sahaja berumah tangga.
Aspek itu lahir daripada kegusaran ibu bapa terhadap kemungkinan anak masing-masing diperkosa atau melakukan hubungan kelamin di luar ikatan perkahwinan.
Kajian itu yang diselenggarakan Pakar Pediatrik Komuniti Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, Dr Amaluddin Ahmad juga mendapati agama bukan faktor penyumbang kepada trend terbabit.
Pendapat yang mengaitkan agama sebagai faktor tunjang trend berkenaan sebenarnya hanya omongan kosong masyarakat zaman dahulu yang berlatarbelakangkan kepada fahaman konservatif serta kepercayaan kolot.
Jika dihalusi, semua agama menggalakkan penganutnya melayari alam perkahwinan apabila bersedia secara mental dan fizikal selain yakin mereka mampu menzahirkan keluarga bahagia dan sempurna.
Adalah amat ketara perkahwinan pada usia muda banyak berlaku di kalangan orang Melayu berbanding dua etnik utama yang lain di negara ini.
Agak menyedihkan apabila kajian yang sama mendapati keadaan itu wujud kerana pasangan dibelenggu nafsu semata-mata.
Kurangnya ilmu pengurusan rumah tangga juga menjadikan perceraian di kalangan kaum itu pada usia muda lebih tinggi berbanding kaum lain di negara ini.
Lain halnya dengan kaum Cina yang ternyata lebih cenderung untuk menamatkan zaman bujang pada usia melebihi 25 tahun. Kaum itu yang begitu taksub dengan kedudukan ekonomi menyebabkan mereka memberi keutamaan kepada usaha mengukuhkan aspek kewangan terlebih dahulu sebelum mendirikan rumah tangga. Ada antara mereka yang lebih mementingkan kerjaya dan pelajaran daripada perkahwinan.
Tidak terkecuali dengan kaum India yang lebih gemar menamatkan zaman bujang ketika usia matang dan amat mementingkan kedudukan ekonomi masing-masing sebelum memilih mendirikan rumah tangga.
Tidak dapat dinafikan sama sekali perkahwinan di usia muda mendatangkan pelbagai implikasi sama ada ke atas diri pasangan terbabit, keluarga terdekat mahupun keluarga yang bakal didirikan.
Kajian Kesihatan Keluarga Kebangsaan 1998-99 mendapati 39 peratus daripada remaja yang berkahwin dalam lingkungan umur 15-19 tahun mengalami kekurangan tenaga yang kronik, manakala 56 peratus lagi mengalami anemia.
Bayi yang dilahirkan oleh golongan itu juga berisiko tinggi dengan kadar kematian bayi 60 peratus lebih tinggi berbanding bayi yang dilahirkan oleh wanita berusia 20-29 tahun.
Lazimnya pasangan muda itu tidak dapat menerima tekanan dan tidak pula tahu mengurus rumah tangga. Keadaan lebih sukar apabila pasangan itu tidak matang.
Apabila terjebak dengan konflik yang tidak pernah diduga, ramai yang memilih perceraian sebagai jalan penyelesaian mudah, sekali gus mengundang kepada peningkatan kadar perceraian di negara ini.
Ini secara tidak langsung juga memberi kesan kepada perkembangan masyarakat dan negara selain membawa kepada pelbagai gejala sosial, khususnya di kalangan remaja.
Jadi sebenarnya, apakah kahwin muda itu baik atau jelik? — Bernama
p/s: tapi jika jodoh dah sampai bagi pasangan yang muda, teruskan je niat tapi fikir dahulu ye. (ingatan kepada diri ini juga)
~MUSLIMAH DAN DUNIA~
1. Elakkan berurusan dgn lelaki. Kalau ada peluang utk minta tolong dgn perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain2, maka terpaksalah minta tolong dari org lelaki.
sms
2. Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan2 formal, bukan bahasa pasar. Contoh: Maaf, (bukan sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh). Lagi satu takyah la buat smiley face ke (^_^), gelak2 ke (hihihih), dan lain2 yg kurang berfaedah. Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki. Sampai Allah pun kena sound kat org pempuan supaya keraskan suara.
Rujuk qur’an surah Al-Ahzab ayat 32:....
“Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan2 lain jika kamu bertaqwa. Maka jgn lah lemah lembutkan suara dlm berbicara, sehingga bangkit nafsu org yg ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik”....
Kalau rasa ayat ni ditujukan kepada isteri2 nabi je, lembut2kanlah suaramu dan lihatlah kesannya. Apabila arahan ni diberi kepada isteri2 nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan tu utk mencapai darjat yg sama seperti mereka, darjat wanita2 yg bertaqwa, dan darjat wanita2 yg terpilih. Best kan?....
3. Tundukkan hati : Apabila terpaksa berurusan dgn lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki ni tertarik kepada kita. Waktu berdepan dgn lelaki2 tu, byk2 lah berdoa, “Ya Allah, jgnlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan.”
muslimah
4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran communication skills yg kita belajar kat uni dulu; “make eye contact with the person you’re talking to”. bende tu applicable kalau kita becakap dgn org yg sama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dgn org yg berlainan jantina, kita akan mendapati theory “dari mata turun ke hati” tu betul. so, be careful dgn pandangan mata. Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dgn isteri2 nabi. Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53;
“….Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri2 nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka..”
Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana2 kita pergi. kalau susah sgt nk jaga mata, tutuplah pandangan dgn buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa Allah sgt ambil berat masalah hati para sahabat n isteri2 nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun nk jadi sehebat diorang, kenalah buat apa yg diorang buat. Takkan nk tunggu Allah sebut nama kita dlm Qur’an baru nk buat kot.
Cth: “Wahai Cik Ain.. taatilah suamimu…” Isk2. tak layak nye...... (tiba-tiba je ada nama ana)
5. Cepatkan urusan. Ni mungkin applicable kepada students/ org yg dah kerja yg terpaksa berurusan dgn team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita. So, apa2 kerja yg nk dibuat bersama, buat je la keje tu. takyah nak borak2, tanya hal peribadilah, gelak2 lah, buat lawaklah.. tak perlu tak perlu. Siapkan keje cepat2, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yg proper dan berurusanlah secara professional.....
sekian.........
p/s : copy n paste dari http://perjalananseorangmujahid.blogspot.com/
Tamparan hebat.
Padan muka.
Sangat terasa.
Sangat suka.
Satu petua untuk saya.
p/s: tengok tu terkena tak? memang kan? padan muka ana T_T